Friday, December 25, 2009

terima kasih kawan.

terima segalanya. yang berlaku sudah berlalu. ringankan fikiran bebaskan minda. menyayangi adalah derita. menerima kenyataan adalah bahgia.

malam tadi jumpa kawan yang dah lma sgt tak jumpa. wlaupun rumah nak kata dekat tak dekat sgt, jauh tak jauh pun. biasalah kawan, masing2 ada urusan masing2.kepala terasa serabut.aku rasa bercerita dengan kawan "dari sisi tersebut" mungkin aku dapat tahu lebih realiti sebenarnya dan kenapa aku tak mampu melepasinya.

aku bgtau aku asyik terpikirkan pasal kawan opis aku. kawan yang buat aku selesa bila bercerita masalah peribadi dekat orang tersebut sehinggakan aku ceritakan perkara2 yang selama ni aku pendam iaitu soal naluri aku.aku anggap dia mcm abg aku. mcm family aku. aku sayang dia. syg seorang kwn tp kadang2 mungkin lebih sikit. tp aku cuma nak ada kawan yg rapat yg aku btol2 percaya. tp masalahnya sekarang aku asyik terpikirkan soal dia.

memang btol apa yg kawan aku katakan...

mungkin aku mahukan perhatian. nyatanya aku akui.kadang2 aku rasa bersalah dgn apa yang aku buat umpamanya selalu ajak dia lepak2 sma, cemburu kenapa dia tak boleh rapat dgn aku sedangkan dgn org lain boleh, kenapa dia tak boleh melawak mcm tu dgn aku, sms bila aku rsa serabut. kadang2 aku cuba mengelak utk buat smua tu dgn harapan aku tak dilihat sbg seorang kawan yg terlalu mengharap perhatian, tp kadang2 aku tewas. aku rasa tiap kali aku lepak2 dgn dia, bersembang2 dgn dia, sms dia masalah aku seolah2 lenyap.

mungkin aku sunyi. aku akui. sekarng aku rasa sangat2 sunyi. sedangkan sblum ni life aku mmg mcm ni. aku lebih suka menyendiri. tp sejak aku kenal dia, aku rasa aku nk sgt spend more time dgn dia.klau boleh sms pun jdlah. lebihkan msa mcm org lain dgn kawan2 diorg.bila 2-3hari tak ckp dgn dia aku mulalah rasa serabut.rasa nk sgt berckp dgn dia, bila dah berckp rsa lega.
kwn aku ckp, msalah aku mungkin sbb aku duduk sorang, dan aku kena cari kawan2 utk xtvt lapang.tp aku benci nk msg kwn2 sbb masing2 diam je.

mungkin orang tersebut cuma anggap aku sbg rakan sepejabat yg berurusan diwaktu pejabat shj, dan aku bukanlah kawan utk aktiviti sosial dia. aku rasa inilah kenyataan yg sebenar yg aku kena terima wlaupun berat.kadang2 kwn kt opis mmg rapat dgn kita tp lps waktu opis dah dgn kawan2 lain.wlaupun aku mngharap dia kwn aku lps waktu pjabt, lepak sma2, tp aku takleh nk paksa dia.tp aku sakit hati sbb dia ada jnji nk lepak2 sma. tp itulah kwn.

lebih baik berfantasi mengenai orang yang kita nampak tp dia tak kenal kita walaupun tu cuma angan2 kosong, sekurang2nya tidak menyakitkan hati kerana mudah untuk kita lupakan daripada berfikir tentang orang yang kita kenal dan dia mengenali kita dan kita sering terfikirkan soal dia tp kita tak pasti entah dia fikirkan kita @ tidak.memang menyakitkan.

semua orang mengharapkan ada kawan yg rapat dgn diri kita tp kadang2 kita tak mampu utk mengawal semua utk menjadi milik kita.biarkan semuanya berlalu. dia tetap kawan kita, cuma kita saja yang kena mengawal perasaan kita.

aku harap aku dapat lepasi segalanya menjelang tahun baru ni. perasaan bercelaru ini telah "memakan" banyak diri ini.

Sunday, December 20, 2009

dan kamu pun berkata

setelah segalanya yang berlaku dan apa yang aku tulis di sini, aku sedar tapi masih sukar mengakui bahwa aku cuba lari dari sesuatu dengan harapan ada tempat untuk berpaut tapi tempat tersebut tidak mampu untuk menampung segalanya.

kita mahu ada kawan yang rapat dengan kita tp kita hanyalah seorang manusia yang muncul dalam hari2 dia yang merimaskan hidup dia dan kita terlalu berharap kepada dia untuk meringankan bebanan kita sedangkan dia tidak mampu melihat dari sudut yang kita rasai.

kita melangkaui batas dengan harapan kita ada tempat untuk bersuara tentang sesuatu yang kita pendam walaupun perkara tersebut terlalu kecil tapi bagi kita dengan meluahkan cerita pada kawan kita, ia umpama ubat-ubatan yang merawat luka yang dalam.

kita percaya dialah kawan yang boleh kita percayai dan kita benar2 menghargainya tp kadang2 penghargaan yang kita berikan kepadanya terlalu melangkaui garisan yang sepatutnya.

berdiam diri biarkan semuanya berlalu kadang2 mudah tp bila perasaan serabut datang mna mungkin kamu bertahan.

tarik nafas dalam2 dan tahan seketika dan hembuskan perlahan2...

Sunday, December 6, 2009

dulu sekrang kawan

kawan datang dan pergi. kadang2 kita bukan lupakan kawan kita, cuma kita tak mengingati dia.

masa dari sekolah rendah, aku ada kawan yang sangat rapat. petang2 lepas sekolah naik beskal sama2. pernah 1 beskal 2 orang naik. sorang dok kt depan tu jaga handle, sorang kt seat tukang kayuh, biasala budak kampung. kami buat banyak benda sama2. curi buah belakang rumah jiran dekat sungai lepas tu bwk ke tempat perkhemahan kami tepi sungai tu. ikut kawan2 menjelajah sungai kt kg tu sampai ke kawasan yang tak pernah aku smpai.tp time nakal tu adala jgk kawan yang lain. sriously, klau kami berdua saja, mmg kami tak senakal tu.hehe.slalunya dia datang umah aku, atau aku gi umah dia, tu je. sembang2. masa tu budak2 lg,rsanya tak terpikir langsung soal masalah, semuanya best...

sekrang aku dah xjumpa dia lma sgt tp still sms, itupun aku yg sms. tiap2 kali balik kg mesti family aku bgtau diorg nmpak dia, sbb dia guna minitar yang sma nak balik umah dia.

...

masa sekolah menegah, aku ada kawan yang rapat jgk. dan ada orang kata aku dan kawan aku mcm adik-beradik. baguslah. tp kami tak pernah cerita perkara yg terlalu peribadi, cuma kawan utk study.

tp lepas abis skolah mnengah kami tak jmpa lg. tup tup tahun ni jumpa balik lps hmpr 7thn xjmpa. mulanya aku rasa happy jmpa dia, tp lepas tau apa tujuan dia nk jmpa aku, aku rsa xhappy sgt.mmgla niat dia bagus, tp caranya salah..aku rasa aku kawan yg diperguna2kan, dan sekrang dia menyepi semula.

...

masa belajar di ipt, aku ada kawan yg agak rapat. duduk bilik sama, pegi kelas sama, buat assignment grup sma,prktikal sama, major course je lain. smpi ada kawan yang perli2 - WTF, korang tak suka dia itu korang punya pasal tp jgnlah smpi aku pun kena tempias. biarlah. wlaupun byk benda yang kami buat sama2 tp kami tak pernah cerita hal peribadi. klau dia ada masalah peribadi, dia lg snang crita kt kwn yg lain. aku? aku jenis pemendam sampaikan ada kawan yg kata aku terlalu misteri.lgpun aku pendiam.

tp kami masih contact lg smpi skrng. aku rasa dia tahu sebahgian kisah gelap aku, tp kami tak pernah bangkitkan isu tu, aku pernah nk bercerita tp aku takpasti samada perlukah aku bgtau @pun tidak.

...

sekarang dah kerja, aku dapat rasakan aku cuma ada kawan waktu pejabat saja. itupun 2-3 kerat je, yg lain kenal sbb sepejabat tp tak berapa rapat. lepas waktu pejabat dah terputus hubungan, maksudnya masing2 dgn hal masing2. cuma aku akui, aku agak senang dgn kawan yg byk aku bercerita kt blog ni. dan dialah kwn yg pertama aku rasa aku byk bercerita soal peribadi yg aku rasakan terlalu sukar utk diluahkan. berkongsi cerita. kawan yg buat aku rasa percaya.

cuma sampi kesaat ini, aku rasakan aku terlalu terdesak utk ada kawan yg rapat seperti dia. dan kadang2 aku rasa bersalah mengganggu dia dgn sms aku dan ajak dia lepak sma2, tp itu cuma cara utk aku lepaskan rasa tertekan & sunyi disini. kenapa org lain ada kwn yg rapat, tp sy tak ada?
...

mungkin betul kata opismate aku, aku tak ramai kawan kt opis, kawan aku cuma org tu saja. smpaikan ada opismate yg buat ckp kwn aku yg rapat tu "boyfrend".
mungkin aku patut bersyukur sbb ada orang yang peduli dengan siapa aku berkawan. dari dulu smpi sekarang. wlaupun kadang2 aku tertanya2 kenapa bila aku rapat dengan seorang kawan, orang mula membuat andaian mcm2 wlaupun ianya sekadar jenaka.

...

patutkah aku klafikasikan orang yg datang dan pergi dlm hidup aku sbg "kawan"?

Saturday, November 21, 2009

dan sebenar-benarnya...

dan aku terus tertanya2 kenapa aku masih melakukannya sedangkan bukan kemahuan aku sepenuhnya. betullah kata kawan, "kamu mahu lari tapi kamu tidak pernah cuba mengelak."

aku terlalu banyak menulis tentang kamu teman...fikiran ini masih waras menyatakan aku tahu sebahagian yang patut aku lakukan dalam kehidupan ini, dan sebahgian pula menyatakan aku perlukan sokongan kamu untuk meneruskan kehidupan ini. mungkin sebab itu aku terlalu menghargai apa yang berlaku. setiap patah dan perbuatan yang kamu lakukan memberi kesan kepada aku. buat aku terpikir. kamu inspirasi. kamu idola.

mungkin aku terlalu menghargai kamu dan menyayangi kamu, mungkin itu sifat aku. mungkin perlu aku bunuh saja perasaan itu? agar kawan, teman, sahbat yang muncul dalam hidup aku ini tidak meninggalkan lopong di jiwa ini.

semua orang menyayangi kamu. alangkah baiknya menjadi kamu. tenang.

maafkan atas segala kemerapuan yang aku perkatakan selama ini. aku terlalu cuba menjadi teman yang rapat agar aku ada tempat berkongsi cerita. aku terlalu takut kehilangan teman lagi.

Sunday, November 1, 2009

hari kamu hari ini

bersyukurlah bila kamu bangun hari ini kamu masih bernafas di dunia ini.dan rasa sayang itu masih berbunga di hati kamu.

okeh harini. mcm biasa. nak raikan apa. alhamdulillah. masih bernafas.
duduk umah makan ape jelah yang ada. dok umah lg jimat.

terima kasih selcom yang anta sms wish awal2 pagi. terkejut den.ingtka buah ati mna lah yg send sms.selcom mmg mcm tu lah tiap2 ujung mnggu je sms pagi2.ampeh btol.
terima kasih youth, sonierikson yg wish kt email.koranngggg memangggg my true frennnn.

huh sedih sbenornye.memang mengharap pun.haha.

hidup mesti terus.

..............................................

bila tengok dari segi umor aku rsa mcm "eh baru tahun lepas 21" hakikatnya dah bertaun2 pun 21. 21 dah lama berlalu pergi. sekarang dah pertengahan 20'an. tapi still rasa terumbang-ambing lagi dari soal hidup yang perlu aku pilih.

kalau tengok dari segi tahun, rasa mcm cepatnya masa berlalu, tahun ni dah hujung 2009, sedangkan rasa mcm tahun 2001 mcm baru tahun lepas. sedangkan dah 8tahun berlalu. mungkin sbb aku rasa tahun 2001 mcm tahun permulaan era Y2K.

tapi yang penting kita tak perlu melihat diri kita tua, kita perlu melihat diri kita kearah yang lebih matang. mcmmna kita mengendalikan sesuatu perkara/masalah. klau dulu asyik nak majuk @ mengamuk, so fikirlah yang positif.

kalau kawan kita tak dapat nak jumpa kita pun, kita pikirlah mungkin dia sibuk, walaupun hati kita sakit sgtttt sbb ape2 reply pun xde dari dia.huh.nak dpt sokongan pun susah.nak mnta reply sms pun xde.

okehlah.takde nak berfalsafah harini.

Saturday, October 31, 2009

itulah kamu

kamu mahu updated dengan kehidupan canggih teknolgi terkini seperti orang lain, tp kamu asyik menyibuk pasal cerita orang lain kenapa.

ada teman sepejabat ckp, blog cuma untuk orang2 yang kesepian untuk meluahkan perasaan. ya tak disangkal itu sebahagian drp fungsinya. dunia sekarang lebih mudah, kamu tidak perlu membawa diari tulisan tangan lagi, sekarang kamu cuma perlu mengklik2 shj. dimana2 saja kamu boleh update. itulah kamu buta IT, ada kemudahan tidak mahu digunakan, cuma mahu memperlecehkan orang2 yang celik IT ini saja. tapi hari2 mau mengadap membaca blog org lain, dan sibuk bertanya apa blog aku, apa blog org itu. eh, apa yang aku tuturkan sehari-hari yang tiada bahan perekod pun boleh jadi bahan mulut yang disampai2kan, inikan pula blog yang kamu boleh klik setiap hari janji ada koneksi sudah pasti diforwardkan linknya. aduh gila. tp bg aku, kalau kamu baca kamu simpan-kadang2 apa yang orang tulis ada kena mengena apa yang terjadi pada kita secara kebetulan, jadi kita jadikan panduan, kalau kamu tidak berpuas hati kamu boleh mesej aku. blog adalah tempat utk berkongsi cerita dan pendapat.

bagi sesetengah org, blog juga boleh buat duit. dah rmai. itulah kamu, tau yang negatif2 saja bila orang bikin blog, katanya org itu kesepian. ada orang boleh hidup dengan buat blog saja. sudah pastilah orang itu ada cerita2 menarik utk update di blog dia. dan kamu salah seorang drp pengunjung2nya yang mampu buat dia terus hidup dgn hanya mengadap komputer. itupun kamu belum sedar lg. aku tak ada cerita menarik utk bikin org datang ke blog aku, blog aku cumalah cebisan rasa yang jujur dari dlm diri ini yang kamu tidak nampak diluar. lagipun ceritanya terlalu peribadi, mau buat duit sudah pastinya perlu dipromote2 & mengklik2 blog org lain utk linkkan, kang tak pasal2 yang kliknya org sekeliling kamu yg berpikiran sempit yang tahu buat bahan mulut saja.haha.kantoi.

tapi ya, aku rasa mcm ada orglah dtg blog nih, sbb last tme aku check hitnya lain.haha.giler.
kamu tahu kamu diam sudah, kalau aku kasi kamu baca, maksudnya aku mempercayai kamu.
tapiii.......takdelah pulak komen.hampeh. memang aku ckp sorang2lah.haha. bkn mengharap tp klau ada komen rsa mcm apa yang kita tulis tu ada koneksi dgn orang lain. mcm terapi.

....................................

dalam hidup ni. kita perlukan kawan utk bagi sokongan kat kita, bukanlah kita nak mengharap kt dia. tp mungkin dlm sebahagian perkara kita tak boleh nak kongsi dengan orang lain secara terbuka, sbb tulah kita perlukan kawan yang betul2 kta percaya.

kita suka kawan kita mungkin mcmmna kita suka berkawan dgn kawan2 kita yang lain. tp mungkin kita suka dia lebih sedikit sbb keterbukaan dia. kita sayang kawan kita mcmmna kita syg keluarga kita, dia takkan pergi tp takselamanya kita boleh mengikat dia dengan kita, sbb bila tiba masanya kita kena melepaskan, masing2 ada kehidupan tp hubungan takkan terputus.itulah keluarga.

terima kasih membantu utk kehidupan ini.

Saturday, October 24, 2009

terima orang sekeliling kamu

kalau kamu tidak selesa tentang seseorang yg mempunyai sangkut paut dgn kamu, luahkanlah agar rasa resah kamu kurang tp kalau kamu tidak suka seseorang hanya kerna penampilannya dan dia tidak menyusahkan kamu pun, jadi lebih baik kamu jgn menyusahkan diri kamu dgn memburuk2kan orang tersebut...

bosan mendengar bunyi2 mulut seorang kawan yang asyik je memerli sorang mamat lembut tu. kalau kamu rasa dia tidak layak menjadi kawan kamu, lebih baik kamu diam saja.jangan membazir masa kamu. daripada kamu mengejek dibelakang apa gunanya. bila berdepan buat2 takde ape2, tp dibelakang buat bahan jenaka.

aku bukanlah baik sgt. tapi aku belajar untuk lebih menerima semua orang sekarang. kalau kamu datang dengan urusan yang baik, so kita settlekan urusan yang baik itu saja. kamu buat bahagian kamu, aku buat bahagian aku. aku bukanlah mahu jadi hipokrit yang kononnya boleh menerima semua orang tp dlm hati hanya tuhan yang tahu tapi aku rasa kalau kamu hanya berurusan dengan seseorang itu cuma untuk urusan tertentu contohnya urusan kerja, jadi kamu terimalah dia sbg rakan sekerja utk urusan tersebut. yang selebihnya contohnya bagaimana orang itu kelihatan jika itu bukanlah dalam skop urusan kerja tersebut jadi janganlah kamu nak menyibuk2 menilainya. itu dah dia, kita nak buat camna. selagi perilakunya tidak mempengaruhi kepada sesuatu yang buruk dalam urusan kerja kita, kita teruskanlah urusan kerja kita. jika perilakunya memberi pengaruh yang tidak baik contohnya melebih2, mengada2 so kita nasihatlah dia, janganlah asyik cakap belakang saja.

aku rasa dalam soal nih, memanglah kadang2 bagaimana orang yang berurusan dengan kita tu kelihatan akan mempengaruhi fikiran kita sepanjang dia berurusan dgn kita. sbb fikiran kita ni penuh dengan macam2 penilaian dan rasa. tapi selagi orang yang berurusan dengan kita tu masih dalam landasan urusannya, so kita pejamkan fikiran kita yang buruk2 tu. memang bunyinya mcm hipokrit tp sekrang2nya kamu tidaklah menambah dosa kamu dengan asyik memerli orang. APA KAMU INGAT KAMU SEMPURNA SANGAT?.

jangan terlalu membenci orang, jangan terlalu mengutuk orang sbb mana tahu entah2 nanti dia jadi kawan rapat kamu pula. i've seen that.

untuk kawan ku, memang betul dan diakui ramai kamu kacak, kamu hebat, kamu digilai gadis2 termasuk ibu2 tp janganlah kamu memandang rendah orang lain yang kurang sempurna berbanding kamu. masing2 ada keistimewaan. dan sebenarnya ada perilaku2 kamu dan kata2 kamu yang membuatkan aku berkecil hati sebelum ni. tp aku lupakan sudah sbb aku berharap ianya takkan berulang lagi. kadang2 kamu patut belajar berdiam diri saja. sbb bila kamu dah menyibuk & kecilkan hati aku masa aku lakukan urusan aku, selepas tu kamu datang merayu pada aku memerlukan pertolongan utk aku lakukan urusan yang sama setelah kamu kecilkan hati aku sebelumnya apa gunanya lagi?im not happy to helping u,apa gunanya?

untuk orang2 lain pula, kalau kamu pernah memperkecilkan diri ini, apa yang boleh aku katakan, apa yang kamu telah katakan pada aku, kalau aku berkecil hati, lihatlah nanti, kalau tidak kena pada kamu, kenalah pada anak2 cucu kamu, kaum kerabat kamu. wah mcm sumpahan. memang btol sbb aku benci dengan mulut2 celaka kamu, lihatlah nanti apa jadi pada anak2 kamu.haha..

maaf ya.

oh ya, cuba utk mengingati perkara2 yang indah yang bisa memotivasikan aku kini.
teringat kata2 abe yang buat aku tersenyum. :)
hehe.

...........................

semalam tgk movie surrogates sorang2 sbb mlas nak balik umah awal sbb harini sbtu, nnti bengong sorang2 kt umah.haha. hiburkan hati.

Thursday, October 22, 2009

kamu adalah kawanku

mengenali kamu dan kisah2 kamu teman, membuatkan aku terpikir betapa beruntungnya aku sebenarnya...terima kasih teman.

harini aku tergerak hati untuk menulis sesuatu. walaupun dah rasa letih sikit, tp aku rasa aku perlu menulis tentang sesuatu yang membuatkan aku terpikir betapa beruntungnya aku.

petang tadi, lepas kerja, aku keluar dengan abe. tiba2 harini dia ajak aku kluar, katanya harini dia free, takut esok dia sibuk dan taktau lg pulak hari apa boleh kluar lg. sebenarnya, aku rasa bersalah lah jgk sbb aku yang sms ajak dia kluar lepas keje 2-3 kali. last kami kluar msa bulan puasa lepas-berbuka. entahlah aku rasa senang kluar berjalan2 dengan dia, aku rasa macam masalah aku lenyap bila borak2 dgn dia. dia kawan aku, dia abg aku.pegi ambil buku yg dia order then makan2, pusing2.

masa dalam perjalanan balik dlm kereta aku tnya "mesti best membesar di kuala lumpur, nampak pembangunan". dia bgtau dia bukanlah sosial @ jalan2 sgt msa kecik2. sbb kluarga bknlah org senang. pertama kali keluar duduk jauh masa matrik.sampaikan masa dok matrik xbalik umah sbb xtau jln balik umah sedangkan matrik kt kl je.duit cukup2 saja. hujung sem terpaksa balik pun sbb org lain dah balik, paksa diri jgk cari jln balik smpi umah pkl 2 pagi jln kaki. rsa klakar pun ada, sedih pun ada. dia ckp dia pernah takdpt join kawan2 dia kluar sbb xde kasut nak gi jln2. aku rasa mcm, "oh my god, ada lg orang yg kurang bernasib baik dari aku, aku ingat aku saja yang rasainya dlm bab2 ni."

bila difikirkan balik, aku akui aku pun bknlah dr kluarga yang senang, lebih kurang sama mcm dia, mungkin sbb tu aku rasa aku mudah utk berkongsi cerita dgn dia. dan cara dia bagi respon buat aku tenang dan senang utk bercerita .kadang2 aku rasa aku lebih beruntung dr orang lain, cuma aku saja yang taktahu menghargai. aku asyik merungut, aku asyik mahukan perhatian.

aku tnya lg "apa akan jadi klau 10 tahun lg contohnya, agak2 kawan kita ingt x lg kt kita?boleh lg tak kita kluar mcm ni".(sbenarnya aku nk tnya, masa2 akan datang agak2 dia ingt lg tak aku sbg kawan klau kami xjumpa lg.) dia ckp dia cuma pikir utk esok sj.haha bleh plak mcm tu..tp dia bgtau mungkin masa tu masing2 dah ada komitmen, mungkin boleh jumpa tp situasinya mungkin dah berbeza. dan aku pun selalu ingat mcm tu, nnti bila masing2 dah ada kehidupan sendiri, komitmen masing2, mungkin nak jumpa entahlah mcm mna, tp aku berharap sgt aku tak dilupakn. klau takdpt jumpa pun, mungkin boleh sms, call.

entahlah, memang aku terlalu mengharap diingati. aku tak kisah dia @ kawan2 yg lain ada komitmen dan kehidupan masing2 tp janganlah lupakan aku. sekali sekala kirimlah berita, bertanya kabar sbb sepatah perkataan yng baik cthnya bertanya kabar sebenarnya membantu jantung ini utk berdegup lg. im happy.

aku sayang dia sbg kawan dan abg. selalunya kita buat segalanya utk orang yg kita sayang supaya dia gembira wlaupun kita bukan sebahagian dr kegembiraannya sbb kegembiraan kita dlm membantu dia sebenarnya telah membantu jantung kita berdegup dengan tenang sekali lg.

lebih banyak aku borak dgn dia, lebih banyak aku rasa bahwa aku patut bersyukur dengan apa yang aku lalui. hargai seadanya. aku rasa aku dapat mengenali kehidupan ini dari kisah2 dia. memang aku banyak menulis tentang dia di blog ni sbb byk benda yang aku pelajari sejak aku kenal dia. dia buat aku rasa bersalah, dia buat aku rasa menghargai, dia buat aku rasa berfikir, dia buat aku rasa aku lebih baik menghargai kehidupan ini.

abe, terima kasih.

Saturday, October 17, 2009

masih

dunia ini berputar,
hari berlalu,
cerita berlagu..

Saturday, October 10, 2009

kehidupan ini

kita lakukan segalanya untuk kawan kita agar dia sedar kehadiran kita, bersalah kah kita?

aku akui aku seorang yang terlalu terdesak untuk mendekati seorang kawan yang aku boleh anggap sebagai kawan rapat yang aku boleh kongsi banyak perkara dan rahsia yg aku tak dapat nak luahkan pada orang lain.

kadang2 aku rasa bersalah dengan apa yang aku lakukan. aku takut apa yang aku buat disalah ertikan walaupun dia dah tahu sebahagian cerita sisi aku.

bila aku rasa resah, sunyi, entah apa2 lagi perasaan, aku perlukan kawan untuk redakan perasaan tu. aku sms dia sbb aku percayakan dia. sbb aku perlukan kawan untuk berbual. kadang2 bila aku simpan perasaan tu xde orang nk sembang, rasa serabut giler. sbb dia dah aku anggap mcm abg aku, keluarga aku. mmg dia reply sms, tp takkanlah aku nak sms dia selalu bila rasa serabut. apa yang aku slalu terpikir, aku taknaklah dianggap terlalu bergantung pada dia. nanti mengganggu dia pulak. tp setiap kali dia reply, perasaan yg kusut boleh reda tiba2. mcm ubat.

entahlah, aku rasa semua orang rasai perasaan yg aku lalui. kita ada kawan, kita nak kawan kita tu jadi kawan yang paling rapat dengan kita. kita nak kawan kita tu pun anggap kita mcm tu. kita rasa dalam ramai2 kawan kita, dialah yang paling kita percayai. kita sedar dia ada kehidupan dia, kita ada kehidupan kita. cuma kita nak sebahagian ingatan dari dia. kita rasa cemburu bila dia lebih rapat dengan kawan2 yang lain sbb kita akan tertanya2 kenapa dia tak boleh layan kita mcm tu sedangkan dengan orang lain boleh. kita mahu dihargai sbg kawan.

aku tertanya2, suatu hari nanti adakah aku masih diingati oleh kawan yang aku sayang bila saat masing2 telah temui kehidupan yang diingini?

aku mahu diingati disaat dimanapun aku dan dia berada suatu hari nanti...itu harapan aku dan aku rasakan hadiah paling bermakna untuk hari jadi aku nanti.bln depan.

Monday, September 28, 2009

entah

adakah kita terlalu kejam terhadap rakan kita sedangkan kita juga terguris dengan sahabat kita yang lain?

malas.titik.

banyak benda yang nak ditaip.tp malas.

Sunday, August 30, 2009

sukar melangkah

kenapa kita tak boleh nak melepasi sesuatu yang kita sangka kita berjaya lepasi tp kita masih stuck in the middle bila kita harapkan ada pertolongon tp tak kunjung tiba

entahlah. serabut lg. harap ada kawan. tp semuanya sama.
apa salahnya kalau msg bgtau takjadi. bukanlah terlalu mengharap tp sekurang2nya boleh redakan perasaan resah+serabut nih. rsa mcm takde langsung kwn yg peduli.

aku tau aku terlalu mengharap.
tolonglah aku. aku takkan tarik kau kedalam sana. tp aku mohon kau tarik aku keluar dari jurang ini. dunia ini membunuhku.

masih mengharap.
maafkan saya abe. sy cuma mahu menjadi kawan rapat abe. tolonglah bantu saya.

Saturday, August 29, 2009

masih belum berakhir.

macammna kalau kita mahukan kawan kita jadi rapat dengan kita tapi kita rasa bersalah dengan apa yang kita lakukan..kita cuma mahu gembira.

aku kt rumah. bingung lagi lepas luahan selasa lepas. rasa berat kepala. rasa seolah2 sebahagian drp benda berat masih bersarang difikiran ini.

nak keluar. tp orang yang berjanji takde pulak msg.diam dr smlam. blom bgn tidorkah.tak sihatkah. aku cuma miscall. aku dah naik segan sbb aku asyik ajak dia kluar lepak2 dgn aku slalu sgt. bknnya apa aku taknak nnti dianggapnya aku ni mcm kwn yg terlalu bergantung dgn dia. mmglah aku gembira kluar dgn dia mcm kawan aku pernah ckp kt aku "happy kluar ngan ko". tu kawan masa aku belajar.

ada kawan ajak tgk wayang. tgklah nnti mlm2 skit. mcm aku slalu tulis, hati aku belum benar2 gembira.

serabut.rasa bersalah.

Wednesday, August 26, 2009

akhirnya.

masih rasa bingung. entahlah. rasa sebahagian diri aku disini, tp sebahagiannya bkn bersama aku.betul2 bingung. rasa mcm diri aku tak berada bersama aku.
walaupun aku dah luahkan dan ceritakan apa yang aku nk ceritakan selama ni masa dalam perjalanan balik dlm kreta lepas jln2 buka puasa , sekarang aku rasa risau dan takut.memang dia ckp jgn pikir sangat dan dia takkan benci aku. cuma aku takut aku tak ada tmpt utk bersembang. dia dah aku anggap mcm abg & family aku.

aku rasa aku kosong. dia kawan yang paling aku percaya dan mudah bercerita disini tp aku takut dgn luahan aku mcm mna penerimaan dia selepas ni.moga2 dia memahami
aku bgtau sejak aku kawan dgn dia, dialah kawan yang byk bagi kesan positif dalam apa yang aku nk buat. malahan aku bgtau kt dia, aku rasa bersalah dgn diri sendri tiap kali buat bnda tu, sbb aku sepatutnya lawan perasaan tu, tp aku tak lawan. mungkin sbb aku kecewa masa tu. ya aku kecewa masa tu sbb walaupun aku gembira kwn dgn dia, tp kadang2 aku kecewa tak diberi perhatian sbg kawan, dia cuma dtg bila perlukan pertolongan dlm hal2 pejabat shj, tp aku mahukan kawan yg boleh berkwan selepas waktu kerja. aku buat benda tu agar aku tak terlalu kecewa dan kosong. tp sebenarnya aku terlalu naif masa tu.

bila aku baca msg yg dia hnta lps aku explain lbih lanjut lps smpi umah mlm td, dia minta aku berubah ke jalan yg sepatutnya dan sruh cari gf sorang utk isi ruang kosong dlm diri aku. tp aku fikir kalaulah hidup ini semudah itu bagi aku,aku akan cuba, tp aku rasa aku bkn utk sesiapa.

aku bukanlah mahu jalan yg salah tu, aku mahu berubah, cuma aku mahu aku masih ada kawan yg boleh aku berkongsi cerita yang aku tak mampu ceritakan pada orang lain.keterbukaan dalam penerimaan. tapi aku tidaklah mahu menjadi terlalu bergantung pada dia. aku tak mahu menjadi seolah2 terlalu mengharap smpati. cuma kadang2 aku tak ada tmpt utk berkongsi cerita. dialah kawan yg paling aku prcayai.

abe, im sorry.
hidup ini satu percaturan, kadang2 kamu perlu menambah kekuatan, menolak keinginan, mendarab kesungguhan, membahagi kenyataan.

Sunday, August 9, 2009

degup?

kalau jantung kita berdegup kencang, maksudnya dialah cinta kita.

tapi macammana kalau jantung kita berdegup kencang tatkala itu kita berdepan dengan seorang yang kita suka, seorang yang kita sayang tapi kita tak boleh mencintainya?adakah kita telah tewas?adakah kita akan sesat?

Saturday, August 8, 2009

perlukah?

perlukah kita buat sesuatu untuk memenuhi permintaan orang lain, sedangkan kita mengharapkan sesuatu yang lain terjadi?

aku selalu terpikirkan perkara nih. entahlah. kadang2 aku buat sesuatu cuma untuk memenuhi permintaan orang tersebut. walaupun aku rasa gembira dan senang hati melalui perkara tersebut tp selepasnya aku tak merasai apa2 impak atau memori yang boleh aku simpan. dia dah jadi mcm "oklah aku ikut, cuma utk jaga hati dia". sebab tu lah aku rasa aku dah menghampakan beberapa kali ajakkan kawan aku utk kluar lps keje. sbb aku rasa aku boleh tunai permintaan dia tp aku tak rasa apa2 impak lepas tu. sbb aku pikirkan dan mengharapkan untuk spend time dgn orang lain.

memang nampak mcm aku memilih, tp kalau aku asyik pikirkan soal jaga hati orang lain saja, so mcm mna aku nk jaga hati aku. siapa yang jaga hati aku. dah mcm robot. cakaplah apa yang nk dickp "ckp mcm k*link" "mcm2 alasanlah". cakaplah. sbb aku pun akan ckp benda yang sama dekat orang yang aku harap dapat spend more tme sma2. aku pun melalui benda yang sama sekarang. so aku tak rasa aku terlalu kejam. apa yang aku buat patahbalik kepada aku.

bosan ajak kawan yang kita harap leh lepak sama2 tp bagi alasan mcm2.

bosan dengan kawan yang ajak tp berkira sgt. belom apa lagi dah kluar statement "tgh bulan, so bayar sendri2". aku pun bleh buat cmtu, "tgh bulan, jalan umah kita lain2, jauh nak hanta balik, so baliklah sendri malam2 buto tu,".itu cuma kesimpulan yg aku mbik bila org dah blom apa2 lg dah ckp soal byr sendri2, sedangkan lps tu sruh aku hanta balik. mayb cuma lawak, tp jgnlah ckp soal ada duit ker, takde duit ker, byr sendri ker, blanja ker. ko boleh berkira dgn aku, aku pun bleh berkira dgn ko. so kesimpulannya kita cancellah plan tu.haha.mcm berkira sgtlah aku.

bosan dgn opismate yang perangai mcm budak2 sekolah tinggi kadang2. asyik nyibuk je aku nk spend time ngan sape.

Saturday, July 25, 2009

pertanyaan menikam kalbu?

semalam masa keluar lepas keje dgn sorang kwn opis aku yg aku terpaksa tolak permintaan dia ajak aku kluar sblum ni (yang aku ada tulis sblum ni), dia ada tnya satu soalan.

"sblum ni ko ckp ada seseorang yang buat ko trus bekerja kt tmpt skrng, sapa orangtu"

haha.sriusly aku terkejut dan aku langsung tak bleh ingt bila masa aku ckp psl tu. mungkin ada kot.tahun lepas. sbb thun lps, slalu jgk aku jln2 lps keje dgn dia.biasala naik pengangkutan awam ni leh merewang2 jap lps keje. dah pnat merewang naik bas/lrt trus je tido. huhu..

tp biasala slalunya bila kita ckp kt sesorang mungkin kita takleh nk igt, tp bila sesorang ckp sesuatu kt kita, kita leh igt. nmpak mcm kita terlalu memikirkan apa yang orang tu ckpkan. aku masih igt jnji2 kawan aku, tp ada sebahagian jnji aku yg aku takleh igt.

berbalik pada pertanyaan kwn aku td, takkanlah aku nk bgtau dia kot. walaupun dia dah perangkap aku tnya departmant mna, unit mna..wlaupun aku takpasti bila masa aku bg knyataan psl tu, tp aku boleh tau orang yang aku maksudkan time tu siapa orangnya. orang yg byk aku tulis di blog nih, dari tahun lepas smpi sekarang. kalau lah aku bgtau dia msa tu, aku taktaulah mcmmna reaksi dia, aku pernah mengaku dekat sorang je kwn aku kt opis-kwn jln2, mkn2 lps keje psl siapa yg buatkan aku stay kt opis tu. well, nasihat seorg senior,

"awk muda lg, takkanlah awk nk jadi mcm tu? semua kwn awk nnti kawin jgk.nnti masing2 ada life masing2"

sememangnya aku taknak jadi mcm tu, cuma aku sayangkan kwn aku.

Friday, July 10, 2009

kamu benci, tapi kamu suka

bila kamu selesai dengan perasaan itu, kamu benci kerana kamu lakukannya.
selagi kamu belum melepasinya, kamu rasakan kamu mahukan ia semahu2nya.
tapi sesudah kamu mencapai apa yang kamu fikirkan sebelum itu, kamu menyesalinya.
itulah aku.

kamu sayang dia. dan dia "menyelamatkan" kamu dalam perkara2 yang hanya kamu merasainya.
tapi kamu lemas dalam perasaan yang masih membenam di jiwa.
terasa perasaan yang dipendam itu menggunung, mencanak melepasi kemampuan kamu.
takut tapaknya kan roboh jua.
itulah aku.

Saturday, July 4, 2009

itulah kawan kamu

malam tadi sampai je rumah lepas balik opis, aku telifon kampung.
tanya kabar mak, kakak,abang,keadaan skrng, crita pasal keje, kreta.
dan bercerita skit pasal kawan. sbenarnya aku segan nak bercerita pasal hal2 aku dgn kawan2 kat family.tp aku dah taktahu nak berckp dgn siapa. cuma bercakap yang biasa2 saja.

aku bagitau kakak aku, sekarang aku balik terus lps keje sbb bila ajak kawan kluar mcm2 alasan diorg bg.kakak aku ckp mayb diorg ada urusan lain, masing2 dah penat.

tapi aku bgtau aku betol2 kecewa bila kawan yang sebelum ni bila dia ajak kita keluar lps keje, kita ikut permintaan dia, tp bila kita ajak dia keluar, mcm2 alasan dia bg.sakitnya hati.kakak ckp, biasalah tu.kawan-kawan mmg mcm tu.

kesimpulannya semua orang merasai apa yang aku rasa.kawannn.

aku tak salahkan dia sgt, cuma aku dah penat nak berfikir kenapa aku takboleh terima hakikat aku cumalah kawan untuk urusan kerja-kerja pejabat. aku bukanlah tak biasa berseorangan, dan aku baru melaluinya dengan hati yg terbuka beberapa bulan lepas, tp sejak sebulan lepas, perasaan ingin rapat dgn kawan tu muncul balik slepas beberapa lama aku buang dan terima hakikat bahwa aku cumalah kawan untuk urusan kerja-kerja dia dan dia tak pernah pun terpikirkan aku untuk masa2 selepas urusan kerja.

aku bukanlah takde kawan lain yang ajak aku keluar, tp buat masa sekrang fikiran aku kacaubilau. aku nak selesaikan apa yang bermain di fikiran aku. dan aku terlalu fokuskan pada soal itu. tidor berjam2 pun still tak puas.

aku akui, aku terlalu fokus pada seorang kawan yang aku taktahu apa yag dia fikirkan.tp aku sayangkan dia sbg kawan.

Saturday, June 27, 2009

aku faham sekarang!

Sebenarnya ada perasaan bersalah dalam diri ini. maafkan aku kawan.
minggu lepas kawan opis (perempuan) ajak keluar lepas keje tgk wayang. sebenarnya movie yang dia ajak tgk tu mmg aku nk tgk. tp sbb aku dah janji dgn kawan yg sorang lg so aku xleh nk tunaikn permintaan dia. tp aku tak ckp pun aku dah janji dgn orang lain.aku cuma ckp, tgklah dulu cmna, kna plan dulu...
jumaat malam sabtu pulak dia msg tnya hari sabtu ada plan tak.aku ckp xtau lg. sriusly aku mlas nk kluar.nak berjimat.hehe.dia ckp oklah, lgpun dia gi opis OT.dia ckp xpelah klu aku taknak kluar,dia dah biasa sorang2.
aku rsa aku ni seolah2 kawan yang ingat kawan bila masa memerlukan saja.sbb sblum ni aku ajak dia temankan aku lps keje jln2 sbb aku mlas nak balik umah awal. kami tgk wayang.jadi aku takut dia anggap aku mcm kawan yg diperlukan cuma masa bosan. tp sbenarnya mcm mna aku nk spend time dgn dia klau fikiran aku asyik ingt kawan yang lain?aku taknak jadi kawan yang tunaikan permintaan kawan, tp masa dengan kawan tu, asyik terpikirkan pasal kawan lain. maksudnya badan kat situ, tp fikiran melayang entah kemana. tak ikhlas.

sekarang baru aku paham kenapa kawan2 yang aku msg ajak kluar, tp msg layan tak layan je. sbb aku tau, takde gunanya kita keluar/jumpa dgn kawan kita sbb nak tunaikan permintaan dia, tp pada hakikatnya fikiran kita masa jumpa tu bukanlah dgn kawan yang kita jmpa tu. kita cuma nak tunaikan permintaan dia..
aku ada sorang kwn, aku msg dia sbb dah lma giler tak jumpa, lps 2-3 hari br reply, alasan br topup. its ok, atleast reply.bg jawapan ok mnggu ni boleh jmpa kot. aku tak repy pun sbb i dont trust anymore. klu stakat ayat2 sms tu aku dah terbiasa dgn jawapan "tgklah".dan sekarang dah hujung minggu, if dia betol2 boleh jumpa dan nak jumpa, msti dia akan msg tnya aku balik. aku dah mlas nk msg tnya balik jadi @ tak. sbb aku dah bosan dgn plan yang dah berkali2 nih. lagipun aku keciwa, yang dia ingt aku msa nk mnta tolong je dulu...

entahlah, fikiran terganggu. sbenarnya aku dah janji dgn kawan aku (abe) nak belanja dia tgk wayang.dah ckp dr 2mnggu lps sbb 2mnggu tu dia busy.tp taktaulah, tak tnya balik lg.isnin ni br dia msk opis.

aku bukanlah nak ketepikan kawan aku (pompuan) tu, tp sbb aku dah janji dgn orang lain.lgpun nnti abe ckp lak mcm msa aku kluar dgn kwn pompuan tu tetiba dia ajak aku teman dia gi bli cd ps time yg sma lps keje, "takde sapa pun nak sayang aku".haha.sapa sruh ajak lambat sgt...

fikran ni terasa masih berat. diluah takut kehilangan, disimpan takut merana..terlalu lemas dan memenatkan...

miss u bro. maaf menganggu dgn msg2 haritu.

Thursday, June 18, 2009

kenapa perasaan itu muncul lagi?

dah lama aku buang perasaan yang membelenggu dalam jiwa ini..tapi tiba2 muncul kembali..hampir tempoh masa yang sama macam tahun lepas..perlukah aku hadapinya setiap tahun?kadang2 aku terpikir untuk meluahkannya, kerna aku tahu penyelesaian bagi masalah ini cumalah meluahkannya..tapi sudahkah aku bersedia menerima segala kemungkinan yang akan berlaku setelah aku meluahkannya?aku terlalu takut, bila aku luahkan, aku akan hilang segala yang buat aku tersenyum..tapi aku rimas dalam hari2 yang berlalu bersama fikiran yang terbelenggu dengan keinginan itu..aku mahukan kawan yang mengenali siapa aku dan mengetahui bahawa aku sayangkan dia..aku tak mahu kehilangan dia..

sejak akhir-akhir ni, aku rasa sangat keliru dan taktau apa yang akan terjadi pada aku..perkara yang sama berulang2 sepanjang tahun, kejap muncul, kejap ilang dan muncul kembali..
apa yang aku mahukan sebenarnya?..aku jadi sangat risau.. apa agaknya akan berlaku 10 tahun lagi,
adakah aku masih keliru dengan perkara yang sama?masih memendam perasaan yang sama.

entahlah, kadang2 aku mahukan itu tapi aku rasakan adakah aku diterima?
kita mahu kawan yang kita sayangi menyedari bahawa kita sangat menyayangi dia.
tapi kita rasa bersalah takut ada perkara2 yang kita lakukan untuk dia menyebabkan dia tidak senang
dengan kelakuan kita. tapi kita nak dia tahu kita amat2 sayang padanya.

kawan datang dan pergi. tapi bila kita sayangkan kawan kita, kita tak mahu dia pergi.
kerna dia buat hati kita rasa senang. rasa gembira bersama dia.

kadang2 apa yang kita mahukan melampaui batas.kita sedar. tp kita mahu dihargai.
kita mahu ada seseorang yang tau. yang pastinya orang yang kita sayangi itu tahu.
tapi risiko pasti mendatang. adakah dia menerima atau sebaliknya.

perasaan dan hati tidak boleh dipaksa.

selamat ulangtahun kelahiran abe (19/6). moga lebih diberkati.

orang yang buat kita kuat dan orang itu jugalah yang membuatkan kita tewas.

Saturday, June 13, 2009

kenapa kalian busybody?

okehlah..dah lama rasanya aku nak update blog ni..byk benda yang aku nak luahkan..tp taksempat..taksempat sebab malas dan tak kuasa nak duduk mengadap menaip kat sini...kesimpulannya malas...

minggu ni aku tak berapa sihat sikit..tapi still kena pegi opis sbb ada keja yang nak kena settlekan by this week..cuaca panas giler, so biasalah kering, sakit kepala, terawang-awangan...

tapi walaupun minggu ni aku mcm tak berapa ok, tp aku rasa aku ok sbb im doing my work for my fren yang dah byk membantu aku dalam menghadapi kerja2 aku...entahlah, aku rasa gembira dan semangat bila ada kerja yang kna buat dengan dia..dia dah mcm abang aku...rasa selesa bekerja dgn dia..sampaikan opismate aku ckp "buatlah, sbb ko suka sgt layan dia"..entahlah, salahkah kalau aku buat kerja dgn orang yang menyenangkan hati aku?ataupun korang nampak aku terlebih melayan?fckup..i do my job, u do ur job..klau orang yang bekerja dgn aku tu menggembirakan aku, apa masalahnya dgn korang?kalau aku nak melayan dia lebih2 pun, itu hak aku, as long as i can stay strong n he can help me to finish my job..its ok for me..aku ingt lagi sorang opismate aku yang lain ckp "kalau kita ikutkan apa yang orang lain cakap, sampai bila kita nak gembira?"...

aku tertanya2 kenapa orang nampak sangat bila aku rapat dengan sorang kawan?mungkin betul cakap kawan sepejabat aku, aku tak ada ramai kawan di pejabat...dan bila aku rapat dengan sorang2 tu, so diorang boleh nampak..aku kenal orang-orang kat pejabat tu, tapi jarang sangat spend time dgn diorang..just tegur2 mcm tu lah..dan aku bukanlah jenis sesetengah orang yang tinggalkan table dia sampai menyusahkan orang lain nk siapkan keje sbb dia asyik hilang semata2 pegi jumpa kawan kat department lain tanpa urusan yang penting sgt2 punnnnn..wtf..

salahkah kalau aku rapat dengan seorang kawan yang aku rasakan dia dah mcm abang aku?aku rasa selesa bekerjasama dengan dia..aku rasa selesa bersembang dengan dia..dia byk bantu aku..dan aku mengaku aku sayang dia...salahkah menyayangi seorang kawan?

dia ajak aku temankan dia bli cd ps2 lps keje..so aku tak kisah, sbb itu dah membantu aku untuk hilangkan rasa kesorangan..sbb aku pun dah bosan dgn kawan yang setakat urusan keje...

rapat dengan dia buat aku blajar beberapa benda, pengurusan kewangan yang aku masih sengal2 ubi..kisah2 pejabat..kisah2 diri sendiri..its fun ada kawan yang rapat dengan kita yang bukan saja berurusan dgn kita semata2 soal pejabat sahaja..

minggu depan birthday dia..dia tnya aku nk bg apa utk birthday dia..aku tnya dia ckp nak jam brand apa thah..demanding,haha..aku pun xde jam..pastu nak trade dgn aku stakat tshirt event kt opis yg stok tak habis..apekejahnya..haha..apapun slamat ulangtahun kelahiran my brother..jaga diri baik-baik..gembira berkwan dan mengenali kamu..

kalau ada orang yang terbaca tulisan aku mesti ada tertanya2 dan rasa pelik..aku disisi mana sebenarnya..entahlah, aku pun taktau..itu hak aku lah...

Saturday, May 9, 2009

i dun care or what?

sekarang aku rasa aku ok skit kot.
rsa mcm aku dah tak kisah sgt dgn apa yg slalu sgt aku pikir sblum ni. aku dah terlalu letih nak pikir pasal aku rasa sunyilah, aku kesoranganlah sbb mmg aku dah terjebak dlm situasi tu smpi aku tak sedarpun. kadang2 aku jadi lupa apa yang berlaku semalam @ tadi tp aku boleh ingt apa yang berlaku 2-3 hari lepas mcm br tadi berlaku. OMG, im blur. dan sekarang aku lepasi masa2 tu mcm tu saja.aku dah takde mood nak feel2 syok sendiri nak kenal2 orang. ah lantaklah. im ok being single @ this moment. aku tgk wayang sorang2, aku drive balik keje sorang2. masa dah berubah. im ok, i promise.

cuma bila terfikir balik aku ngaku aku terlalu sayangkan orang2 yang buat aku gembira.aku buat apa yang boleh buat orang tu rasa senang tp kadang2 aku terpikir dia hargaikah apa yang aku buat?aku tak minta dia agung2kan aku, byr @ belanja atas apa yang aku tolong, cuma aku minta dia tak lupakan aku.aku harap aku bukanlah kawan masa diperlukan saja @ kawan masa takde kawan lain.

entahlah, aku mcm tak peduli lagi dah tp aku rasa aku makin kuat cemburu. tambah2 lagi dengan kata2 @ perbuatan dari org2 yang aku ambil peduli. im fcking jelous boy!!!

jumpa kawan lepas dah lama tak jumpa. yelah sblum ni slalu jumpa. thanks fren. tp aku rasa suasana dah tak mcm 2-3 bln lps..its different now. dingin. but i still happy.u help me a lot.

tido.

Thursday, April 30, 2009

3benda sekarang

i donno what to do know.
aku cuti hari ni, mbik cuti, n then aku xtau nk buat apa2 kt umah.so dikesempatan ini aku nk update lah apa yang aku fikirkn sedalam2nya.dah byk kali terfikir tp xsmpt nk taip.

1st thing, aku rasa sekarang aku lebih kejam = berlagak, sombong, tak ingat kawan, taknak tolong kawan. biarlah. biar kalian pulak rasa apa yang aku rasa selama ni. jadi baik pun tak guna. aku tak mintak kawan yang boleh berada 24jam disisi aku, tapi aku minta kawan yang boleh ingat kawan bukan setakat masa susahnya. bertanya kabar. bukan setakat kawan yang ingt bila nk pinjam duit br ingt. oh sorry. kalau ko baik pun, kita sama2 baikpun, tapi ko menghilang lama tanpa sebarang berita, tup-tup ko muncul nk minta pinjam duit dr aku, sorry beb. kalau 10sen pun i'm really fcking kedekut now. aku nk ko rasa mcm mna aku rasa. aku nk ko rsa mcm mna sakitnya hati aku bila asyik aku yg nk msg bertnya kabar n then ko muncul cuma bila nk mnta tolong. mmgla ko byr balik duit tu, tp rasa skit ok, aku xnak ko cuma ingt aku msa susah. aku mmg nk tolong ko, tp bila pikir2 balik, aku rasa aku terlalu baik. n now my time to be orang jahat. "oh beb sorry, aku busy kt opis td, terlupa nk bankin duit tu"
mungkin betol ckp orang lain, aku nmpak terlalu baik, lemah lembut so orang ingt senang2 boleh gunakan aku.WTF.

2nd things, i'm fcking jealousy boy...yeah.aku sedar.terutamanya dengan kawan yang aku nk rapat tp dia lebih rapat dgn orng lain.hei you, fck you!! ko ingt aku buat keje utk ko, pastu ko boleh bersuka ria, usik mengusik, gelak tawa dgn orang lain kt sekeliling tmpt aku buat keje utk ko. respek lah skit. aku ngaku, aku jeles bila ko boleh buat lawak & bermesra dgn orang lain tp aku rasakan ko tak boleh nk bermesra & lawak mcm tu dgn aku. yes, i know aku srius, tp aku srius masa bekerja. so aku harap ko pun srius lah jgk. aku buat keje yg ko minta sbb dah mmg tanggungjawab & aku memang really enjoy working dgn ko. tp seriously aku mmg jeles bila ko lg rapat dgn kawan aku.haha.sbb aku dh anggap ko mcm adik-beradik.yeah, aku tau ko tu mmg penyeri, smua orang suka kehadiran ko. dan aku seorang kawan yang perlukan perhatian.

3rd things, terima kasih kepada kenalan2 yang dikenali dan tidak sempat dikenali dgn lebih lanjut kerana jujur dgn aku. kalian smua membuatkn aku lebih tabah wlaupun kadang2 tewas jgk.haha. terima kasih. u cannot accept me?its ok beb.let me be the 1st to wish you the worst - fck you. mungkin kadang2 aku terpikir kenapa korang buat aku mcm ni, tp bila pikir2 balik, biarlah, diorang sememangnya sangat jujur dalam perkenalan.pergilah. aku relakan. smua benda ni membuatkn kadang2 aku terpikir, i will walk alone all my way. buat aku terpikir aku benci utk mengenali sesiapa sahaja. aku benci melayan perasaan yang perasan.no point to keep a person/fren yang asyik berlakon didepan kita, tp kita tak tahu keikhlasan dia. but i appreciate kawan yang still be my fren.

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

i still hope my fren still got time to meet up. tp aku sedar, dia sibuk. aku pun xnak ganggu, dan aku pun xnak jadi kawan yang terlalu menyibuk. if dia still remember me as fren (if), ingatilah aku. tapi aku rsa aku sorang je kot yg asyik dok tringt. fck off.

emosi terpendam.im stronger now!

Sunday, April 12, 2009

kamu rasakan

kamu rasakan...
kalau kamu ini sentiasa dikelilingi oleh orang yg sentiasa ingin mendekati kamu, maka kamu rasakan bolehlah bersikap tidak peduli, kamu boleh ambil sikap sambil lewa dgn siapa2 disekililing kamu yang sentiasa pedulikan tetang kamu..kamu boleh pilih siapa yang kamu mahu, kamu boleh memilih siapa yang mahu disingkirkan, kamu boleh menyimpan sesiapa yang boleh dijadikan pengisi ruang kosong kamu bila diperlukan, siapa kawan kamu masa senang, siapa kawan kamu masa duka, dan apa2 lg..

tapi kamu tidak ditakdirkan begitu. mungkin kamu tidak dikurniakan sebegitu tapi kamu ada keistimewaan yang lain..

kamu buat segalanya agar kamu tidak dilupakan. kamu mengalah agar orang/teman yang kamu hargai menang. kamu mencari agar ada tempat untuk kamu berteduh, bersuara bila ada sesuatu yang tersedak didada @ berkongsi bila ada sesuatu yang menggembirakan. kadang2 apa yang kamu lihat tidak mungkin akan menjadi milik kamu, tapi disaat ini kamu sedar, kamu telah lakukan sejujur yang boleh, mungkin kadangkala kejujuran kamu disalahertikan, kamu bukanlah terlalu naif...

kadangkala kamu bersikap kejam..biarlah..mereka ingat mereka sahaja yang boleh bersikap demikian, tiada maknanya mengingati orang2 yang pernah ketawa bersama kamu, berbual2 mesra bersama kamu suatu masa dulu dan kini hanya kamu sahaja yang perlu mengingati mereka dengan bertanya "hi,apa khabar"...kamu sudah bosan dan lali dengan perkara sebegitu...sekali, dua kali, kalau sudah berkali2 kamu sahaja yang perlu mengingati mereka, apa maknanya??kamu tidak mahu mengungkit dengan apa yang kamu lakukan, tapi kamu berharap orang2 yang sentiasa kamu ingati mengingati kamu juga..."hi,apa khabar" bukanlah terlalu berat..tapi janganlah bila susah sahaja dicari..

terima kasih pada kawan kamu yang masih mengingati..

Thursday, March 19, 2009

kamu, kawan,kawin

semua orang bercakap dalam bahasa yang kamu fahami. kamu bukanlah terlalu naif untuk berfikir.

semuanya bercakap tentang "perkara tersebut" yang semua orang impikan dalam kehidupan ini tapi bagi kamu perkara tersebut bukanlah dalam senarai keutamaan kamu buat masa sekarang..dalam hati kamu memohon agar mereka memahami kerna kamu kelu tidak tahu bagaimana mahu diluahkan. tapi janganlah disangkakan kamu tidak pernah langsung terfikirkan tentang perkara tersebut. kamu juga punya perasaan dan mahu merasai.

kamu berdiam, bukan kerana ia tiada dalam kemahuan kamu, cuma kamu belum bersedia. bagi kamu, buat masa sekarang kamu memerlukan kawan mengatasi segalanya...berikan masa untuk mengenali jalan yang sebenar...

tp mereka bersuara, kawan yang kamu kenali, sayangi dan rapat pasti ada kehidupan dia juga..

kamu perlu mengawal sedikit diri kamu. janganlah terlalu memikirkan sesuatu yang terlalu remeh temeh. semua orang merasai apa yang kamu hadapi.

Sunday, March 15, 2009

kamu adalah kamu

duduk di sini lagi.
waktu terpikir2 mmg byk benda yg nak ditulis. tp bila nak mula menaip, trus xtau nk mula ayat macam mna. layan lagu kegemaran "better in time".

walaupun sesusah mana pun kita nak hadapi sesuatu, tp yakinlah kita akan berjaya melepasinya juga, masa akan mengubatinya.

kita rasa sayang sesorang, tp kita tahu kita tidak berhak memiliki dan kita bukanlah terlalu naif utk memahami hukum alam, cuma kita mahu dia ada sbgai kawan. kawan yang ada bila saat kita memerlukan, dan kawan yang tetap ada bila kita temui jalan yang sebenar.

mungkin kata2 semalam bersifat semasa waktu itu, tp ia tetap akan segar diingatan. ambillah yang indah jadikan semangat utk teruskan perjalanan. perkara yang buat jiwa kita tersenyum mungkin takbisa diluputkan, mungkin ia kan melukakan sedikit hati kita, tp ambillah yang positif. kalau semalam dia berkata "awak teman tapi mesra saya", walaupun hari ini tidak seperti semalam lagi tapi dia tetap teman kamu.

kamu mahu lakukan segalanya. kamu mahu memilih jalan yang sewajarnya. seperti mana yang dia katakan dan teman yang lain katakan. tapi segala yang kamu mahu lakukan, kamu sentiasa terbayangkan dia. kerana kamu telah impikan untuk lakukan byk perkara bersama teman yang buat hati kamu gembira. kamu memandang orang lain, dan berkata di hati - "saya juga mahukan teman yang rapat dan memahami dan mahu bergembira". dan sekarang kamu masih terikat dgn janji2 diri kamu pada dia. kamu mahu jadi kawan yang paling rapat dengan dia, lakukan segalanya bersama dia. tapi bagaimana perasaan dia terhadap kamu sekarang?kamu bukanlah tuhan utk mengawal segalanya, tapi lakukanlah sebaik mungkin utk diri kamu, dan dia kan tetap kawan yang kamu kenali.

kamu tertanya2 kenapa dia berubah terlalu pantas? kamu sukar menerima kenyataan. kata kamu, baguslah dia berubah, tapi kenapa begitu drastik?adakah segalanya perlu berubah juga?dia tidak menjauh, tp kamu terasa seolah2 ada sesuatu yang menjarakkan kamu dan teman kamu. tapi masa tetap berganjak, manusia kan berubah jua. kamu juga mahu berubah, tapi apa yang kamu rasakan sekarang sememangnya kosong. kamu rasa semua kenangan2 manis berlalu begitu pantas. kadangkala kamu tewas juga dengan mainan perasaan kamu. kamu rasa kamu menghadapi segalanya seorang diri. kamu mahu dia sentiasa menyokong kamu, kerna disaat ini kamu terlalu menyayangi dia kerana kamu rasakan kamu sudah sedaya upaya berlaku jujur terhadapnya. dialah yang membuatkan kamu mahu hidup sehari lagi jika di izinkn tuhan.

kamu mahu dia sentiasa memngingati kamu sebagai teman. kamu mahu dia terus berada disini kerana kamu belum berupaya melepaskan segalanya berlalu pergi menjadi hari2 seperti sediakala. kamu rasa gembira bila membaca kata2nya, mendengar suaranya, melihat tingkah lakunya kerana segalanya membuatkan hati kamu senang melepasi hari2 mencabar ini. tapi kamu tidak mampu utk mengawalnya semua. kamu tidak mampu utk membuatkan hari2 kamu disajikan dengan perkara2 yang sama walaupun kamu mengharapkannya berlaku.

kamu lakukan segalanya bukan utk dia sahaja tapi untuk diri kamu juga kerna ia bisa membuatkan diri kamu gembira. kamu tidak mahu dianggap menabur budi. kamu tidak minta apa2 yang lebih, cuma cukuplah supaya kamu tidak dilupakan, dipinggirkan sebagai kawan. kamu temui sudut yang positif sejak mengenalinya, dan kamu lakukan bukan kerna dia, tapi kerna hati kamu dan rasa tanggungjawab kamu. trima kasih teman kerana menyedarkan kamu.

hidup ini tidaklah terlalu ringkas, kadangkala kamu perlu menambah, menolak, mendarab dan membahagi untuk mendpat hasilnya.

untuk teman, janganlah berubah terlalu drastik, ia menyakitkan. its ok utk awak berubah dlm sebahagian perkara yang perlu, tp biarlah sebahagian perkara lagi awak tetap awak yang saya kenali awal dulu. saya ok, ada masanya saya boleh melepasi semua ini.saya tetap sayang awak sebagai teman sbb awak dah byk menggembirakan saya untuk 2bulan mengenali awk. kita still kawan. memang byk perkara yang merumitkn adalah disebabkan saya. saya mengaku byk perkara yang saya nak buat sekarang, saya masih teringatkan janji2 saya pada awak yg tak tertunai. kalau kita ada masa, saya akan tunaikan janji2 saya supaya hari2 yang berlalu lebih tenang. when i with them, i am thinking of you fren..

yang nyata saya masih ingt impian pada diri saya pada thn lepas utk target thn ni - saya mahu kawan yg rapat, tak kisahlah kalau tak ada yang teristimewa pun, yg penting ada kawan.
so tahun ni utk target tahun depan saya kna ckp - okeh, i need some one special, im ready..haha..

di akhri dengan lagu "my all"

Saturday, March 7, 2009

hmm

aku cuba buat semua benda, tp fikiran ni masih serabut.
3tahun yang terlalu berat dalam mencari erti sebenar utk diri sendiri.
sampai bila mcm ni. diri sendiri pun dah letih nak pujuk diri sendiri.
hari ni ok, esok datang balik perasaan tu.

kalau nk bersembang pun terlalu susah, nk buat mcm mna.
tido berjam2, tp bila bangun datang balik rsa tu.

Saturday, February 14, 2009

kosong

Tried to write a letter
In ink
Its been getting better
I think
I got a piece of paper
But its empty
Its empty



entahlah, terduduk di ruang sempit ini, sekali lagi ia datang, selepas bangun, terlalu kosong..
mahu saja luahkan rasa hati yg paling aku benci ini pada teman, tapi takut bait2 kata2ku tidak diundang, tak perlulah mengganggu dia...
rasa sepi...rasa seolah2 apa yang menggembirakan aku semalam semakin menghakis...dia tidak menjauh tapi perasaan ini seolah2 rasa akulah penyebabnya..

entahlah, seperti yg aku katakan dulu- kawan, bukan sepanjang masa dia dapat menemani kita, dia juga ada kehidupan sendri, dan aku bersyukur bila dia luahkn rasa hati ingin berubah kejalan yang sepatutnya walaupun ada sedikit rasa terkejut dihati ini...bukan menghalang, tapi masa berlalu begitu pantas..pernah aku katakan pada diri ini, kalau aku sayangkn seseorang, dan tiba2 dia ingin berubah kejalan yg lebih baik dan sepatutnya, aku akan redha sebab itulah yg sepatutnya kita pilih, tp semuanya mengambil masa untuk diterima...aku juga ingin berubah, cuma perasaan ini membuatkn aku rasa benar2 dipinggirkn..rasa seolah2 taktau arah mana, takade org yg sambut..

harini sebulan aku ada kawan yang benar2 aku rasa selesa untuk bercerita..dan aku rasa gembira bila temani dia..sekurang2nya aku ada kawan utk berbual2..
dan maafkn aku kawan, jika jiwa ini menghasut untuk kita "tenggelam" sekali lagi..rasa bersalah ada, tapi jiwa melawannya tiada mampu...

i dun hav a good mood right now..feeling so lonely in a hot day..

Sunday, January 18, 2009

datang lagi

aku rasakan perasaan yg telah lama aku buang kembali lagi..
aku takut..aku risau..aku tahu kedudukan aku, tp aku takut bila kehilangannya...
hari ini dia datang, entah esok mampukah dia bertahan di sini lagi?

Saturday, January 3, 2009

2009 baru lagi

harini sudah hari ke-3 tahun 2009. sudah sekian lama aku tak menjenguk ke blog ni.
harini aku berkesempatan sebab nak updated facebook.

bila aku baca segala yang aku tulis dalam blog ni terutamanya mengenai kawan, sebenarnya aku sedar apa yang berlaku. puncanya adalah aku sendiri. aku menulis segala yang aku sedari tapi kadang2 aku tak boleh nak melawan. aku terlalu sayangkan seorang kawan yang datang dan akan pergi. kadang2 meresahkan, kadang2 berlalu pergi.

sekarang aku pikirkan, aku mahu buat segalanya yang aku mahu buat. aku mahu cuba apa sahaja yang tidak pernah @ tidak berkesempatan aku lakukan sebelum ini selagi ia tidak memudaratkan diri aku.

sesuatu yang aku sedari lagi tentang rasa sayangnya aku pada kawan aku ialah bila aku mahu lakukan sesuatu yang "bodoh" aku akan terfikirkan tentang dia, aku fikirkan kenapa aku perlu lakukan perkara "bodoh" itu? sedangkan aku ada seseorang yang aku sayangi (walaupun dia tidak pernah menyedarinya).sekurang2nya dengan mengingati tentang dia, aku boleh melawan nafsu "bodoh" ini. tapi kadang2 aku tewas jua...

sebenarnya perasaan sunyi ini bukan aku seorang yang rasa. bila aku mendengar cerita dari kawan yang lain, aku sedar, aku tidak harus membenamkan diri aku dalam perasaan kejam itu. aku harus bangun untuk tahun ini dan seterusnya..insya-Allah.

semalam ku tatap wajah kawanku yang sudah lama tidak ketemu. rasa senang bila berbual-bual. buat segalanya yang aku mahu kasi terlupa dikasi. hampeh.