harini sudah hari ke-3 tahun 2009. sudah sekian lama aku tak menjenguk ke blog ni.
harini aku berkesempatan sebab nak updated facebook.
bila aku baca segala yang aku tulis dalam blog ni terutamanya mengenai kawan, sebenarnya aku sedar apa yang berlaku. puncanya adalah aku sendiri. aku menulis segala yang aku sedari tapi kadang2 aku tak boleh nak melawan. aku terlalu sayangkan seorang kawan yang datang dan akan pergi. kadang2 meresahkan, kadang2 berlalu pergi.
sekarang aku pikirkan, aku mahu buat segalanya yang aku mahu buat. aku mahu cuba apa sahaja yang tidak pernah @ tidak berkesempatan aku lakukan sebelum ini selagi ia tidak memudaratkan diri aku.
sesuatu yang aku sedari lagi tentang rasa sayangnya aku pada kawan aku ialah bila aku mahu lakukan sesuatu yang "bodoh" aku akan terfikirkan tentang dia, aku fikirkan kenapa aku perlu lakukan perkara "bodoh" itu? sedangkan aku ada seseorang yang aku sayangi (walaupun dia tidak pernah menyedarinya).sekurang2nya dengan mengingati tentang dia, aku boleh melawan nafsu "bodoh" ini. tapi kadang2 aku tewas jua...
sebenarnya perasaan sunyi ini bukan aku seorang yang rasa. bila aku mendengar cerita dari kawan yang lain, aku sedar, aku tidak harus membenamkan diri aku dalam perasaan kejam itu. aku harus bangun untuk tahun ini dan seterusnya..insya-Allah.
semalam ku tatap wajah kawanku yang sudah lama tidak ketemu. rasa senang bila berbual-bual. buat segalanya yang aku mahu kasi terlupa dikasi. hampeh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment