Saturday, July 25, 2009

pertanyaan menikam kalbu?

semalam masa keluar lepas keje dgn sorang kwn opis aku yg aku terpaksa tolak permintaan dia ajak aku kluar sblum ni (yang aku ada tulis sblum ni), dia ada tnya satu soalan.

"sblum ni ko ckp ada seseorang yang buat ko trus bekerja kt tmpt skrng, sapa orangtu"

haha.sriusly aku terkejut dan aku langsung tak bleh ingt bila masa aku ckp psl tu. mungkin ada kot.tahun lepas. sbb thun lps, slalu jgk aku jln2 lps keje dgn dia.biasala naik pengangkutan awam ni leh merewang2 jap lps keje. dah pnat merewang naik bas/lrt trus je tido. huhu..

tp biasala slalunya bila kita ckp kt sesorang mungkin kita takleh nk igt, tp bila sesorang ckp sesuatu kt kita, kita leh igt. nmpak mcm kita terlalu memikirkan apa yang orang tu ckpkan. aku masih igt jnji2 kawan aku, tp ada sebahagian jnji aku yg aku takleh igt.

berbalik pada pertanyaan kwn aku td, takkanlah aku nk bgtau dia kot. walaupun dia dah perangkap aku tnya departmant mna, unit mna..wlaupun aku takpasti bila masa aku bg knyataan psl tu, tp aku boleh tau orang yang aku maksudkan time tu siapa orangnya. orang yg byk aku tulis di blog nih, dari tahun lepas smpi sekarang. kalau lah aku bgtau dia msa tu, aku taktaulah mcmmna reaksi dia, aku pernah mengaku dekat sorang je kwn aku kt opis-kwn jln2, mkn2 lps keje psl siapa yg buatkan aku stay kt opis tu. well, nasihat seorg senior,

"awk muda lg, takkanlah awk nk jadi mcm tu? semua kwn awk nnti kawin jgk.nnti masing2 ada life masing2"

sememangnya aku taknak jadi mcm tu, cuma aku sayangkan kwn aku.

Friday, July 10, 2009

kamu benci, tapi kamu suka

bila kamu selesai dengan perasaan itu, kamu benci kerana kamu lakukannya.
selagi kamu belum melepasinya, kamu rasakan kamu mahukan ia semahu2nya.
tapi sesudah kamu mencapai apa yang kamu fikirkan sebelum itu, kamu menyesalinya.
itulah aku.

kamu sayang dia. dan dia "menyelamatkan" kamu dalam perkara2 yang hanya kamu merasainya.
tapi kamu lemas dalam perasaan yang masih membenam di jiwa.
terasa perasaan yang dipendam itu menggunung, mencanak melepasi kemampuan kamu.
takut tapaknya kan roboh jua.
itulah aku.

Saturday, July 4, 2009

itulah kawan kamu

malam tadi sampai je rumah lepas balik opis, aku telifon kampung.
tanya kabar mak, kakak,abang,keadaan skrng, crita pasal keje, kreta.
dan bercerita skit pasal kawan. sbenarnya aku segan nak bercerita pasal hal2 aku dgn kawan2 kat family.tp aku dah taktahu nak berckp dgn siapa. cuma bercakap yang biasa2 saja.

aku bagitau kakak aku, sekarang aku balik terus lps keje sbb bila ajak kawan kluar mcm2 alasan diorg bg.kakak aku ckp mayb diorg ada urusan lain, masing2 dah penat.

tapi aku bgtau aku betol2 kecewa bila kawan yang sebelum ni bila dia ajak kita keluar lps keje, kita ikut permintaan dia, tp bila kita ajak dia keluar, mcm2 alasan dia bg.sakitnya hati.kakak ckp, biasalah tu.kawan-kawan mmg mcm tu.

kesimpulannya semua orang merasai apa yang aku rasa.kawannn.

aku tak salahkan dia sgt, cuma aku dah penat nak berfikir kenapa aku takboleh terima hakikat aku cumalah kawan untuk urusan kerja-kerja pejabat. aku bukanlah tak biasa berseorangan, dan aku baru melaluinya dengan hati yg terbuka beberapa bulan lepas, tp sejak sebulan lepas, perasaan ingin rapat dgn kawan tu muncul balik slepas beberapa lama aku buang dan terima hakikat bahwa aku cumalah kawan untuk urusan kerja-kerja dia dan dia tak pernah pun terpikirkan aku untuk masa2 selepas urusan kerja.

aku bukanlah takde kawan lain yang ajak aku keluar, tp buat masa sekrang fikiran aku kacaubilau. aku nak selesaikan apa yang bermain di fikiran aku. dan aku terlalu fokuskan pada soal itu. tidor berjam2 pun still tak puas.

aku akui, aku terlalu fokus pada seorang kawan yang aku taktahu apa yag dia fikirkan.tp aku sayangkan dia sbg kawan.