Wednesday, February 28, 2007

tonton

masa filem cicakman tengah hangat ditayangkan kt pawagam, sorang kawan kt tempat keje ni tnya filem apa yang last saya tengok..erk...(tp sbenarnya membe sy tnya tu sbb nk kutuk filem C1cakM@n-film ni kluar masa dekat2 dgn filem c1nta kot?..takpastilah..tp itulah last time tgk movie kt wayang..skrang tgk kt tv sj.. entahlah, sy pun tak tgk CM sbb sy tak suka lawak terencat akal hero tu..tp dr segi effect CG yg diorg hasilkan, tgk dr the making mmg hebat..salutelah..)

movie yang saya tonton minggu ni. yang menarik bg saya. ada gak tgk movie lain .tp setakat menghibur shj. takde intipati.

girl,interrupted

Susanna Kaysen, eighteen years old in April of 1967, voluntarily enters McLean Hospital, in Belmont, Massachusetts, after attempting suicide. Kaysen is diagnosed with borderline personality disorder, and her stay extends eighteen months.
Fellow patients, Chelsea, Polly, Cynthia, Lisa, Lisa Cody, Georgina and Daisy highlight Kaysen’s experience at McLean as she describes their personal issues, insanities, and how they come to cope with the time they must spend in the hospital. Kaysen also introduces the reader to particular staff members, including Valerie, Dr. Wick and Mrs. McWeeney.
Kaysen reflects on the nature of her illness, including difficulty making sense of visual patterns, and suggests that sanity is a falsehood constructed to help the "healthy" feel "normal." She also questions how doctors treat mental illnesses, and whether they are treating the brain or the mind.
During her stay, Kaysen undergoes a frightening period of depersonalization, where she bites open the flesh on her hand after she becomes terrified that she has "lost her bones." Also, during a trip to the dentist, Kaysen becomes frantic after waking from the general anesthesia and no one will tell her how long she was unconscious. She fears that she has "lost" time.
Some years after leaving McLean, Kaysen visits Georgina, who is now married and still quite unconventional. Kaysen bumps into Lisa, who has a son and lives in Brookline, outside of a subway station. Chelsea is now a regular, healthy girl, Daisy commits suicide and, Polly's whereabouts are unknown.


...............
semalam ada orang kurang sihat berceramah depan opis nih.siap baring2 santai.bahsa apa dia ckp pun takpaham. tp kalau dengar suara je mcm suara penceramah agama kt radio pulak .

iklan movie mrbean mcm best je kt tv

Tuesday, February 27, 2007

rambut

risau..risau..entahlah.
haha.tetiba pulak terasa risau.(risau dalam nada keriangan bercerita)

sebenarnya saya merasakan sesuatu yang tidak kena. dua hari lepas saya upload gamba dan check2 baru saya perasan berdasarkan gambar yang diambil dari sisi belakang - sebenarnya bahagian belakang kepala saya botak. bahagian pusat rambut.haha.sebenarnya saya tak kisah pun. kalau saya kisah pasal rambut saya dah pastila tiap2 bulan saya pi buat rawatan rambut. mungkin juga saya takkan gunting rambut kt kedai murah tepi jalan. bukan mahal murah cara pengurusan rambut kita, tp yang penting kekemasan.dan sebab itulah saya lagi senang rambut pendek. sebab jimat masa nak bersiap. haha. sebab bila rambut panjang mulalah taktau nak sikat mcm mna. sbb bila sikat mcm selalu sikat nampak sangat "pastel".itulah menyebabkan saya gunting rambut bila panjang. dan bila gunting rambut mulalah hidung berdarah.

bila bercerita pasal rambut. teringat kisah2 zaman sekolah dulu. dari sikat belah tepi ke gaya tanpa rambut dan kembali dengan gaya romeo belah tengah dan diakhiri dengan rambut cacak2 tak disikat.

cikgu saya pun ada cerita, kalau orang botak kt bahagian depan ni selalunya orang yang terlibat dalam perniagaan (pengiraan). mungkin juga lah kot sebab asyik kira duit kan..pastu aiyaa..duit lari..garu kepala..last2 rambut gugur..sambil tangan memangku di meja, letak tangan di bahagian depan rambut, dan gosok2 rambut dalam perasaan penuh kerisauan (cuba gayakan)..

ikut kata cikgu saya juga kalau botak dibahagian belakang, orangnya suka berfikir..(haha..kategori inikah saya)..mungkin ada kebenaran @ kebetulan kata2 dia, sbb bila kita berangan2 (kategori berfikir jugak la nih) kita letak tangan kt belakang kepala..berangan dalam ketenanganlah..jari2 kita akan usap rmbut kita..sebab tu rambut gugur kot..haha..

..dan cikgu saya tu pun waktu tu rambut dia pun dah hampir takde keseluruhannya..mungkin dia meliputi kesemua kategori orang2 diatas kot..dia dah melalui kesemua situasi tu sebab tu dia boleh bercerita..

cikgu saya yang lain pula ada bercakap pasal rambut..dengan gaya sikat tepi, dia bercakap pasal kekemasan dan kebanyakan orang bekerjaya ( yang dah berumur la) sikat rambut macam tu..dan saya akui, orang yang dah berumur nampak lebih segak dengan gaya rambut mcm tu kalau kena dengan gaya..lagipun dah taksesuai nk buat fesyen2 rambut macam orang muda2 lagi dah..haha..

sebenarnya teguran cikgu tu sebab fesyen rambut budak2 lelaki ni macam2 ada..waktu tu rasanya saya belah tengah kot..takpun rambut pacak kot..haha..

kawan saya juga ada bercerita kat saya tentang teguran guru kelas dia (cikgu lelaki-yang terkenal dengan sikap lawak,slumber,serius..best dia mengajar) yang jugak guru yang mengajar saya mengenai fesyen rambut budak2 lelaki masa tu..fesyen rambut yang popular bagi budak2 lelaki yang berambut pendek - taruk jel banyak2, pastu sikat kedepan dan rambut depan tu keatas..jambul skit..dan lebih kurang begini sindiran cikgu tu..

"hangpa tau dak, ni kalau kat kl ni gaya qhambut macam ni, ni gay"

"TUHAN MENCIPTAKAN KEPALA YANG SEMPURNA, DAN SEBAHAGIANNYA DIA MENUTUPINYA DENGAN RAMBUT"

......................
saya merasakan saya telah membuat satu "permintaan melampau" saya berdasarkan "peribahasa" yang diberikan..rasa bersalah dan nak ckp maaf tp saya takut nanti sy membangkitkan semula sesuatu yang tak diingini..saya berdiam sbb saya rasa bersalah..dan cuba memahami..

Friday, February 23, 2007

Hip hip hoore hoore hoore

Mari kita mari kita
Bergembira tepuk tangan sama-sama
Kita menari sambil langkah kanan kiri
Goyang badan goyang kaki
Hoore hoore hip hip hoore
Hoore hoore hoore hoore
Hip hip hoore hoore hoore


tiba-tiba mood saya gembira benar dari malam tadi (walaupun hanya sebahgian dr perasaan sy tp gembiralah jugak)..difikiran saya terbayang seorang budak lelaki yang berjalan di batas bendang sambil menyanyikan lagu Hoore! Hoore! dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu sekolah..cuba..cuba bayangkan..tp mcm ada tempias2 view dr cerita m0hs!n lah pulak..tp takpe..sy bayangkan jugak..sbb tiba2 mlm td lps mood baik tu terimbau lak pulak kisah dulu..tp kalau ikutkan sy adalah seorang budak kampung yang melepaskan banyak perkara masa dikampung..haha..dan mcm kawan sy cakap kt saya masa kt umah sewa dulu,

"budak kampung saja hang ni, benda tu pun tak boleh"

..takpelah..biarkan..kalau tak buleh yang tu, kita bulehkan yang lain..

sebenarnya mlm td jumpa kawan..selepas rasanya dah dkt 2 bln takjumpa..yelah, sy tinggal area lain, diorg area lain..masing2 sibuk dgn hal masing2 dan saya dgn hal kemalasan sy..sbb nk bg alasan sibuk dgn keje tak bolehla pulak..sbb keje mcm biasa sj..tp tahap kemalasan tu yg bertambah..diorg bgtau ada projek br nk buat..so tugasannya ialah cari2 idea..

dgn riang hatinya bercampur idea yang membuak2 difikran..sampai kt rumah semangat sgt so buatla sketch..sketch cincai sj..nk ingtkan idea apa yg ada..sbb klau dok ingat kt kapla otak nnti dia asyik dok teringat saja..buat benda ni teringat..buat benda tu teringat..tp last2 lupa lak..

dan tergeraklah jugak hati ni nk on kan komputer tu..dah seminggu tak try..mnala tau kot2 hidup..yelah dah ketagih nk on komp lgpun smangat tgh membuak2..so onlah plak..tp tak hidup jugak..aiyaa...tp check2 tgk rupa2nya tak cucuk pun plug kt cpu tu..hehe..dgn perasaan yg berdebar2 komputer pun di onkan..fuh2..yeh2..boleh on pun..gumbira tak terkata..(sebenarnya lg gembira sbb selamat lah skit duit bln depan..hehe..leh beli benda lain yang dah kempunan dr bln lepas..moga2 )

tp ikutkan dlm proses nk bg dia on pun naik jugakla angin sepoi2 bahsa..terpaksalah guna teknik tekanan manja di keyboard..harap2 mlm ni dan esok2 takdela masalah lagi..sbb semangat pun tgh membuak2...dan boleh main gameeee...

.............
bagi saya duit boleh membeli kegembiraan..makin banyak duit yang kita ada..makin banyak perkara yang kita boleh buat..tp mungkin kegembiraan yang kita dapat bersifat semasa..mcm kita naik rollercoster..perasaan yg membuak2 (suka,gembira,takut) cuma masa tu yang kita rasa..lepas kita turun lama2 perasaan tu akan surut..so, duit boleh beli kegembiraan yng kita nk, tp tak boleh beli ketenangan yang kita cari..sbb ketenangan adalah perasaan yang kita cari selepas pudarnya perasaan gembira tersebut..

Thursday, February 22, 2007

cyber, nyata & kita

CINTA SIBER - lelaki terpedaya godaan anak angkat 'jutawan arab'-kosmo,22Feb07

kisah cinta tragis yang berakhir dengan penipuan yang membuatkan rasa kesian pun ada, lawak pun ada jugak. alah, kt internet ni banyak benda kita nak tipu orang kita boleh buat. sedangkan yang depan mata pun boleh kena tipu lagi(teringat kisah tragis henpon baru beli seminggu dah kena kebas depan mata..huhu..dah setahun rupanya kisah tragis tu)..
inikan pulak kat internet..
masing2 ada agenda masing2, kalau dah anak jutawan tp still minta duit nk buat rawatan dr mangsa tu dgn alasan cinta mereka tak dpt restu keluarga si penipu tu, apekejadahnya..tp yelah, bila dah sayang, walaupun hanya kenal setakat ayat2 je, apa benda pun tak boleh halang..walaupun yang mangsa tu dah kawin dah pun..

yang best nyer komen isteri si mangsa tu > "kesian suami saya"..baikk punya ayat..haha..

.....................
internet oh internet
kadang2 saya harap sebahagian daripada yang berlaku di situ akan lebih indah jika di bawa ke dunia nyata..
tp biarkanlah..sekurang2nya kita tahu tahap keikhlasan yang diberikan..itulah bagusnya sesuatu yang berlaku di situ kemudian di bawa ke dunia nyata..terutamanya dr segi perhubungan sesama kita..kalau sengsara pun sekejap tp kita dah dpt kebenarannya..

If everyone cared and nobody cried
If everyone loved and nobody lied
If everyone shared and swallowed their pride
Then we'd see the day when nobody died

Thursday, February 15, 2007

mari minum!

kita minum air kotak. cucuk straw dan minum sahaja..kebanyakan rasanya manis. tapi terpaksa minum sampai habis sbb bila kita dah buka tak boleh nak tutup lagi.
konsep : dah buka minum sampai habis.tak boleh simpan lama2.

kita minum air botol. boleh buka minum dan tutup kembali. kebanyakkan air botol berkarbonat. tapi kita tak perlu risau nak habiskan sebotol terus sebab kita boleh minum sikit2 kemudian simpan sekejap. dan karbonatnya akan hilang bila kita bukatutup banyak2 kali. ataupun nak mudah goncang sebelum buka. habis cerita. nak minum pun mudah sbb karbonat dah kurang.
konsep : dah buka boleh minum sampai habis @ minum sikit boleh tutup semula dan minum semula sampai habis.boleh simpan lama2.

kita minum air tin. kebanyakkan berkarbonat. kita terpaksa minum sampai habis sebab air tin kalau buka dah tak boleh tutup. memang susah nk habiskan minum kalau karbonatnya masih banyak. jadi kita minum sikit2 tp tetap tak boleh simpan. ataupun nak mudah goncang sebelum buka. habis cerita. karbonat pun dah kurang. boleh mudah minum.
konsep : buka-minum sampai habis.

jadi...
saya bukan nak mengajar tentang cara nak minum air tin ker, air botol ker, mahupun air kotak. sebab semua orang dah tahu.cuma saya nak mengambil objek2 ini sebagai perumpamaan dalam kehidupan kita.

dalam kehidupan kita banyak perkara yang kita pilih dan kita kena lalui (dengan rela ataupun telah ditakdirkan). samada lalui dengan mudah (umpama meminum air kotak). atau lalui dengan begitu sukar sedikit demi sedikit dalam tempoh masa yang panjang (umpama meminum air botol berkarbonat). atau terpaksa lalui sesuatu yang terlalu berat sekaligus dalam hidup kita dalam satu2 tempoh (umpama meminum air tin berkarbonat).

kadang2 kita dah lali dengan apa yang berlaku. macam kita minum air berkarbonat, walaupun mencucuk2 tp kita tetap akan minum. sama juga macam hidup kita, sesuatu yang berat bagi kali pertama adalah menyeksakan tp kita akan lali sudah kalau perkara tu berulang lagi. dan mungkin kita lebih mudah hadapinya ataupun ada cara untuk melaluinya. macam meminum air botol berkarbonat, kita biarkan karbonat tu kurang dahulu dan minum slps tu.
tapi ada sebahagian perkara yang terlalu berat untuk kita lalui tidak patut diambil dengan jalan yang pantas tapi bodoh. kalau air berkarbonat kita boleh goncang sebelum buka supaya karbonat kurang. tp dlm hidup kita, kita cuma ada satu nyawa, apa akan jadi kalau kita goncang (bunuh diri) ? trend masakini

pilihan yang kita pilih. kitalah yang tentukan bagaimana kita nak lalui. mungkin orang lain beri pandangan yang berbeza namun yang melihat tidak sama dengan yang merasa. seteguk yang kita telan adalah satu pengalaman yang boleh merubah segalanya.

tapi..
pengalaman bukan guru yang terbaik, tapi pengajaran adalah guru yang terbaik

.....................
saya berbicara dalam nada yang tenang sekali. inilah yang saya mahukan. saya rasa lega dengan apa yang dapat saya taipkan. ia terbang dari gerbang akal saya sekarang..pergilah..
ini ruang saya..

Monday, February 12, 2007

malas

kenapa saya begitu malas sekali sekarang??
bila time kt tmpat keje je, bila ada ramai orang saya jadi malas..lantaklah jadi pekerja over rajin pun bkn ade anugerah pun..maybe sbb terpaksa control konon2 buat keje dan duduk elok2..tp bila takde orang kt opis ni tiba2 malas tu hilang..maybe saya boleh buat aksi duduk tanpa menggunakan bontot tp menggunakan tulang belakang..haha..bila mengadap komputer baru layan..dah boleh balik tp rsa mcm mlas lak nak balik..
byk benda yang nk buat tangguh2..entahlah, sy pun tau keje2 tangguh tak elok.tp benda yg sy nk buat cuma utk suka2..ekceli ada idea utk mbik gamba..tp tak terbuat2 lg..sy begitu malas sekali..saya melayan angan2 saya sampailah komputer sy dah tutup mata..yelah, nk upload gmba camna..sbb tiap kali snap nk check gamba ok ker tak..kejenye kt bilik je nk mbik gamba tu ..tp skrang banyak tido je lah..haha..
saya pun dah hapuskan segala yg saya harapkan akan berlaku keajaiban..sbb takguna saya biarkan kt situ lg..sbb minggu lepas ada orang ckp kt saya..sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..aiyaa...saya takuttt...

Tuesday, February 6, 2007

bila kita bersuara

sekarang baru saya percaya kamu betul2 tinggalkan saya
sebelum ini saya tidak percaya
mungkin rajuk kamu hanya sementara
dan kamu kembali menemani saya
tapi akhirnya kamu lelap jua...
malam-malam saya kini makin suram
tiada lg komunikasi antara kita
sekarang saya betul2 perlu melelapkan mata
agar dalam keadaan yang sedar itu
saya tidak terlalu memikirkan tentang kamu...


kajian kes utk kali ini :SUARA

KES 1
mesti ramai yang pernah lalui pengalaman di mana time kita kusyuk2 tenangkan fikiran untuk satu perkara yang penting nk dilakukan lepas tu, tapi tiba2 datang sorang makhluk ciptaan ilahi yang datang pastu bercakap dengan sorang jer yg ada kt situ tapi suara mengalahkan nak bagitau smua orang kt tempat tu. dahla tu ckp bahsa yang rata2 orang kt situ kompomla tak paham..(sbb saya tgk orang2 kt situ majoriti sebangsa je dgn saya).. sblum ni saya ada terbaca dr blog lain, yang mmg ada kes ni yang buat perangai macam datang dari bukit.ni pun sama gak. dahla kat situ ada arahan suruh senyap. tapi mungkin dia ni jenis takpaham bahasa malaysia kot, sbb dok ckp bahsa dia je. sbb tu cakap xleh pelan kot. mula2 dia sorang je masuk cakap kuat2. pastu masuk lak satu kumpulan yang cakap bahsa sama gak dgn dia. klu orang yg dah berumur tu biasala kita boleh andaikan dia ni takperasan kot ada peringatan kt situ, tapi yang kes kumpulan muda2 nih takkan taktau baca kot ..tp slalunya mestilah kita ada gerak hatikan bila kita tgk orang lain diam mestila kita ckp pun pelan2..saya rasa orang2 yang cakap bahsa ni kena ckp kuat2 kot..haha..perkaumankah saya???

KES2
sesuatu yang best bagi saya naik pengangkutan awam terutamanya bas ialah boleh rehat.(walaupun nak tunggu bas tu datang kt tempat kita tunggu berjam2 lamanya..)tapi malangnya bila kita naik bas je ade orang yang sembang punyalah kuat kat belakang kita. macammana kita nak relek tetangkan fikiran??bila dah dia bercakap bahasa yang kita fahami, kita pun tercurilah dengar.
macam sorang mamat tu, yang begitu ramah tamah sembang dengan penumpang lain. seingat saya sepanjang lebih kurang 20min dlm bas tu takbrenti2 pun bercakap.dia je ckp byk, orang yg dia nk sembang tu dgr bunyi ckp mcm layan tak layan je. yelah, cakap berapi2, sehari buat 5 kerje..leh caya ker??bg nombo fon nk bg orang satu bas dengar.yang paling lawaknya dia tegur mat saleh yg ada dlm bas tu jugak.cakap ongputehlah..mat saleh tu tnya balik taktau nk ckp.last2 mat saleh tu melayu..tak ker terkedu..bila dia turun je saya ingat saya sorang je lega, rupa2nya orang kt depan saya pun lega..aman skit..tp time dia turun tu pun sy pun nk turun dah lps tu..

KESIMPULAN
Hak sendirilah nk ckp plahan ker kuat.tanya akal waktu kita nak bersuara tu kita kt mna supaya kita tak ganggu orang lain.
"suara saya perlahan, itu hak saya utk kawal suara saya. suara kamu kuat, itu hak kamu utk kawal suara kamu."

..................................
uhh..sambungan dari puisi di atas"saya tidak terlalu memikirkan tentang kamu..oh komputerku"
komputer rosak pulak dah time nihhhhh....takleh buatpa lah..ada duit jalan..takcukup duit diam2 je lah kt umah..tp bagaimana harus ku lalui..terlalu bosan di rumahhh tanpa mu oh komputerku..

Saturday, February 3, 2007

saya (suka hati) sayalah

yahoo...
akhirnya dah kurang skit kerisauan yang membebankan fikiran sepanjang minggu lepas..ni yang nak buat joget lambak ni..i like the movin2..yeahaaa...