Sunday, April 12, 2009

kamu rasakan

kamu rasakan...
kalau kamu ini sentiasa dikelilingi oleh orang yg sentiasa ingin mendekati kamu, maka kamu rasakan bolehlah bersikap tidak peduli, kamu boleh ambil sikap sambil lewa dgn siapa2 disekililing kamu yang sentiasa pedulikan tetang kamu..kamu boleh pilih siapa yang kamu mahu, kamu boleh memilih siapa yang mahu disingkirkan, kamu boleh menyimpan sesiapa yang boleh dijadikan pengisi ruang kosong kamu bila diperlukan, siapa kawan kamu masa senang, siapa kawan kamu masa duka, dan apa2 lg..

tapi kamu tidak ditakdirkan begitu. mungkin kamu tidak dikurniakan sebegitu tapi kamu ada keistimewaan yang lain..

kamu buat segalanya agar kamu tidak dilupakan. kamu mengalah agar orang/teman yang kamu hargai menang. kamu mencari agar ada tempat untuk kamu berteduh, bersuara bila ada sesuatu yang tersedak didada @ berkongsi bila ada sesuatu yang menggembirakan. kadang2 apa yang kamu lihat tidak mungkin akan menjadi milik kamu, tapi disaat ini kamu sedar, kamu telah lakukan sejujur yang boleh, mungkin kadangkala kejujuran kamu disalahertikan, kamu bukanlah terlalu naif...

kadangkala kamu bersikap kejam..biarlah..mereka ingat mereka sahaja yang boleh bersikap demikian, tiada maknanya mengingati orang2 yang pernah ketawa bersama kamu, berbual2 mesra bersama kamu suatu masa dulu dan kini hanya kamu sahaja yang perlu mengingati mereka dengan bertanya "hi,apa khabar"...kamu sudah bosan dan lali dengan perkara sebegitu...sekali, dua kali, kalau sudah berkali2 kamu sahaja yang perlu mengingati mereka, apa maknanya??kamu tidak mahu mengungkit dengan apa yang kamu lakukan, tapi kamu berharap orang2 yang sentiasa kamu ingati mengingati kamu juga..."hi,apa khabar" bukanlah terlalu berat..tapi janganlah bila susah sahaja dicari..

terima kasih pada kawan kamu yang masih mengingati..

No comments: