Wednesday, August 26, 2009

akhirnya.

masih rasa bingung. entahlah. rasa sebahagian diri aku disini, tp sebahagiannya bkn bersama aku.betul2 bingung. rasa mcm diri aku tak berada bersama aku.
walaupun aku dah luahkan dan ceritakan apa yang aku nk ceritakan selama ni masa dalam perjalanan balik dlm kreta lepas jln2 buka puasa , sekarang aku rasa risau dan takut.memang dia ckp jgn pikir sangat dan dia takkan benci aku. cuma aku takut aku tak ada tmpt utk bersembang. dia dah aku anggap mcm abg & family aku.

aku rasa aku kosong. dia kawan yang paling aku percaya dan mudah bercerita disini tp aku takut dgn luahan aku mcm mna penerimaan dia selepas ni.moga2 dia memahami
aku bgtau sejak aku kawan dgn dia, dialah kawan yang byk bagi kesan positif dalam apa yang aku nk buat. malahan aku bgtau kt dia, aku rasa bersalah dgn diri sendri tiap kali buat bnda tu, sbb aku sepatutnya lawan perasaan tu, tp aku tak lawan. mungkin sbb aku kecewa masa tu. ya aku kecewa masa tu sbb walaupun aku gembira kwn dgn dia, tp kadang2 aku kecewa tak diberi perhatian sbg kawan, dia cuma dtg bila perlukan pertolongan dlm hal2 pejabat shj, tp aku mahukan kawan yg boleh berkwan selepas waktu kerja. aku buat benda tu agar aku tak terlalu kecewa dan kosong. tp sebenarnya aku terlalu naif masa tu.

bila aku baca msg yg dia hnta lps aku explain lbih lanjut lps smpi umah mlm td, dia minta aku berubah ke jalan yg sepatutnya dan sruh cari gf sorang utk isi ruang kosong dlm diri aku. tp aku fikir kalaulah hidup ini semudah itu bagi aku,aku akan cuba, tp aku rasa aku bkn utk sesiapa.

aku bukanlah mahu jalan yg salah tu, aku mahu berubah, cuma aku mahu aku masih ada kawan yg boleh aku berkongsi cerita yang aku tak mampu ceritakan pada orang lain.keterbukaan dalam penerimaan. tapi aku tidaklah mahu menjadi terlalu bergantung pada dia. aku tak mahu menjadi seolah2 terlalu mengharap smpati. cuma kadang2 aku tak ada tmpt utk berkongsi cerita. dialah kawan yg paling aku prcayai.

abe, im sorry.
hidup ini satu percaturan, kadang2 kamu perlu menambah kekuatan, menolak keinginan, mendarab kesungguhan, membahagi kenyataan.

No comments: