kalau kamu tidak selesa tentang seseorang yg mempunyai sangkut paut dgn kamu, luahkanlah agar rasa resah kamu kurang tp kalau kamu tidak suka seseorang hanya kerna penampilannya dan dia tidak menyusahkan kamu pun, jadi lebih baik kamu jgn menyusahkan diri kamu dgn memburuk2kan orang tersebut...
bosan mendengar bunyi2 mulut seorang kawan yang asyik je memerli sorang mamat lembut tu. kalau kamu rasa dia tidak layak menjadi kawan kamu, lebih baik kamu diam saja.jangan membazir masa kamu. daripada kamu mengejek dibelakang apa gunanya. bila berdepan buat2 takde ape2, tp dibelakang buat bahan jenaka.
aku bukanlah baik sgt. tapi aku belajar untuk lebih menerima semua orang sekarang. kalau kamu datang dengan urusan yang baik, so kita settlekan urusan yang baik itu saja. kamu buat bahagian kamu, aku buat bahagian aku. aku bukanlah mahu jadi hipokrit yang kononnya boleh menerima semua orang tp dlm hati hanya tuhan yang tahu tapi aku rasa kalau kamu hanya berurusan dengan seseorang itu cuma untuk urusan tertentu contohnya urusan kerja, jadi kamu terimalah dia sbg rakan sekerja utk urusan tersebut. yang selebihnya contohnya bagaimana orang itu kelihatan jika itu bukanlah dalam skop urusan kerja tersebut jadi janganlah kamu nak menyibuk2 menilainya. itu dah dia, kita nak buat camna. selagi perilakunya tidak mempengaruhi kepada sesuatu yang buruk dalam urusan kerja kita, kita teruskanlah urusan kerja kita. jika perilakunya memberi pengaruh yang tidak baik contohnya melebih2, mengada2 so kita nasihatlah dia, janganlah asyik cakap belakang saja.
aku rasa dalam soal nih, memanglah kadang2 bagaimana orang yang berurusan dengan kita tu kelihatan akan mempengaruhi fikiran kita sepanjang dia berurusan dgn kita. sbb fikiran kita ni penuh dengan macam2 penilaian dan rasa. tapi selagi orang yang berurusan dengan kita tu masih dalam landasan urusannya, so kita pejamkan fikiran kita yang buruk2 tu. memang bunyinya mcm hipokrit tp sekrang2nya kamu tidaklah menambah dosa kamu dengan asyik memerli orang. APA KAMU INGAT KAMU SEMPURNA SANGAT?.
jangan terlalu membenci orang, jangan terlalu mengutuk orang sbb mana tahu entah2 nanti dia jadi kawan rapat kamu pula. i've seen that.
untuk kawan ku, memang betul dan diakui ramai kamu kacak, kamu hebat, kamu digilai gadis2 termasuk ibu2 tp janganlah kamu memandang rendah orang lain yang kurang sempurna berbanding kamu. masing2 ada keistimewaan. dan sebenarnya ada perilaku2 kamu dan kata2 kamu yang membuatkan aku berkecil hati sebelum ni. tp aku lupakan sudah sbb aku berharap ianya takkan berulang lagi. kadang2 kamu patut belajar berdiam diri saja. sbb bila kamu dah menyibuk & kecilkan hati aku masa aku lakukan urusan aku, selepas tu kamu datang merayu pada aku memerlukan pertolongan utk aku lakukan urusan yang sama setelah kamu kecilkan hati aku sebelumnya apa gunanya lagi?im not happy to helping u,apa gunanya?
untuk orang2 lain pula, kalau kamu pernah memperkecilkan diri ini, apa yang boleh aku katakan, apa yang kamu telah katakan pada aku, kalau aku berkecil hati, lihatlah nanti, kalau tidak kena pada kamu, kenalah pada anak2 cucu kamu, kaum kerabat kamu. wah mcm sumpahan. memang btol sbb aku benci dengan mulut2 celaka kamu, lihatlah nanti apa jadi pada anak2 kamu.haha..
maaf ya.
oh ya, cuba utk mengingati perkara2 yang indah yang bisa memotivasikan aku kini.
teringat kata2 abe yang buat aku tersenyum. :)
hehe.
...........................
semalam tgk movie surrogates sorang2 sbb mlas nak balik umah awal sbb harini sbtu, nnti bengong sorang2 kt umah.haha. hiburkan hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment