Sunday, June 13, 2010

terasa beratnya fikiran dan hati ni melalui masa2 ni. rasa dipinggirkan oleh orang yang kita percaya. entahlah. semua perkara dan peristiwa yang aku lalui menghantui.

kakak tmpt aku luahkan segala yang memberatkan fikiran dan hati ini (aku tak mampu nk menulis meluahkan semuanya disini, kadang2 bersuara lebih menenangkan) bertanya "kenapa aku terlalu memikirkan pasal kawan aku tu?" "apa perasaan aku terhadap kawan aku tu?". dan mungkin pelik bila baca blog ni aku banyak menyebut soal dia. perasaan aku.

entahlah. mungkin sebab aku terlalu berpaut pada dia - aku rasa bila aku rapat dengan dia, aku rasa selamat, aku rasa yakin, aku rasa masalah aku hilang. ya, aku banyak mengadu masalah aku dengan dia, terutamanya rasa sunyi aku - sbb bila aku ceritakan dgn dia aku rasa tenang. mungkin aku rasakan dia orang yang senang aku bercerita. mungkin orang yang kenal aku tp tak berapa rapat anggap aku pendiam, tp sebenarnya aku banyak bercakap dan bercerita dgn dia smpai dia cakap aku terlalu byk bercakap. sebab aku rasa aku gembira. dan sekarang aku taktau dengan siapa aku nk berkongsi cerita.

dia byk bg nasihat kat aku. bkn maksudnya aku tak dgr nasihat org lain, tp dgn dia aku rasa lebih dekat.aku ingt lagi nasihat dia mula2 aku keje bila aku kena marah dgn big bos, aku rasa lega. dia
entahlah, aku terlalu berpaut pada dia.

Saturday, June 5, 2010

...dan 1-2-3 masa-masa berlalu

2-3 hari lepas masa sarapan kat umah kampung mak cakap...
"dulu orang tu selalu gi umah orang tu, rapat sangat, tak kira pagi petang siang malam, sekarang tengokla...itula orang ckp bila masa manis, manis sangat, skrg dah tawar takde apa la"

2-3 minggu lepas masa baru sampai kampung dr kl mak cakap...
"mungkin kawan tu tak suka pergi rumah dia selalu sangat kot"
"jangan terlalu rapat, sbb kawan yang rapatlah yang akan kenakan kita"

lebih 2-3 minggu lepas kawan tempat luahkan perasaan cakap...
"kawan awak takkan bencikan awak, cuma mungkin dia akan menjarakkan diri dia dengan awak"

lebih dari 2-3 bulan lalu, kakak di kg berckp di telifon cakap...
"itulah kawan, masa dia perlukan kita, kita cuba ada, tp masa kita perlukan dia belum pasti ada"


1-2 bulan ni diri aku cakap...
entahlah.serba salah. kenapa kawan yg kita percaya selama ni buat kita mcm ni? tak bertegur sapa. tak tnya kabar. sibuk sangatkah?

apa yang berlaku kadang2 kita boleh jangka. tapi kita tak mampu untuk mengelak sbb kita tak ada kuasa. kalau kita ada kuasa, mungkin kita minta perkara2 yang mengikut kehendak hati kita saja, sampailah kita tak sedar tentang hidup ini.

dan sekarang aku belajar menerima hakikat apa yang berlaku sudah berlaku. masa yang baik telah berlalu. sekarang aku belajar untuk hidup di rumah tanpa ada perasaan mahu kemana2. ini rumah aku, mcm mana pun perasaan aku, inilah tempat tinggal aku.

memang aku sayang dia, sayang mcm mna aku sayangkan kawan2 aku. cuma mungkin dengan dia aku selesa untuk bercerita benda2 yang terlalu peribadi sbb tu bila smua ni berlaku, aku rasa mcm aku hilang tmpat bercerita. aku tak ada perasaan serong terhadap dia, cuma aku selasa dengan dia. dia dah aku anggap abg aku. aku rasa senang berkawan dgn dia. tp entahlah, mungkin keterbukaan aku & rasa sayang aku pada dia mungkin melebih2.

abe, kalau dapat kata "hi" pun cukupla...


sekarang aku cakap...

sudahlah, untuk diri sendiri, takde apa yang berlaku, semua benda ni berlaku sebab salah aku sendiri saja, aku terlalu memikirkan dan trlalu berpaut pada dia..sedangkan dia cuma kawan yang sama macam orang lain, memang benar aku selesa nak bercerita dengan dia, tapi kalau dia tak selesa dengan aku sbg kawan nak buat camna?memanglah kita tertanya2 dan serba salah kenapa kawan yang pernah rapat dengan kita dulu, tiba2 sekarang buat2 tak nampak kita.memanglah dia ada jelaskan sbb smuanya & minta maaf dan kita cuba berubah mcm mna dia minta tp kalau kita rasakan perilaku dia tetap sama, apa gunanya?rasa serba salah sbg kawan ni tetap ada.

aku benci diri aku sendiri sbb benda ni berulang2 sejak aku sekolah lagi...
kawan datang dan pergi bila kita memerlukan.semua sama.
aku tak mengharap dia kawan 24jam yg ada utk lepak sama2, cuma kawan yg dia rasa aku wujud sbg kawan.

mcm mna org yg pernah kenal kita & boleh melawak2 sblum ni tak tegur kita langsung mcm kita buat kesalahan yg amat besar dalam dunia ni.

persahabatan adalah komunikasi dan interaksi.