kita lakukan segalanya untuk kawan kita agar dia sedar kehadiran kita, bersalah kah kita?
aku akui aku seorang yang terlalu terdesak untuk mendekati seorang kawan yang aku boleh anggap sebagai kawan rapat yang aku boleh kongsi banyak perkara dan rahsia yg aku tak dapat nak luahkan pada orang lain.
kadang2 aku rasa bersalah dengan apa yang aku lakukan. aku takut apa yang aku buat disalah ertikan walaupun dia dah tahu sebahagian cerita sisi aku.
bila aku rasa resah, sunyi, entah apa2 lagi perasaan, aku perlukan kawan untuk redakan perasaan tu. aku sms dia sbb aku percayakan dia. sbb aku perlukan kawan untuk berbual. kadang2 bila aku simpan perasaan tu xde orang nk sembang, rasa serabut giler. sbb dia dah aku anggap mcm abg aku, keluarga aku. mmg dia reply sms, tp takkanlah aku nak sms dia selalu bila rasa serabut. apa yang aku slalu terpikir, aku taknaklah dianggap terlalu bergantung pada dia. nanti mengganggu dia pulak. tp setiap kali dia reply, perasaan yg kusut boleh reda tiba2. mcm ubat.
entahlah, aku rasa semua orang rasai perasaan yg aku lalui. kita ada kawan, kita nak kawan kita tu jadi kawan yang paling rapat dengan kita. kita nak kawan kita tu pun anggap kita mcm tu. kita rasa dalam ramai2 kawan kita, dialah yang paling kita percayai. kita sedar dia ada kehidupan dia, kita ada kehidupan kita. cuma kita nak sebahagian ingatan dari dia. kita rasa cemburu bila dia lebih rapat dengan kawan2 yang lain sbb kita akan tertanya2 kenapa dia tak boleh layan kita mcm tu sedangkan dengan orang lain boleh. kita mahu dihargai sbg kawan.
aku tertanya2, suatu hari nanti adakah aku masih diingati oleh kawan yang aku sayang bila saat masing2 telah temui kehidupan yang diingini?
aku mahu diingati disaat dimanapun aku dan dia berada suatu hari nanti...itu harapan aku dan aku rasakan hadiah paling bermakna untuk hari jadi aku nanti.bln depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment