Wednesday, November 14, 2012

luar jangkaan

kecil hati itu lumrah, kemaafan itu perlu.

harini aku melawat kawan yang paling banyak aku bercerita disini.melawat dia di hospital. sebab dia kemalangan isnin lepas.mungkin dah takdirnya walaupun tak berselisih muka langsung di tempat kerja, akhirnya bersua muka jugak di hospital dalam keadaan yang kita tak jangkakan.

dah lama rasanya aku tak jumpa dia, terakhir pun dia talifon 2minggu lps di workstation minta fail.jumpa tidakla.berhubung atas dasar kerja - bagi aku itu yang sepatutnya. bukan aku taknak ingat langsung tp bagi aku, cukuplah aku dah selesai dengan apa yang patut aku lakukan sebagai kawan. bila kita msg sbg kawan skadar brtnya kabar slepas lma masing2 menyepi tp tiada balasan, kita kena faham & yakinkan diri bahwa kita dah lakukan apa yang sepatutnya sebagai kawan - mengeratkan silaturrahim. bila orang takbalas itu hak dia. kita pun teruskan hidup.

tapi bila semua benda ni jadi tiba2, kecil hati ini aku dah tolak ketepi sbb bagi aku memang hak aku untuk pergi melawat dia sbg rakan sepejabat.lagipun tak sedap hati sbb kita pernah rapat dengan dia takkanlah kita nak letak ego kita sebagai penghalang untuk kita berikan kemaafan pada dia.

ucapan terima kasih yang dia ucapkan kt aku waktu salam sebelum minta diri pun dah melegakan aku sbb aku rasa dia tak cakap pun kt orang lain masa bersalam tu. cuma permintaan aku bila dah sembuh nanti cuba-cubalah hargai kawan2 yang ada disekeliling kita, (bukan untuk aku shj tp untuk semua orang) kita tak tahu kita berpeluang jumpa lagi ataupun tidak. apa salahnya bertnya kabar, kalau tak jumpa pun boleh bersuara, kalau tak bersuara pun boleh menaip, tapi kalau tak boleh salah satu dari smua tu lebih baik jangan teruskan hidup lagi sebab menyakitkan hati orang saja.sbb tak tahu nk menghargai.

semoga cepat sembuh abe besar.

-------------------
macammana rasanya kita cuba menjauh untuk kebaikan tp hari2 kita berada disekeliling orang tu.