Sunday, December 4, 2011

dia datang lagi.

apa perasaannya bila kita tnya seseorang jawapan yg kita dapat mcm ni..

kenapa nak contact. selalunya kalau kenal masa pergi kursus, masa kursus memangla rapat tp lepas kursus takde dah nk contact lg. kawan2 yang dekat2 ngan kita pun dah ramai, tak mampu nak layan.

kenapa saya nak mbik tau pasal dia lak.mna saya tau apa dia buat kt luar, memangla kat opis rapat tp saya ni kawan opis je lah, mna saya tau apa dia buat kat luar.

...adakah kita juga sama difikiran dia.didepan mata diperlukan, bila jauh dilupakan.

............

bencinya bila perasaan yang dah beberapa bulan kita buang datang semula. perasaan yang bila bangun pagi kita rasa bingung, ternigang2 dikepala otak.perasaan yang buat kita lemas. perasaan yang dah beberapa bulan lepas kita berjaya lepaskan pergi dan kita katakan cukuplah jangan datang lagi. tapi hari ini dalam kelapangan dada dari perasaan yang kita cuba elak itu, dia datang kembali tanpa diduga..

aku rindu sesorang.dan aku harap sangat dia mengingati aku.alangkah baiknya kalau kamu ada masa untuk berbual dgn aku.

kadang-kadang apa yang menggembirakan kita itu datang melenyapkan hampir keseluruhan yang selama ini kita ingin buang, tapi derita lain pula menjelma.

Saturday, June 11, 2011

aku benci kamu

aku benci bila ada orang ckp 'oh awak takada geng' ' awk mna ada rmai kawan - dia sorang sj kawan awk kan' dan lain2 lagi yg mempersoalkan pasal aku. takdinafikan semua tu btol. tapi kalau aku yang memilih cara tu kenapa nak mempersoalkan lagi. adakah aku mempersoalkan cara kamu berkawan, cara kamu cakap belakang, cara kamu melayan kawan kamu yang berzilion-zilion itu.bagi aku kenapa nak ada kawan kalau jalan cerita smuanya hampir sama.

memang ada orang cakap banyak berkawan banyak pengalaman.tp berapa banyak dalam ramai2 tu yg memberi impak kepada kehidupan kita. kadang2 rmai orang disekeliling kita selalu pun tak ada gunanya, sbb kita tak ada masa untuk berfikir sejenak. kalau banyak pun kamu tak ada masa nak menilai & menghargai. sebab smuanya hanyalah sandaran bagi kamu. kawan yang rmai umpama sentuh-singgah-pergi.tp cuba kita ambil seorang yang betul2 kita kawan untuk mengajar kita untuk mengenali hidup ini. janganlah kamu mempersoalkan dengan memberi kesimpulan orang yang tak ada rmai kawan tak ada banyak benda yang boleh belajar.semua perkara & benda bukanlah kuantiti yang kita miliki tp kualiti yang kita dapat.

mungkin cara kita salah. tapi sejauh mna kita mungkin berubah sepertimana orang lain kalau orang yang tidak terlalu mengenali kita pun boleh mempersoalkan cara kita tapi tak tahu apa yang kita rasa . kamu tidak membantu sebenarnya tp kamu meracun sebelum smuanya tumbuh.

aku slalu bertanya, adakah rupa paras segalanya?ya.adakah air muka segalanya?ya. aku benci golongan seperti kamu.

kita taknampak orang yang selalu baik dengan kita tp kita nak orang lain pulak nampak apa yang kita baik dekat dia sedangkan orang lain tu takpernah pun melihat kita.

Saturday, March 12, 2011

diam itu bijak tapi menyakitkan

kalau aku berdiam & takpedulikan apa2 lagi tentang kamu kawan, bkn bermaksud aku emo @pun berkecil hati. tapi aku sedaya upaya melawan kehendak diri utk jadi terlalu hampir dengan kamu kerana kalau kamu seorang kawan, kamu tidak akan terlalu mempersoalkan berapa byk kita keluar sama, berapa lma kita mengambil masa rehat seketika waktu bekerja, berapa kali kita berjumpa dan apa2 lagi yang mempersoalkan berapa byk dan berapa kali.

memang susah bila hari2 kita boleh nampak & dengar cerita mengenai orang yg kita cuba mengelak bkn kerana membenci dia tetapi mengelak supaya kita tidak disakiti, dipersoal, dibenci.

hidup ini cuma lakonan.

kamu berlakon dengan aku mengenai segala penerimaan kamu mengenai aku tapi hakikatnya kamu tidak dapat menerima aku spenuhnya sbg kawan. memang betol kawan bukanlah 24-7, 365 yang sentiasa berpaut tp kawan tidak menetapkan masa utk menegur @ masa untuk datang dan pergi dalam tempoh yang tertentu.

aku juga boleh berlakon aku telah menjarakkan diri ini dengan kamu sepertimana kehendak kamu agar kita tidak terlalu rapat tapi hakikatnya aku tidak mampu menetapkan bila kamu boleh datang dan pergi.sbb kamu boleh datang tapi jangan pergi kawan...


hari ini kamu mulakan fasa baru dalam hidup kamu kawan, tahniah dari aku.

Monday, January 31, 2011

dan kembali lagi.

aku benci bila aku terlalu percayakan seseorang dan letak segala keseronokan dalam berkawan ini cuma pada dia dan aku cuma nampak dia adalah kawan yang paling aku rasa senang berkawan.

dan bila kami bersuara tentang perkara yg rumit ini, aku rasa aku dipersalahkan.tiada simpati dari dia.mungkin betul katanya, dia sempurna, aku sahaja manusia yang terlalu mengharapkan belas kasihan dan perhatian dari seorang kawan.

aku cuba lupa semua.dan sekarang aku cuba lupakan sekali lagi.
aku perlu kamu sbg kawan tp bukan maksudku utk terlalu berpaut pd kamu.tp jadilah pendengar aku seketika ini.