Saturday, November 21, 2009

dan sebenar-benarnya...

dan aku terus tertanya2 kenapa aku masih melakukannya sedangkan bukan kemahuan aku sepenuhnya. betullah kata kawan, "kamu mahu lari tapi kamu tidak pernah cuba mengelak."

aku terlalu banyak menulis tentang kamu teman...fikiran ini masih waras menyatakan aku tahu sebahagian yang patut aku lakukan dalam kehidupan ini, dan sebahgian pula menyatakan aku perlukan sokongan kamu untuk meneruskan kehidupan ini. mungkin sebab itu aku terlalu menghargai apa yang berlaku. setiap patah dan perbuatan yang kamu lakukan memberi kesan kepada aku. buat aku terpikir. kamu inspirasi. kamu idola.

mungkin aku terlalu menghargai kamu dan menyayangi kamu, mungkin itu sifat aku. mungkin perlu aku bunuh saja perasaan itu? agar kawan, teman, sahbat yang muncul dalam hidup aku ini tidak meninggalkan lopong di jiwa ini.

semua orang menyayangi kamu. alangkah baiknya menjadi kamu. tenang.

maafkan atas segala kemerapuan yang aku perkatakan selama ini. aku terlalu cuba menjadi teman yang rapat agar aku ada tempat berkongsi cerita. aku terlalu takut kehilangan teman lagi.

No comments: