Tuesday, May 8, 2007

akulah itu

aku mahu menulis semula sekarang. masih ada kelapangan bagi aku yg malas bebenor rasanya mahu menyiapkan kerja di dlm komputer ini. cakaplah. bagilah arahan dan panduan apa yang perlu aku buat, aku akan cuba fahami. paling tidakpun aku akan mula menconteng kertas2 kecil di atas meja ini mencari idea. tp yang pastinya aku tidak mampu untuk memindahkan segala contengan2 idea2 itu ke dlm komputer buat masa sekarang. aku adalah pelakon terbaik!

Thursday, May 3, 2007

jalan kembali

akhirnya aku kembali semula..kembali dengan mood yang masih kepingin untuk bercuti dan berehat..kalaulah..kalaulah aku bukan budak suruhan disini..mungkin semua itu jadi kenyataan....tapi disebabkan aku cumalah seorang budak suruhan, maka percutian aku ditamatkan semalam dan baru pagi tadi, dikala bulan masih mengambang, jalan masih lapang, aku baru tiba dari desa terchenta..pukul 4pagi hari ini aku sudah sampai di kota besar ini..entahlah, berapa kelajuan bas itu dipandu tanpa henti sejauh melebihi 300km itu aku pun tidak pasti..yang boleh aku katakan goyangan bas 2 tingkat itu membuaikan aku untuk tidur lebih enak..walaupun pada awalnya aku sebenarnya agak gentar sedikit merasa goyangan2nya itu..

apa yang aku boleh simpulkan untuk percutian aku ke desa terchenta kali ini sedikit mengecewakan disudut kecil hati aku..bukan kerna orang atau keadaan sekeliling..tp kerna poket yang kosong..pertama kalinya setelah bekerja aku pulang ke desa cuma berbekalkan modal untuk pulang semula ke kota ini..tapi tak mengapalah, bila sampai di rumah saja segala kekusutan mula pudar, mungkin keresahan tidak begitu dirasai ketika berada di desa walaupun poket tidak berisi sebabnya aku tau, aku tak payah risau soal makan & tambang..(tapi kalaulah poket aku kosong di kota besar ini, mahunya hilang kawalan, terutamanya duit untuk dibuat tambang..utk makan boleh dikawal lagi..puasa) tenangnya berada di desa walaupun hakikatnya sepanjang 5hari berada di sana takde apa pun yang aku lakukan..sememangnya serehat2nya....kalau ikutkan aku bukanlah berkira sangat soal gaji itu sebabnya bila sudah berada di rumah segalanya sudah ditanggung..terutamanya soal makan..tambahan pula bila ada orang lain yang balik jugak..jadi takperlulah mengeluarkan duit sangatpun untuk membeli barang2 dapur.huhuhu..

tiada apa2 aktiviti di kampung..sekadar melayan anak saudara aku yang berada di sana..menjadi pengawal peribadi mereka tika mereka mahu merempit di jalan tar..bila nampak kereta @ motosikal yang lalu, maka terpaksalah aku menjadi tukang tarik basikal dan tuannya ketepi jalan..kalau cakap suruh ketepi jawapnya macam ckp sorang2lah..maka terpaksalah melakukan aksi2..oh ya, sepanjang 5hari dikampung..hampir tiap2 hari hujan..hujan lebatlah jugak..tp tiupan angin kurang..bayangkan bila hujan sejuk, tapi bila panas, panas menggila..bila tengok anak2 saudara aku main hujan..teringat masa kecik..bila hujan je mesti nak main dalam hujan..mandi dekat pancur..air hujan yang turun dari bumbung rumah..walaupun sebenarnya aku lebih suka hujan dari panas terik, tapi sebenarnya aku risau..bumbung rumah tu dah byk bocor..bila hujan habis basah rumah..

ada orang datang kerumah..bercerita soal pembahagian harta pusaka..bukanlah bercerita dengan aku..aku cuma sekadar mencuri2 dengar..biasalah kan..bila sebut soal pembahagian harta @ duit, segala2nya mengundang rasa kurang puas hati..orang buta boleh jadi celik bila sebut soal duit, orang pekak boleh jadi terang telinga bila sebut soal duit, orang bisu pun boleh bersuara bila sebut soal duit..inikan pula orang yang cukup sifatnya...selagi hidup..duit..duit..duit...

menyentuh soal harta pusaka ini..sebenarnya boleh disimpulkan bahawa orang dulu2..ayah,ibu,datuk,nenek kita sebenarnya rajin..rajin mengumpul harta terutamanya tanah..orang dulu2..mereka fikirkan soal masa depan anak2..kalau takde tanah anak2 nak tinggal kat mana..tapi bila tinggal genarasi anak2 sekarang pantang bila orang tua dah tak ada mulalah nk berebut harta..kalau boleh semuanya nk dijual..adik-beradik pakat2 berebut harta sekangkang itu..mula bermusuh..

itulah jugak kan..orang dulu2 produktif..dari segi mengumpul harta dan menambahkan koleksi bini & anak2..dulu semuanya murah..hehe..

........................
teringat lawak yg dibuat oleh anak sedara yg kecik tu kt kampung haritu..orang cakap "selamat malam" bila nk tido..dia cakap "lik lulu" (balik dulu) dengan telo dio sblum masuk kelambu tido..sinchanlah nih..