Thursday, June 18, 2009

kenapa perasaan itu muncul lagi?

dah lama aku buang perasaan yang membelenggu dalam jiwa ini..tapi tiba2 muncul kembali..hampir tempoh masa yang sama macam tahun lepas..perlukah aku hadapinya setiap tahun?kadang2 aku terpikir untuk meluahkannya, kerna aku tahu penyelesaian bagi masalah ini cumalah meluahkannya..tapi sudahkah aku bersedia menerima segala kemungkinan yang akan berlaku setelah aku meluahkannya?aku terlalu takut, bila aku luahkan, aku akan hilang segala yang buat aku tersenyum..tapi aku rimas dalam hari2 yang berlalu bersama fikiran yang terbelenggu dengan keinginan itu..aku mahukan kawan yang mengenali siapa aku dan mengetahui bahawa aku sayangkan dia..aku tak mahu kehilangan dia..

sejak akhir-akhir ni, aku rasa sangat keliru dan taktau apa yang akan terjadi pada aku..perkara yang sama berulang2 sepanjang tahun, kejap muncul, kejap ilang dan muncul kembali..
apa yang aku mahukan sebenarnya?..aku jadi sangat risau.. apa agaknya akan berlaku 10 tahun lagi,
adakah aku masih keliru dengan perkara yang sama?masih memendam perasaan yang sama.

entahlah, kadang2 aku mahukan itu tapi aku rasakan adakah aku diterima?
kita mahu kawan yang kita sayangi menyedari bahawa kita sangat menyayangi dia.
tapi kita rasa bersalah takut ada perkara2 yang kita lakukan untuk dia menyebabkan dia tidak senang
dengan kelakuan kita. tapi kita nak dia tahu kita amat2 sayang padanya.

kawan datang dan pergi. tapi bila kita sayangkan kawan kita, kita tak mahu dia pergi.
kerna dia buat hati kita rasa senang. rasa gembira bersama dia.

kadang2 apa yang kita mahukan melampaui batas.kita sedar. tp kita mahu dihargai.
kita mahu ada seseorang yang tau. yang pastinya orang yang kita sayangi itu tahu.
tapi risiko pasti mendatang. adakah dia menerima atau sebaliknya.

perasaan dan hati tidak boleh dipaksa.

selamat ulangtahun kelahiran abe (19/6). moga lebih diberkati.

orang yang buat kita kuat dan orang itu jugalah yang membuatkan kita tewas.

1 comment:

Najib Ariyan Ali Basha said...

lebihbaik kehilangan dari menanggung beban... at least dia dah tahu.. untung sabut timbul untung batu tenggelam.. sapa tahu dapat ker