Friday, April 30, 2010

pertama 2010

memang lama gila aku tak menulis disini. banyak benda yang terngiang2 nak menulis tapi bila mengadap komputer terus rasa malas. malas mcm dah sebati.buat benda merapu pun dah sebati.

banyak benda yg berlaku dan berlalu 5 bulan pertama tahun ni. ada masanya aku rasa mahu saja lenyap dari dilihat dunia ini. biarlah aku bergerak tanpa rasa rindu, sunyi, bersalah, mahukan perhatian. lebih rela orang berkata aku takde perasaan dari org berkata aku pemalu. benci. harini ada kawan ckp aku buat muka takde perasaan langsung bila ada org datang minta sedekah. oh ya, perasaan melayang. tp aku lebih suka org bg pendpat mcm tu.

awal tahun ni dalam bulan january aku rasa hidup aku cuma rumah dan tempat kerja tanpa perasaan memberontak langsung. aku rasa selesa masa tu sbb aku tak terpikir nk jumpa sapa2, nk ajak abe kluar lepak2. yang aku tau aku bergerak dari rumah ke opis bekerja dan kemudian balik umah tido. walaupun kosong tp aku rasa fikiran aku tak serabut langsung masa tu.takde perasaan.entahlah macammna aku boleh mengawal nafsu memberontak aku. lalu aku isikan dengan byk nonton dvd yg aku beli. sampaikan bila aku terlalu layankan movie tu buat aku terlalu byk berfikir dan merasakan jln cerita tu related pd benda yg telah dan akan berlaku dalam hidup aku. kadang2 aku terpaksa panggil balik diri aku utk lupakan movie tu.

tapi satu benda yg aku benci time tu, tiap2 hari aku bangun pagi terutamanya hujung minggu, aku akan rasa blur. aku tertanya2 apa yg berlaku pagi tu. terlalu kosong dan sunyi. duduk di dapur sambil minum air mengadap matahari terbit benar2 buat aku terfikir aku dimana sebenarnya, apa yang telah berlaku pada aku. rasa mcm mlm td adalah yg terakhir dan pagi itu aku bangkit sbg org yg baru.kosong.

tapi perasaan tu ilang bila tiba2 benda yg selalu bermain difikran aku muncul semula. rasa mahukan perhatian..

ok stop.mlas nk karang lg.nanti2lah.