terima segalanya. yang berlaku sudah berlalu. ringankan fikiran bebaskan minda. menyayangi adalah derita. menerima kenyataan adalah bahgia.
malam tadi jumpa kawan yang dah lma sgt tak jumpa. wlaupun rumah nak kata dekat tak dekat sgt, jauh tak jauh pun. biasalah kawan, masing2 ada urusan masing2.kepala terasa serabut.aku rasa bercerita dengan kawan "dari sisi tersebut" mungkin aku dapat tahu lebih realiti sebenarnya dan kenapa aku tak mampu melepasinya.
aku bgtau aku asyik terpikirkan pasal kawan opis aku. kawan yang buat aku selesa bila bercerita masalah peribadi dekat orang tersebut sehinggakan aku ceritakan perkara2 yang selama ni aku pendam iaitu soal naluri aku.aku anggap dia mcm abg aku. mcm family aku. aku sayang dia. syg seorang kwn tp kadang2 mungkin lebih sikit. tp aku cuma nak ada kawan yg rapat yg aku btol2 percaya. tp masalahnya sekarang aku asyik terpikirkan soal dia.
memang btol apa yg kawan aku katakan...
mungkin aku mahukan perhatian. nyatanya aku akui.kadang2 aku rasa bersalah dgn apa yang aku buat umpamanya selalu ajak dia lepak2 sma, cemburu kenapa dia tak boleh rapat dgn aku sedangkan dgn org lain boleh, kenapa dia tak boleh melawak mcm tu dgn aku, sms bila aku rsa serabut. kadang2 aku cuba mengelak utk buat smua tu dgn harapan aku tak dilihat sbg seorang kawan yg terlalu mengharap perhatian, tp kadang2 aku tewas. aku rasa tiap kali aku lepak2 dgn dia, bersembang2 dgn dia, sms dia masalah aku seolah2 lenyap.
mungkin aku sunyi. aku akui. sekarng aku rasa sangat2 sunyi. sedangkan sblum ni life aku mmg mcm ni. aku lebih suka menyendiri. tp sejak aku kenal dia, aku rasa aku nk sgt spend more time dgn dia.klau boleh sms pun jdlah. lebihkan msa mcm org lain dgn kawan2 diorg.bila 2-3hari tak ckp dgn dia aku mulalah rasa serabut.rasa nk sgt berckp dgn dia, bila dah berckp rsa lega.
kwn aku ckp, msalah aku mungkin sbb aku duduk sorang, dan aku kena cari kawan2 utk xtvt lapang.tp aku benci nk msg kwn2 sbb masing2 diam je.
mungkin orang tersebut cuma anggap aku sbg rakan sepejabat yg berurusan diwaktu pejabat shj, dan aku bukanlah kawan utk aktiviti sosial dia. aku rasa inilah kenyataan yg sebenar yg aku kena terima wlaupun berat.kadang2 kwn kt opis mmg rapat dgn kita tp lps waktu opis dah dgn kawan2 lain.wlaupun aku mngharap dia kwn aku lps waktu pjabt, lepak sma2, tp aku takleh nk paksa dia.tp aku sakit hati sbb dia ada jnji nk lepak2 sma. tp itulah kwn.
lebih baik berfantasi mengenai orang yang kita nampak tp dia tak kenal kita walaupun tu cuma angan2 kosong, sekurang2nya tidak menyakitkan hati kerana mudah untuk kita lupakan daripada berfikir tentang orang yang kita kenal dan dia mengenali kita dan kita sering terfikirkan soal dia tp kita tak pasti entah dia fikirkan kita @ tidak.memang menyakitkan.
semua orang mengharapkan ada kawan yg rapat dgn diri kita tp kadang2 kita tak mampu utk mengawal semua utk menjadi milik kita.biarkan semuanya berlalu. dia tetap kawan kita, cuma kita saja yang kena mengawal perasaan kita.
aku harap aku dapat lepasi segalanya menjelang tahun baru ni. perasaan bercelaru ini telah "memakan" banyak diri ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment