awal bulan ni (july08), balik dari kursus, macam biasa hujung minggu aku duduk di rumah saja. kerja aku kat rumah bila bosan2 cuma layan internet. kebetulan hari tu aku chatting dengan kawan aku yang dah lama tak jumpa lepas konvo 2thn lepas.klau msg pun jarang2 sangat.tapi hari tu kami chatting rancak la jgk. sbb dah lama tak sembang2. kawan aku tu pompuan. skali imbas mcm sharifah amani.sempoi.
bila dah lma tak sembang. hal yg biasa ditnya mcm buatpe skrang, keje cmna, sihat ke tak, life cmna. sampailah ke hal2 peribadi yg menjadi bahan penting yg akan aku ceritakan disini.
kami bercrita rancak, sampailah aku bgtau aku ada benda yg nk diceritakan dah lama tp aku taktau mcmmna nak ceritakan kt dia.rasa berat hati giler nk bercerita kt dia. memangla dia jenis yg open minded & sempoi+slumber tp sepanjang aku knal dia & knal kawan2 aku yg lain, aku takpernah bercerita hal peribadi aku yg terlalu mendalam kat diorang. klau ada pun kami sama2 kongsi msalah mcm msalah sesama kami.takde yg terlalu peribadi.sbb tu kwn2 aku msa blaja dlu kategorikan aku "misteri".msalahnya aku nak bercerita tp aku xtau nk bercerita dgn siapa. tp rsanya msalah skarang ni aku xlalui msa aku blaja dlu. msalah ni br muncul.
aku bgtau dia jgk. wlaupun aku xtau nk bgtau ayat mcm mna. pusing punya pusing last2 aku bgtau aku suka dengan seseorang. org tu kawan aku. satu tempat keje dgn aku tp lain unit. aku rsa selesa bila bercakap dgn org tu. aku rasa betul2 bersemangat bila berhadapan dgn org tu. tambah2 lagi dia slalu datang bagi keje untuk part aku siapkan. perasaan tu semua membantu aku utk trus bekerja kt situ tambah2 lg aku br start keje kt situ.
kwn aku yg chat tadi bgtau, dia pun penah lalui perasaan mcm tu msa kami sama2 blaja dlu, suka seseorang iaitu kawan kami jgk. aku tak terkejut sgt sbb dah boleh agak wlaupun xpernah tnya dgn dia tp sekurang2nya skrang aku dpt kepastian dr dia.dia ckp mcm2 perasaan yg dia rsa time tu, cemburu, marah, mcm2lah perasaan yg dia rasa semata2 nak rapat dgn org tu.
aku pun xtau nk pusing ayat mcm mna lg lah nk taip kt sini...oklah aku bgtau, sbenarnya situasi aku dgn kawan chat aku ni sama, suka sesorang yg dalam masa yg sama orang yg disukai tu merupakan kawan, dan tambah merumitkan orang yg disukai tu sama jantina.
aku rasa lega bila akhirnya aku dpt luahkan apa yg aku pendam slama ni dgn orang yg pernah lalui perasaan yg sma mcm aku lalui sekrang. kadang2 klau kita bercerita dgn orang yg xpernah melalui perasaan ni, mereka cuma boleh bagi nasihat yg akhirnya akan menyalahkan kita jgk.ye aku boleh menerima nasihat, tp nasihat dr org yg takpernah lalui perasaan nih mungkin berbeza wlaupun matlamat akhirnya sma.
Sunday, July 20, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)