Friday, December 25, 2009

terima kasih kawan.

terima segalanya. yang berlaku sudah berlalu. ringankan fikiran bebaskan minda. menyayangi adalah derita. menerima kenyataan adalah bahgia.

malam tadi jumpa kawan yang dah lma sgt tak jumpa. wlaupun rumah nak kata dekat tak dekat sgt, jauh tak jauh pun. biasalah kawan, masing2 ada urusan masing2.kepala terasa serabut.aku rasa bercerita dengan kawan "dari sisi tersebut" mungkin aku dapat tahu lebih realiti sebenarnya dan kenapa aku tak mampu melepasinya.

aku bgtau aku asyik terpikirkan pasal kawan opis aku. kawan yang buat aku selesa bila bercerita masalah peribadi dekat orang tersebut sehinggakan aku ceritakan perkara2 yang selama ni aku pendam iaitu soal naluri aku.aku anggap dia mcm abg aku. mcm family aku. aku sayang dia. syg seorang kwn tp kadang2 mungkin lebih sikit. tp aku cuma nak ada kawan yg rapat yg aku btol2 percaya. tp masalahnya sekarang aku asyik terpikirkan soal dia.

memang btol apa yg kawan aku katakan...

mungkin aku mahukan perhatian. nyatanya aku akui.kadang2 aku rasa bersalah dgn apa yang aku buat umpamanya selalu ajak dia lepak2 sma, cemburu kenapa dia tak boleh rapat dgn aku sedangkan dgn org lain boleh, kenapa dia tak boleh melawak mcm tu dgn aku, sms bila aku rsa serabut. kadang2 aku cuba mengelak utk buat smua tu dgn harapan aku tak dilihat sbg seorang kawan yg terlalu mengharap perhatian, tp kadang2 aku tewas. aku rasa tiap kali aku lepak2 dgn dia, bersembang2 dgn dia, sms dia masalah aku seolah2 lenyap.

mungkin aku sunyi. aku akui. sekarng aku rasa sangat2 sunyi. sedangkan sblum ni life aku mmg mcm ni. aku lebih suka menyendiri. tp sejak aku kenal dia, aku rasa aku nk sgt spend more time dgn dia.klau boleh sms pun jdlah. lebihkan msa mcm org lain dgn kawan2 diorg.bila 2-3hari tak ckp dgn dia aku mulalah rasa serabut.rasa nk sgt berckp dgn dia, bila dah berckp rsa lega.
kwn aku ckp, msalah aku mungkin sbb aku duduk sorang, dan aku kena cari kawan2 utk xtvt lapang.tp aku benci nk msg kwn2 sbb masing2 diam je.

mungkin orang tersebut cuma anggap aku sbg rakan sepejabat yg berurusan diwaktu pejabat shj, dan aku bukanlah kawan utk aktiviti sosial dia. aku rasa inilah kenyataan yg sebenar yg aku kena terima wlaupun berat.kadang2 kwn kt opis mmg rapat dgn kita tp lps waktu opis dah dgn kawan2 lain.wlaupun aku mngharap dia kwn aku lps waktu pjabt, lepak sma2, tp aku takleh nk paksa dia.tp aku sakit hati sbb dia ada jnji nk lepak2 sma. tp itulah kwn.

lebih baik berfantasi mengenai orang yang kita nampak tp dia tak kenal kita walaupun tu cuma angan2 kosong, sekurang2nya tidak menyakitkan hati kerana mudah untuk kita lupakan daripada berfikir tentang orang yang kita kenal dan dia mengenali kita dan kita sering terfikirkan soal dia tp kita tak pasti entah dia fikirkan kita @ tidak.memang menyakitkan.

semua orang mengharapkan ada kawan yg rapat dgn diri kita tp kadang2 kita tak mampu utk mengawal semua utk menjadi milik kita.biarkan semuanya berlalu. dia tetap kawan kita, cuma kita saja yang kena mengawal perasaan kita.

aku harap aku dapat lepasi segalanya menjelang tahun baru ni. perasaan bercelaru ini telah "memakan" banyak diri ini.

Sunday, December 20, 2009

dan kamu pun berkata

setelah segalanya yang berlaku dan apa yang aku tulis di sini, aku sedar tapi masih sukar mengakui bahwa aku cuba lari dari sesuatu dengan harapan ada tempat untuk berpaut tapi tempat tersebut tidak mampu untuk menampung segalanya.

kita mahu ada kawan yang rapat dengan kita tp kita hanyalah seorang manusia yang muncul dalam hari2 dia yang merimaskan hidup dia dan kita terlalu berharap kepada dia untuk meringankan bebanan kita sedangkan dia tidak mampu melihat dari sudut yang kita rasai.

kita melangkaui batas dengan harapan kita ada tempat untuk bersuara tentang sesuatu yang kita pendam walaupun perkara tersebut terlalu kecil tapi bagi kita dengan meluahkan cerita pada kawan kita, ia umpama ubat-ubatan yang merawat luka yang dalam.

kita percaya dialah kawan yang boleh kita percayai dan kita benar2 menghargainya tp kadang2 penghargaan yang kita berikan kepadanya terlalu melangkaui garisan yang sepatutnya.

berdiam diri biarkan semuanya berlalu kadang2 mudah tp bila perasaan serabut datang mna mungkin kamu bertahan.

tarik nafas dalam2 dan tahan seketika dan hembuskan perlahan2...

Sunday, December 6, 2009

dulu sekrang kawan

kawan datang dan pergi. kadang2 kita bukan lupakan kawan kita, cuma kita tak mengingati dia.

masa dari sekolah rendah, aku ada kawan yang sangat rapat. petang2 lepas sekolah naik beskal sama2. pernah 1 beskal 2 orang naik. sorang dok kt depan tu jaga handle, sorang kt seat tukang kayuh, biasala budak kampung. kami buat banyak benda sama2. curi buah belakang rumah jiran dekat sungai lepas tu bwk ke tempat perkhemahan kami tepi sungai tu. ikut kawan2 menjelajah sungai kt kg tu sampai ke kawasan yang tak pernah aku smpai.tp time nakal tu adala jgk kawan yang lain. sriously, klau kami berdua saja, mmg kami tak senakal tu.hehe.slalunya dia datang umah aku, atau aku gi umah dia, tu je. sembang2. masa tu budak2 lg,rsanya tak terpikir langsung soal masalah, semuanya best...

sekrang aku dah xjumpa dia lma sgt tp still sms, itupun aku yg sms. tiap2 kali balik kg mesti family aku bgtau diorg nmpak dia, sbb dia guna minitar yang sma nak balik umah dia.

...

masa sekolah menegah, aku ada kawan yang rapat jgk. dan ada orang kata aku dan kawan aku mcm adik-beradik. baguslah. tp kami tak pernah cerita perkara yg terlalu peribadi, cuma kawan utk study.

tp lepas abis skolah mnengah kami tak jmpa lg. tup tup tahun ni jumpa balik lps hmpr 7thn xjmpa. mulanya aku rasa happy jmpa dia, tp lepas tau apa tujuan dia nk jmpa aku, aku rsa xhappy sgt.mmgla niat dia bagus, tp caranya salah..aku rasa aku kawan yg diperguna2kan, dan sekrang dia menyepi semula.

...

masa belajar di ipt, aku ada kawan yg agak rapat. duduk bilik sama, pegi kelas sama, buat assignment grup sma,prktikal sama, major course je lain. smpi ada kawan yang perli2 - WTF, korang tak suka dia itu korang punya pasal tp jgnlah smpi aku pun kena tempias. biarlah. wlaupun byk benda yang kami buat sama2 tp kami tak pernah cerita hal peribadi. klau dia ada masalah peribadi, dia lg snang crita kt kwn yg lain. aku? aku jenis pemendam sampaikan ada kawan yg kata aku terlalu misteri.lgpun aku pendiam.

tp kami masih contact lg smpi skrng. aku rasa dia tahu sebahgian kisah gelap aku, tp kami tak pernah bangkitkan isu tu, aku pernah nk bercerita tp aku takpasti samada perlukah aku bgtau @pun tidak.

...

sekarang dah kerja, aku dapat rasakan aku cuma ada kawan waktu pejabat saja. itupun 2-3 kerat je, yg lain kenal sbb sepejabat tp tak berapa rapat. lepas waktu pejabat dah terputus hubungan, maksudnya masing2 dgn hal masing2. cuma aku akui, aku agak senang dgn kawan yg byk aku bercerita kt blog ni. dan dialah kwn yg pertama aku rasa aku byk bercerita soal peribadi yg aku rasakan terlalu sukar utk diluahkan. berkongsi cerita. kawan yg buat aku rasa percaya.

cuma sampi kesaat ini, aku rasakan aku terlalu terdesak utk ada kawan yg rapat seperti dia. dan kadang2 aku rasa bersalah mengganggu dia dgn sms aku dan ajak dia lepak sma2, tp itu cuma cara utk aku lepaskan rasa tertekan & sunyi disini. kenapa org lain ada kwn yg rapat, tp sy tak ada?
...

mungkin betul kata opismate aku, aku tak ramai kawan kt opis, kawan aku cuma org tu saja. smpaikan ada opismate yg buat ckp kwn aku yg rapat tu "boyfrend".
mungkin aku patut bersyukur sbb ada orang yang peduli dengan siapa aku berkawan. dari dulu smpi sekarang. wlaupun kadang2 aku tertanya2 kenapa bila aku rapat dengan seorang kawan, orang mula membuat andaian mcm2 wlaupun ianya sekadar jenaka.

...

patutkah aku klafikasikan orang yg datang dan pergi dlm hidup aku sbg "kawan"?