Saturday, November 29, 2008

aku baca kembali apa yang aku tulis terakhir kali lalu..perkara yang sama..
entahlah, tahun ini terlalu berat aku rasakan..perasaan kosong ini mencengkam dan kadangkala bisa buatku hilang pertimbangan diri..

bulan ke 11 sudah hampir kepenghujungnya..dan cuma tinggal 1 bln saja lagi menjadikan perasaan yg mencengkam jiwa ini cukup setahun...aku cuba buang tapi setiap kali aku cuba buang, ia datang kembali...sakit..

tahun lepas, waktu interbiu untuk kerja, salah satu sbb yg aku bgtau waktu nk dapatkan kerja sekrang, aku nk bekerja di kompeni yg besar...nak cuba suasana bekerja di tmpat ramai org. dan alhamdulillah aku ditrima..sekrng sudah 11 bln aku disitu, aku gmbira & bersyukur tp persaaan ini mencengkam sejak mula2 aku disitu...

ini masalah aku sekrng...aku rasakan jurang antara suasana aku di tmpat kerja dgn dunia luar terlalu luas. jurangnya terlalu kosong sehinggakan aku dapat rasakan aku benar2 ditinggalkan selepas waktu kerja..aku takada sesiapa untuk berbicara..

aku gmbira dgn tmpat kerjaku, dan aku suka dgn kerja yg aku pilih..wlaupun sebahagian org disekilingnya membuatkan aku kecewa, yg bisa bwk suasana yg tidak indah..tp itulah hakikat bekrja ditmpat rmai org..mcm2 perangai..menyakitkn bila ada yg menjadi pembawa mulut..yg kecil diperbesar2kan..yg berckp belakang..yg kononnya mampu menyimpan rahsia org lain, tp sanggup menipu bulat2 semata2 nak cover..kadang2 aku kecewa, kenapa perlu menipu utk menyimpan rahsia..mmg betul amanah utk menyimpan rahsia, tp tidak perlulah berckp bohong..ada cara lain selain berbohong..pikirlah..

tapi itu bukanlah masalah yg sentiasa bermain dipikiran aku..masalah yg sering bermain dipikiran aku ialah aku rasa terlalu kosong..setiap kali aku pulang kerumah lepas kerja, aku rasa segala kegembiraan aku pada hari trsebut hilang..lenyap..aku dapat rasakan jurang suasana antara dikelilingi kawan2 dan keseorangan terlalu luas..aku benci..lemas..sekarang aku cuma balik kerumah, tgk tv, mkn mlm, dan tido..aku cuma berjaga lebih kurang 1jam dirumah lepas balik kerja hari2 sekarang..aku dapat rasakan aku bukanlah terlalu penat sbb kerja, tp aku terlalu penat melawan perasaan kosong ini..buktinya wlaupun aku tido awal, tp aku tetap akan letih bila bgn esoknya nk ke kerja...yg lebih kronik lg minggu lepas, aku terjaga dlm pkl 2-3 pagi..aku cuba tido balik, tp benda2 yg aku pikirkn berputar lg..


aku sayangkan dia..tapi aku cuma anggap dia mcm abg aku..dialah inspirasi aku untuk terus bekerja disitu..aku cuma nak berbual dgn dia..aku pernah terpikir alangkah bagusnya menjadi dia, disenangi ramai di pejabat..

Sunday, November 2, 2008

kawan

dah sehari berlalu.alhamdulillah.
tapi benda yang sama masih bermain difikiran.
kawan, bukan sepanjang masa dia boleh menemani kita. kalau semalam dia menggembirakan kita, hari ini belum pasti lagi.

walaupun baik dan rapatnya dia dengan kita, walaupun dia dapat menerima kita seadanya, tapi kita tak boleh nak paksa dia berada di sisi kita sepanjang masa.mungkin dia ada kehidupan lain yang lebih memerlukan.

walaupun dia mampu buat kita tersenyum, walaupun kehadiran dia melenyapkan segala yg hampir meneggelamkan kita, tapi kita tak boleh nak merantai dia untuk menurut segala kehendak kita. .

sedarlah, kenyataannya kita cumalah setitik nyawa yg melingkungi kehidupannya dan mungkin akan tenggelam @ terhapus oleh titik2 nyawa yg lain yg turut melingkungi hidupnya. ia tetap berlaku.

taksemua yang telah membuat kamu tersenyum semalam mampu buatkan kamu tesenyum lagi. tapi sematlah di dalam jiwa, sekurang2nya kamu pernah tersenyum dengan kehadiran seorang kawan. kawan datang dan pergi.

aku sebenarnya takut bila ada kawan yang rapat dgn aku, sbb aku seolah2 boleh agak apa yg berlaku seterusnya-kawan datang dan pergi.walaupun hakikatnya aku mengharap seorang kawan yg rapat. bukan berurusan pasal kerja sahaja, bukan berjumpa seketika sahaja, tp kawan yang boleh bercerita.