Friday, December 29, 2006

kita dan azam

tahun 2006 dah nak sampai kepenghujungnya..seperti biasa..sememangnya yang bermula akan sampai kepenghujung..rasa terlalu cepat masa berlalu..363 hari yang lepas tahun ini terasa cepatnya berlalu..itulah kita, kadang2 terasa cepatnya hari berlalu dan kadang2 kalau boleh nak saja ada hari2 tu tak wujud..ah, hidup..

keputusan PMR baru saja keluar..mungkin ada yang azamnya tercapai..dan mungkin juga kurang bernasib baik..
bercakap soal azam..apa ek azam untuk tahun depan?? dah lama rasanya tak dipaksa untuk bercakap pasal azam..kalau time sekolah dulu mesti kena bagitau punya..terutamanya kalau tahun tu nak mbik periksa besar..UPSR,PMR,SPM,STPM..ayat sama je..nak dapat semua A..semangat giler,..itupun bercakap ramai2..macam kt tapak perhimpunan..puas dipaksa..bila gi kem motibasi (motivasi) pun kena cakap benda yang sama gak..jeritlah kuat2..hehe

bagus juga ada azam ni..sebab kita ada target..tapi rasanya bagi kita ni dah macam disuap..yelah, bayangkan bila kita nak mbik periksa je baru kita berazam giler2..dan yang pastinya soalan dalam paper periksa tu nanti bukan merangkumi soalan2 yang dibelajar pada tahun yang kita nak mbik periksa tu saja..tapi merangkumi soalan yang dari darjah/kelas sebelum tu lagi..tapi biasalah kita..konsep tahun2 sblum periksa adalah konsep "bulan madu"..terutamanya yang form4..dah lepas PMR rasa macam berbulan madulah..naik form4 rasa macam, "alah relex2 lah dulu"..mungkin dah menjadi "lemak" untuk sebahagian daripada kita utk berasa mcm tu..tapi yang pastinya subjek yang dibelajartu ada diantaranya subjek2 baru..yang masa PMR cuma belajar asas sahaja..(fuh mcm pakar motibasi lak..alah sekali sekala pelajar "cemerlang" berleter apa salahnya..haha)

saya rasa azam ni kadang2 tak boleh diguna pakai (bagi sesetengah orang)..sebab awal tahun je semangat giler..bila dah sampai pertengahan tahun dah slow skit (klau azam yang nak dicapainya ujung tahun)..bila sampai masa nak dilaksanakan dah lemah azam tu..akhirnya dah dilakukan macam benda yang dilakukan hari2..hampeh..

OKEH
SELAMAT TAHUN BARU 2007 (kl xde bunga api malam newyear..DBKL tak luluskan..baliklah sambut raya (katanya dlm nwespaper arini..tp party newyear siap berbunting2 yg iklan kt jalan luluskan pulak)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


........
saya?? ..saya taknak tetapkan azam saya..bukan takde target atau keinginan utk tahun depan..cuma biarlah apa yang dilakukan adalah yang terbaik..haha..

Thursday, December 28, 2006

kita yang dulu dan kini

baru2 ni saya ada berjumpa kawan2 saya. berbual2.antara kisah2 yang dibangkitkan ialah mengenai salah seorang drp kawan kami. bukan mengumpatlak. cuma bercakap sesuatu yang positif tentang perubahan dia. ini bukan saya yang ckp, sy cuma mendengar. kawan kami ni masa belajar dulu mengikut si pencerita seorang yang tak kisah sangat pasal duit, bila nampak benda berkenan je trus beli..tambahan pula keluarga senang..tapi bila dah start keje sekarang bila tgk benda yang berkenan pun pikir 2-3 kali sblum beli..haha..satu perubahan kan??

dan yang pastinya semua orang pun macam tu kan?masa belajar mcm tak pernah pikirkan betapa susahnya nak mendapatkan duit..sbb awal sem tunggu duit pinjaman..tapi tu pun meranalah jugak kan nak tunggu duitnya masuk..hari2 gi check kt mesin ATM..haha..

kalau masa belajar pening2 kepala takde duit pun boleh minta kt fama..takdelah nak segan sgt sbb mmg masa tu bknnya bekerja untuk dapatkan duit..tapi kalau masa dah kerja ni tiap2 bulan masih minta duit kt fama lg tuh memalukan betul..mungkin atas dasar tersebut muncul keinginan atau keterpaksaan untuk berjimat sejak bekerja..nampak benda yang dah berkenan depan mata pun..yang memang susah nak dapat tapi bila pusing2 tengok harga terpaksa membuat aksi coverline belek2 barang lain..haha..itulah bezanya, bila kita dah keje kita taulah macam mna nak hidup untuk tempoh sebulan tu dgn duit yang kita dapat tu..tapi yang gajinya bertimbun2 tu lainlah..ini saya bercakap gajinya yang boleh2 hidup..kalau ada orang bagi penyelesaian dengan cara menabung(menyimpan) sebahagian dari duit tersebut..saya rasa boleh diterima tapi bergantung juga pada lokasi dimana kita berada..bergantung pada kos sara hidup harian kita..tapi terserahlah pada diri masing2 untuk menentukan cara kita membahagikan duit yang kita dapat tu..

tapi bila kerja ni satu benda yang bagus (bagi saya) ialah bab makan-minum. kalau masa belajar dulu kadang2 terpaksa makan mee segera je ( sampai satu tahap saya tak boleh langsung nak makan mee segera..bkn berlagak..tp perut dah tak boleh nak terima..hehe)..bila dah keje ade duit sikit2 dari bazirkan ke benda2 yang merapu lebih baik beli makanan..sekurang2nya dah boleh bagi tenaga nak bekerja seharian..yelah bayangkan, kalau masa belajar dulu kelasnya tak tentu masa..kadang2 awal pagi..kadang lewat petang..jadi masanya tak tentu..bila keje dah tetap time..tenaga lebih diperlukan sebab kita dah set masa utk pergi kerja dan masa tak bekerja..jadi masa yang ada tu gunakanlah utk isi kembali tenaga yang dah kurang..,memanglah masa belajar dulu tenaga lbih diperlukan utk pegi kelas dan buat tugasan smua..tapi alang2 masa dulu takcukup duit nak makan, jadi masa kerja nilah kita perlu balas dendam kembali diatas apa yang hilang masa belajar dulu..terutamanya yang berat badan boleh kurang secara mendadak..jangan terlalu kedekut bab makan..memanglah kalau kita makan pun akhirnya keluar jadi ta*k jugak..itu dah memang kita tak boleh nak buat mcm mna la..dah memang sistem badan kita dah diciptakan oleh Allah s.w.t untuk beroperasi sebegitu..

jadi kesimpulannya bila menyentuh soal duit masa belajar dan bekerja..memang berbeza..bila kita dah genggam duit hasil titik peluh kita, rasanya lain berbanding duit yang kita genggam atas pemberian orang lain (terutamanya duit pinjaman)..dan sekarang mulalah pening macammana nak bayar balik duit pinjaman tu kan??masa mbik tak sedar pun banyak sebab dapat sikit..tapi bila dapat surat tuntutan bayaran balik..nah ngkau.. 5angka ++ ditambah bunganya..aiya..

..........................

sebenarnya ada satu lagi bab yang disentuh dalam perbualan kami..pasal sorang lagi kawan kami..saya rasa soalnya terlalu peribadi..dan itu hak masing2..pasal sexsualiti dia..saya cuma mendengar sebab saya rasa terlalu peribadi..kita tak boleh nak tentukan orang tu jadi macam ni..orang ni jadi macam tu..sebab ia meliputi naluri..naluri hadir tanpa kita sedari selalunya..hormati hak orang lain selagi ia tidak mengganggu gugat kehidupan kita itulah yang perlu kita lakukan..

wassalam..

Tuesday, December 26, 2006

kita adalah dendam yang terpendam

berapa jumlah manusia yang hidup dimuka bumi ini yang kamu ketahui?? saya pun taktau..
berapa jumlah rakyat di Malaysia?? saya pun taktau..
berapa ramai kawan yang kamu ade?? adelah...

mungkin kadang2 kita mengharapkan kita akan diingati..berapa ramai yang tidak pernah terpikir agar dia diingati??bohonglah kalau tiada siapa yang mengharap agar dirinya diingati..tapi sejauh mana ingatan kita terhadap orang2 yang kita kenal??kadang2 kita mengharap orang itu mengingati kita..tapi kita tidak boleh menentukannya..kadang2 orang yang kita tidak jangka akan mengingati kita rupa2nya orang yang tidak pernah kita ingati selama ini..bersyukurlah sekurang2nya kita masih diingati..

berapa banyak peristiwa2 yang kita masih kenang sampai sekarang??bagi kebanyakan orang, kenangan2 yang memeritkan lebih mudah dikenang kerana itu yang banyak mengajar kita...

kalau semalam adalah kenangan yang terindah kita..jangan diharap kenangan tersebut berulang sekali lagi..sebab biarlah ia menjadi sekali dalam seumur hidup kita..biarlah apa yang kita kenang tersebut hanya wujud dalam satu versi..

sesetengah orang terlalu jujur..jujur yang memakan diri..
sesetengah orang mengajar agar jangan bersikap prejudis terhadap orang lain..tapi kenyataanya telah tertanam dalam dirinya..

ahh..saya kebingungan+ketakutan+kerisauan di sini..bermula dengan masalah komputer yang saya sangkakan telah di bom (kena virus besar sampai takboleh starting operation-aiyak..tp alhamdulillah selamat) sampailah ke kejadian mencucuk pendrive di printer oleh kawan saya yang hampir2 memburaikan segala isi dalam pendrive tersebut (cis..kurang asam punya printer-fail dlm pendrive tu yg kita simpan dalam2 pun bleh search dgn satu klik je)..

Thursday, December 21, 2006

yang dulu-dulu

Kisah minggu yang lalu

Kebetulan sewaktu saya ingin menaiki bas, saya melintasi seorang gadis yang boleh dianggarkan dalam lingkungan umor 20-an..ketika itu seorang lelaki bertanya soalan yang lebih kurang begini bunyinya terhadap gadis tersebut..

“cik boleh nampak tak?”

Gadis tersebut kemudian mengomel dengan nada yang perlahan dan seperti kurang senang terhadap perlakuan lelaki tersebut..

Kemudian saya melihat riak muka lelaki tersebut seolah-olah tidak puas hati tapi membiarkan saja gadis tersebut..

Sebenarnya gadis tersebut bertongkat..tongkat yang sering digunakan oleh orang kurang upaya penglihatan..tapi saya pun kurang pasti samada gadis tersebut sebenar2nya buta ataupun menghadapi masalah rabun kronik..

pendapat saya : kadang2 niat kita baik nak tolong orang..tapi ayat yang kita gunakan untuk tolong orang tu kadang2 boleh mengguris hati orang yang nak kita bantu tu..so, susunlah ayat dulu..dah nampak dia bertongkat..pastu tnya mcm tu pulak..maunya dia tak terasa..


Kisah minggu2 sebelumnya

Di hentian LRT KLCC..seorang petugas yang membantu melancarkan perjalanan penumpang2 masuk dan keluar lrt cuba membantu seorang lelaki buta pertengahan umur..tapi di tolak oleh si buta tersebut..

Sebenarnya berdasarkan perbualan yang saya dengar..lelaki buta tersebut hanya ingin dibantu oleh perempuan sahaja untuk memimpinnya..entahlah..

pendapat saya : dah mmg jenis taknak ditolong..klu nak ditolong pun memilih..kita nak buat mcm mna lagi..

Friday, December 15, 2006

ikan = kita

HARINI saya baca suratkhabar..mcm biasa tp takperasan pulak suratkhabar keluaran apa..sebab saya cuma baca bahagian sisipannya sahaja..lagipun baca kt kdai makan shj..mnala nak perasan sokkabaq apa..dah berpecah2 bahgiannya..
Saya tertarik dengan bahagian Joran..bukan sbb saya kaki pancing..tp sebab macam menarik je gamba2 yang disiarkan..pemancing2 dengan gambar ikan yang besar2 pulak tu..terdetik di fikiran saya,

“bodohnya ikan ni, dahla ikan besar, kompomla dah brapa lama duduk dalam air tu banyak makanan tapi last2 mati kat mata kail jugak..ish2”

dan seketika kemudian saya terfikir
“itu ikanlah..ikan mana ada akal..ade otakje..dah nampak makanan mudah..dia nak sapula”

ok..inilah yang saya nak berbicara..

sebenarnya sesetengah daripada kita ni macam ikan. Ikan yang selama ini bukannya hidup tak dapat makanan yang dia perlukan tapi disebabkan sikap nak mudah dapat makan tanpa berfikir terlebih dahulu kemungkinan yang akan terjadi selepasnya (sekarang abaikan kenyataan bahwa ikan itu takde akal sebab ini cuma perumpamaan) akhirnya disebabkan sikap gelojoh dan mahu mudah akhirnya mati di mata kail.

Kadang-kadang macam kita, sesetengah daripada kita nak cepat senang. Nak cepat kaya. Kerja yang dah ada, yang halal dirasakan tidak cukup untuk menampung keinginan yang menggunung. Yelah, mahukan sesuatu yang lebih mudah, cepat dan tidak mempedulikan halal atau haram. Umpama ikan yang mati di mata kail tersebut, walaupun sudah hidup beberapa lama (berdasarkan saiz ikan tersebut kita dapat anggarkan berapa lama..kalau tak lama pun sekurang2nya ia dapat rasai masa2 membesar) tapi dalam sedetik hanya jiwa melayang.

Bak kata pepatah, bukan mudah nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah. Kalau kita pilih untuk jadi senang, biarlah cara yang kita pilih tu akan meninggalkan kesan yang baik untuk diri kita.

KITA-disini kembara bermula...

Kadang-kadang apa yang kita ungkapkan tidak sama dengan apa yg orang lain fahami
Kadang-kadang kita cuma minta untuk diterima tapi ruang yang sedikit pada diri orang lain menyebabkan tiada tempat lagi untuk kita.
Kadang-kadang kita sedaya upaya tidak mahu memaksa orang lain tapi mungkin kata-kata yang kita luahkan terlalu berat pada pendengaran dia.
Kadang-kadang kita tidak mahu melepaskan seseorang itu pergi tapi masa yang lepas tidak boleh diulang kembali.
Kadang-kadang kita suka bersendiri tapi sebenarnya semua itu membunuh kita dalam kewarasan dunia kejam yang sebenar diluar.
Kadang-kadang kita bukan mahu jadi satu-satunya yang terbaik tapi hanya ingin menjadi salah satu daripada yang terbaik dalam kumpulan tersebut.
Kadang-kadang sukar untuk kita menjadi diri sebenar di dunia reality tapi lebih sukar untuk menjadi penipu yang besar berbanding di dunia maya.
Kadang-kadang kita bukan mahu menjadi tuhan tapi kadang-kadang juga kita membuat kesimpulan terlalu awal sebelum semuanya bermula.
kadang-kadang kita bukan lari dari semua yang berada disekeliling tapi cuma ingin menjadi diri kita yang tidak mungkin diluahkan.

Tiap-tiap hari adalah permulaan yang baru untuk hari esok yang bakal menjelma jika diizinkan tapi bergantung juga pada diri kita untuk mencorakkannya.

kita adalah K.I.T.A