Saturday, October 31, 2009

itulah kamu

kamu mahu updated dengan kehidupan canggih teknolgi terkini seperti orang lain, tp kamu asyik menyibuk pasal cerita orang lain kenapa.

ada teman sepejabat ckp, blog cuma untuk orang2 yang kesepian untuk meluahkan perasaan. ya tak disangkal itu sebahagian drp fungsinya. dunia sekarang lebih mudah, kamu tidak perlu membawa diari tulisan tangan lagi, sekarang kamu cuma perlu mengklik2 shj. dimana2 saja kamu boleh update. itulah kamu buta IT, ada kemudahan tidak mahu digunakan, cuma mahu memperlecehkan orang2 yang celik IT ini saja. tapi hari2 mau mengadap membaca blog org lain, dan sibuk bertanya apa blog aku, apa blog org itu. eh, apa yang aku tuturkan sehari-hari yang tiada bahan perekod pun boleh jadi bahan mulut yang disampai2kan, inikan pula blog yang kamu boleh klik setiap hari janji ada koneksi sudah pasti diforwardkan linknya. aduh gila. tp bg aku, kalau kamu baca kamu simpan-kadang2 apa yang orang tulis ada kena mengena apa yang terjadi pada kita secara kebetulan, jadi kita jadikan panduan, kalau kamu tidak berpuas hati kamu boleh mesej aku. blog adalah tempat utk berkongsi cerita dan pendapat.

bagi sesetengah org, blog juga boleh buat duit. dah rmai. itulah kamu, tau yang negatif2 saja bila orang bikin blog, katanya org itu kesepian. ada orang boleh hidup dengan buat blog saja. sudah pastilah orang itu ada cerita2 menarik utk update di blog dia. dan kamu salah seorang drp pengunjung2nya yang mampu buat dia terus hidup dgn hanya mengadap komputer. itupun kamu belum sedar lg. aku tak ada cerita menarik utk bikin org datang ke blog aku, blog aku cumalah cebisan rasa yang jujur dari dlm diri ini yang kamu tidak nampak diluar. lagipun ceritanya terlalu peribadi, mau buat duit sudah pastinya perlu dipromote2 & mengklik2 blog org lain utk linkkan, kang tak pasal2 yang kliknya org sekeliling kamu yg berpikiran sempit yang tahu buat bahan mulut saja.haha.kantoi.

tapi ya, aku rasa mcm ada orglah dtg blog nih, sbb last tme aku check hitnya lain.haha.giler.
kamu tahu kamu diam sudah, kalau aku kasi kamu baca, maksudnya aku mempercayai kamu.
tapiii.......takdelah pulak komen.hampeh. memang aku ckp sorang2lah.haha. bkn mengharap tp klau ada komen rsa mcm apa yang kita tulis tu ada koneksi dgn orang lain. mcm terapi.

....................................

dalam hidup ni. kita perlukan kawan utk bagi sokongan kat kita, bukanlah kita nak mengharap kt dia. tp mungkin dlm sebahagian perkara kita tak boleh nak kongsi dengan orang lain secara terbuka, sbb tulah kita perlukan kawan yang betul2 kta percaya.

kita suka kawan kita mungkin mcmmna kita suka berkawan dgn kawan2 kita yang lain. tp mungkin kita suka dia lebih sedikit sbb keterbukaan dia. kita sayang kawan kita mcmmna kita syg keluarga kita, dia takkan pergi tp takselamanya kita boleh mengikat dia dengan kita, sbb bila tiba masanya kita kena melepaskan, masing2 ada kehidupan tp hubungan takkan terputus.itulah keluarga.

terima kasih membantu utk kehidupan ini.

Saturday, October 24, 2009

terima orang sekeliling kamu

kalau kamu tidak selesa tentang seseorang yg mempunyai sangkut paut dgn kamu, luahkanlah agar rasa resah kamu kurang tp kalau kamu tidak suka seseorang hanya kerna penampilannya dan dia tidak menyusahkan kamu pun, jadi lebih baik kamu jgn menyusahkan diri kamu dgn memburuk2kan orang tersebut...

bosan mendengar bunyi2 mulut seorang kawan yang asyik je memerli sorang mamat lembut tu. kalau kamu rasa dia tidak layak menjadi kawan kamu, lebih baik kamu diam saja.jangan membazir masa kamu. daripada kamu mengejek dibelakang apa gunanya. bila berdepan buat2 takde ape2, tp dibelakang buat bahan jenaka.

aku bukanlah baik sgt. tapi aku belajar untuk lebih menerima semua orang sekarang. kalau kamu datang dengan urusan yang baik, so kita settlekan urusan yang baik itu saja. kamu buat bahagian kamu, aku buat bahagian aku. aku bukanlah mahu jadi hipokrit yang kononnya boleh menerima semua orang tp dlm hati hanya tuhan yang tahu tapi aku rasa kalau kamu hanya berurusan dengan seseorang itu cuma untuk urusan tertentu contohnya urusan kerja, jadi kamu terimalah dia sbg rakan sekerja utk urusan tersebut. yang selebihnya contohnya bagaimana orang itu kelihatan jika itu bukanlah dalam skop urusan kerja tersebut jadi janganlah kamu nak menyibuk2 menilainya. itu dah dia, kita nak buat camna. selagi perilakunya tidak mempengaruhi kepada sesuatu yang buruk dalam urusan kerja kita, kita teruskanlah urusan kerja kita. jika perilakunya memberi pengaruh yang tidak baik contohnya melebih2, mengada2 so kita nasihatlah dia, janganlah asyik cakap belakang saja.

aku rasa dalam soal nih, memanglah kadang2 bagaimana orang yang berurusan dengan kita tu kelihatan akan mempengaruhi fikiran kita sepanjang dia berurusan dgn kita. sbb fikiran kita ni penuh dengan macam2 penilaian dan rasa. tapi selagi orang yang berurusan dengan kita tu masih dalam landasan urusannya, so kita pejamkan fikiran kita yang buruk2 tu. memang bunyinya mcm hipokrit tp sekrang2nya kamu tidaklah menambah dosa kamu dengan asyik memerli orang. APA KAMU INGAT KAMU SEMPURNA SANGAT?.

jangan terlalu membenci orang, jangan terlalu mengutuk orang sbb mana tahu entah2 nanti dia jadi kawan rapat kamu pula. i've seen that.

untuk kawan ku, memang betul dan diakui ramai kamu kacak, kamu hebat, kamu digilai gadis2 termasuk ibu2 tp janganlah kamu memandang rendah orang lain yang kurang sempurna berbanding kamu. masing2 ada keistimewaan. dan sebenarnya ada perilaku2 kamu dan kata2 kamu yang membuatkan aku berkecil hati sebelum ni. tp aku lupakan sudah sbb aku berharap ianya takkan berulang lagi. kadang2 kamu patut belajar berdiam diri saja. sbb bila kamu dah menyibuk & kecilkan hati aku masa aku lakukan urusan aku, selepas tu kamu datang merayu pada aku memerlukan pertolongan utk aku lakukan urusan yang sama setelah kamu kecilkan hati aku sebelumnya apa gunanya lagi?im not happy to helping u,apa gunanya?

untuk orang2 lain pula, kalau kamu pernah memperkecilkan diri ini, apa yang boleh aku katakan, apa yang kamu telah katakan pada aku, kalau aku berkecil hati, lihatlah nanti, kalau tidak kena pada kamu, kenalah pada anak2 cucu kamu, kaum kerabat kamu. wah mcm sumpahan. memang btol sbb aku benci dengan mulut2 celaka kamu, lihatlah nanti apa jadi pada anak2 kamu.haha..

maaf ya.

oh ya, cuba utk mengingati perkara2 yang indah yang bisa memotivasikan aku kini.
teringat kata2 abe yang buat aku tersenyum. :)
hehe.

...........................

semalam tgk movie surrogates sorang2 sbb mlas nak balik umah awal sbb harini sbtu, nnti bengong sorang2 kt umah.haha. hiburkan hati.

Thursday, October 22, 2009

kamu adalah kawanku

mengenali kamu dan kisah2 kamu teman, membuatkan aku terpikir betapa beruntungnya aku sebenarnya...terima kasih teman.

harini aku tergerak hati untuk menulis sesuatu. walaupun dah rasa letih sikit, tp aku rasa aku perlu menulis tentang sesuatu yang membuatkan aku terpikir betapa beruntungnya aku.

petang tadi, lepas kerja, aku keluar dengan abe. tiba2 harini dia ajak aku kluar, katanya harini dia free, takut esok dia sibuk dan taktau lg pulak hari apa boleh kluar lg. sebenarnya, aku rasa bersalah lah jgk sbb aku yang sms ajak dia kluar lepas keje 2-3 kali. last kami kluar msa bulan puasa lepas-berbuka. entahlah aku rasa senang kluar berjalan2 dengan dia, aku rasa macam masalah aku lenyap bila borak2 dgn dia. dia kawan aku, dia abg aku.pegi ambil buku yg dia order then makan2, pusing2.

masa dalam perjalanan balik dlm kereta aku tnya "mesti best membesar di kuala lumpur, nampak pembangunan". dia bgtau dia bukanlah sosial @ jalan2 sgt msa kecik2. sbb kluarga bknlah org senang. pertama kali keluar duduk jauh masa matrik.sampaikan masa dok matrik xbalik umah sbb xtau jln balik umah sedangkan matrik kt kl je.duit cukup2 saja. hujung sem terpaksa balik pun sbb org lain dah balik, paksa diri jgk cari jln balik smpi umah pkl 2 pagi jln kaki. rsa klakar pun ada, sedih pun ada. dia ckp dia pernah takdpt join kawan2 dia kluar sbb xde kasut nak gi jln2. aku rasa mcm, "oh my god, ada lg orang yg kurang bernasib baik dari aku, aku ingat aku saja yang rasainya dlm bab2 ni."

bila difikirkan balik, aku akui aku pun bknlah dr kluarga yang senang, lebih kurang sama mcm dia, mungkin sbb tu aku rasa aku mudah utk berkongsi cerita dgn dia. dan cara dia bagi respon buat aku tenang dan senang utk bercerita .kadang2 aku rasa aku lebih beruntung dr orang lain, cuma aku saja yang taktahu menghargai. aku asyik merungut, aku asyik mahukan perhatian.

aku tnya lg "apa akan jadi klau 10 tahun lg contohnya, agak2 kawan kita ingt x lg kt kita?boleh lg tak kita kluar mcm ni".(sbenarnya aku nk tnya, masa2 akan datang agak2 dia ingt lg tak aku sbg kawan klau kami xjumpa lg.) dia ckp dia cuma pikir utk esok sj.haha bleh plak mcm tu..tp dia bgtau mungkin masa tu masing2 dah ada komitmen, mungkin boleh jumpa tp situasinya mungkin dah berbeza. dan aku pun selalu ingat mcm tu, nnti bila masing2 dah ada kehidupan sendiri, komitmen masing2, mungkin nak jumpa entahlah mcm mna, tp aku berharap sgt aku tak dilupakn. klau takdpt jumpa pun, mungkin boleh sms, call.

entahlah, memang aku terlalu mengharap diingati. aku tak kisah dia @ kawan2 yg lain ada komitmen dan kehidupan masing2 tp janganlah lupakan aku. sekali sekala kirimlah berita, bertanya kabar sbb sepatah perkataan yng baik cthnya bertanya kabar sebenarnya membantu jantung ini utk berdegup lg. im happy.

aku sayang dia sbg kawan dan abg. selalunya kita buat segalanya utk orang yg kita sayang supaya dia gembira wlaupun kita bukan sebahagian dr kegembiraannya sbb kegembiraan kita dlm membantu dia sebenarnya telah membantu jantung kita berdegup dengan tenang sekali lg.

lebih banyak aku borak dgn dia, lebih banyak aku rasa bahwa aku patut bersyukur dengan apa yang aku lalui. hargai seadanya. aku rasa aku dapat mengenali kehidupan ini dari kisah2 dia. memang aku banyak menulis tentang dia di blog ni sbb byk benda yang aku pelajari sejak aku kenal dia. dia buat aku rasa bersalah, dia buat aku rasa menghargai, dia buat aku rasa berfikir, dia buat aku rasa aku lebih baik menghargai kehidupan ini.

abe, terima kasih.

Saturday, October 17, 2009

masih

dunia ini berputar,
hari berlalu,
cerita berlagu..

Saturday, October 10, 2009

kehidupan ini

kita lakukan segalanya untuk kawan kita agar dia sedar kehadiran kita, bersalah kah kita?

aku akui aku seorang yang terlalu terdesak untuk mendekati seorang kawan yang aku boleh anggap sebagai kawan rapat yang aku boleh kongsi banyak perkara dan rahsia yg aku tak dapat nak luahkan pada orang lain.

kadang2 aku rasa bersalah dengan apa yang aku lakukan. aku takut apa yang aku buat disalah ertikan walaupun dia dah tahu sebahagian cerita sisi aku.

bila aku rasa resah, sunyi, entah apa2 lagi perasaan, aku perlukan kawan untuk redakan perasaan tu. aku sms dia sbb aku percayakan dia. sbb aku perlukan kawan untuk berbual. kadang2 bila aku simpan perasaan tu xde orang nk sembang, rasa serabut giler. sbb dia dah aku anggap mcm abg aku, keluarga aku. mmg dia reply sms, tp takkanlah aku nak sms dia selalu bila rasa serabut. apa yang aku slalu terpikir, aku taknaklah dianggap terlalu bergantung pada dia. nanti mengganggu dia pulak. tp setiap kali dia reply, perasaan yg kusut boleh reda tiba2. mcm ubat.

entahlah, aku rasa semua orang rasai perasaan yg aku lalui. kita ada kawan, kita nak kawan kita tu jadi kawan yang paling rapat dengan kita. kita nak kawan kita tu pun anggap kita mcm tu. kita rasa dalam ramai2 kawan kita, dialah yang paling kita percayai. kita sedar dia ada kehidupan dia, kita ada kehidupan kita. cuma kita nak sebahagian ingatan dari dia. kita rasa cemburu bila dia lebih rapat dengan kawan2 yang lain sbb kita akan tertanya2 kenapa dia tak boleh layan kita mcm tu sedangkan dengan orang lain boleh. kita mahu dihargai sbg kawan.

aku tertanya2, suatu hari nanti adakah aku masih diingati oleh kawan yang aku sayang bila saat masing2 telah temui kehidupan yang diingini?

aku mahu diingati disaat dimanapun aku dan dia berada suatu hari nanti...itu harapan aku dan aku rasakan hadiah paling bermakna untuk hari jadi aku nanti.bln depan.