Saturday, November 29, 2008

aku baca kembali apa yang aku tulis terakhir kali lalu..perkara yang sama..
entahlah, tahun ini terlalu berat aku rasakan..perasaan kosong ini mencengkam dan kadangkala bisa buatku hilang pertimbangan diri..

bulan ke 11 sudah hampir kepenghujungnya..dan cuma tinggal 1 bln saja lagi menjadikan perasaan yg mencengkam jiwa ini cukup setahun...aku cuba buang tapi setiap kali aku cuba buang, ia datang kembali...sakit..

tahun lepas, waktu interbiu untuk kerja, salah satu sbb yg aku bgtau waktu nk dapatkan kerja sekrang, aku nk bekerja di kompeni yg besar...nak cuba suasana bekerja di tmpat ramai org. dan alhamdulillah aku ditrima..sekrng sudah 11 bln aku disitu, aku gmbira & bersyukur tp persaaan ini mencengkam sejak mula2 aku disitu...

ini masalah aku sekrng...aku rasakan jurang antara suasana aku di tmpat kerja dgn dunia luar terlalu luas. jurangnya terlalu kosong sehinggakan aku dapat rasakan aku benar2 ditinggalkan selepas waktu kerja..aku takada sesiapa untuk berbicara..

aku gmbira dgn tmpat kerjaku, dan aku suka dgn kerja yg aku pilih..wlaupun sebahagian org disekilingnya membuatkan aku kecewa, yg bisa bwk suasana yg tidak indah..tp itulah hakikat bekrja ditmpat rmai org..mcm2 perangai..menyakitkn bila ada yg menjadi pembawa mulut..yg kecil diperbesar2kan..yg berckp belakang..yg kononnya mampu menyimpan rahsia org lain, tp sanggup menipu bulat2 semata2 nak cover..kadang2 aku kecewa, kenapa perlu menipu utk menyimpan rahsia..mmg betul amanah utk menyimpan rahsia, tp tidak perlulah berckp bohong..ada cara lain selain berbohong..pikirlah..

tapi itu bukanlah masalah yg sentiasa bermain dipikiran aku..masalah yg sering bermain dipikiran aku ialah aku rasa terlalu kosong..setiap kali aku pulang kerumah lepas kerja, aku rasa segala kegembiraan aku pada hari trsebut hilang..lenyap..aku dapat rasakan jurang suasana antara dikelilingi kawan2 dan keseorangan terlalu luas..aku benci..lemas..sekarang aku cuma balik kerumah, tgk tv, mkn mlm, dan tido..aku cuma berjaga lebih kurang 1jam dirumah lepas balik kerja hari2 sekarang..aku dapat rasakan aku bukanlah terlalu penat sbb kerja, tp aku terlalu penat melawan perasaan kosong ini..buktinya wlaupun aku tido awal, tp aku tetap akan letih bila bgn esoknya nk ke kerja...yg lebih kronik lg minggu lepas, aku terjaga dlm pkl 2-3 pagi..aku cuba tido balik, tp benda2 yg aku pikirkn berputar lg..


aku sayangkan dia..tapi aku cuma anggap dia mcm abg aku..dialah inspirasi aku untuk terus bekerja disitu..aku cuma nak berbual dgn dia..aku pernah terpikir alangkah bagusnya menjadi dia, disenangi ramai di pejabat..

Sunday, November 2, 2008

kawan

dah sehari berlalu.alhamdulillah.
tapi benda yang sama masih bermain difikiran.
kawan, bukan sepanjang masa dia boleh menemani kita. kalau semalam dia menggembirakan kita, hari ini belum pasti lagi.

walaupun baik dan rapatnya dia dengan kita, walaupun dia dapat menerima kita seadanya, tapi kita tak boleh nak paksa dia berada di sisi kita sepanjang masa.mungkin dia ada kehidupan lain yang lebih memerlukan.

walaupun dia mampu buat kita tersenyum, walaupun kehadiran dia melenyapkan segala yg hampir meneggelamkan kita, tapi kita tak boleh nak merantai dia untuk menurut segala kehendak kita. .

sedarlah, kenyataannya kita cumalah setitik nyawa yg melingkungi kehidupannya dan mungkin akan tenggelam @ terhapus oleh titik2 nyawa yg lain yg turut melingkungi hidupnya. ia tetap berlaku.

taksemua yang telah membuat kamu tersenyum semalam mampu buatkan kamu tesenyum lagi. tapi sematlah di dalam jiwa, sekurang2nya kamu pernah tersenyum dengan kehadiran seorang kawan. kawan datang dan pergi.

aku sebenarnya takut bila ada kawan yang rapat dgn aku, sbb aku seolah2 boleh agak apa yg berlaku seterusnya-kawan datang dan pergi.walaupun hakikatnya aku mengharap seorang kawan yg rapat. bukan berurusan pasal kerja sahaja, bukan berjumpa seketika sahaja, tp kawan yang boleh bercerita.

Thursday, September 25, 2008

kenapa terjadi lagi?

aku rasa betul2 bersalah hari ni. kenapa aku rasa aku tak boleh nk kawal panas baran aku yg membara dalam diam ni.mungkin ada orang yg anggap aku diam, sopan-santun, mungkin jenis yg tak marah-marah. tp hakikatnya diam aku tu lah yg membuatkan sikap bebal aku muncul lagi.

tak tahulah.harini masa nak balik aku betol2 tensen bila aku masuk teksi duduk depan tiba2 dreba teksi tu sruh duduk blakang sebab ade awek yg turun area sma dgn aku nk naik sma & ade sorang lg mamat nk naik sma.so budak lelaki dok blakang. damn shit. dahla aku penat, sruh plak tukar2 seat. aku pun hairan kenapa harini aku nak duduk depan sbb slalunya aku naik teksi sorang duduk blakang. sebab letih sgt lbih baik terbongkang kt seat blakang.tp harini lain. dah tukar seat, aku masuk aku hempas pintu kuat2. ya allah, aku tak tau kenapa aku bebal sgt tadi.

dah turun, singgah gerai makan, sbb aku blom mkn lg. td just minum air tin je. skali lagi pelayan kedai yang hampeh tu tak mbik order aku. celaka. aku duduk punyalah depan. nak kata aku ni halimunan tak tau lah. tp siap dia ulang-alik pun tak tnya langsung.dah aku angkat tangan panggil nk order pun tak datang2. barua sgt. hati dah panas. dah la letih. last2 aku blah trus gi kedai sup segera kt sblah. hatiku panasssssssssssss....

balik umah tgk tingkap depan ternganga luas. celaka aihhh...sapala yg buka luas2 nih..memangla tingkap tu sentiasa terbuka, tp xdela smpai ternganga luas mcm tu..sekali lg hati panas sbb nk tutup tingkap tu susah lak sbb dah terlebih buka...nk je aku tolak tingkap tu sampai cermin2 tu pecah, tp nnti nk kna ganti lak..cancel...

taktaula..apsal lah aku hot smacam je harini...
btollah, diam tu membunuh..

harini petang komputer buat hal, 2 komputer..aku ngan org sblah, nk kna backup fail..
dah jadi mcm orang sakit mental sbb dlm tertekan komputer buat hal pun kami bleh gelak2 sambil copy fail tu..aku rasa mcm gelak tu bkn gelak hati senang, tp gelak orang tertekan, gelak yg sungguh tp mcm bengong...

Sunday, July 20, 2008

akhirnya aku luahkan...

awal bulan ni (july08), balik dari kursus, macam biasa hujung minggu aku duduk di rumah saja. kerja aku kat rumah bila bosan2 cuma layan internet. kebetulan hari tu aku chatting dengan kawan aku yang dah lama tak jumpa lepas konvo 2thn lepas.klau msg pun jarang2 sangat.tapi hari tu kami chatting rancak la jgk. sbb dah lama tak sembang2. kawan aku tu pompuan. skali imbas mcm sharifah amani.sempoi.

bila dah lma tak sembang. hal yg biasa ditnya mcm buatpe skrang, keje cmna, sihat ke tak, life cmna. sampailah ke hal2 peribadi yg menjadi bahan penting yg akan aku ceritakan disini.

kami bercrita rancak, sampailah aku bgtau aku ada benda yg nk diceritakan dah lama tp aku taktau mcmmna nak ceritakan kt dia.rasa berat hati giler nk bercerita kt dia. memangla dia jenis yg open minded & sempoi+slumber tp sepanjang aku knal dia & knal kawan2 aku yg lain, aku takpernah bercerita hal peribadi aku yg terlalu mendalam kat diorang. klau ada pun kami sama2 kongsi msalah mcm msalah sesama kami.takde yg terlalu peribadi.sbb tu kwn2 aku msa blaja dlu kategorikan aku "misteri".msalahnya aku nak bercerita tp aku xtau nk bercerita dgn siapa. tp rsanya msalah skarang ni aku xlalui msa aku blaja dlu. msalah ni br muncul.

aku bgtau dia jgk. wlaupun aku xtau nk bgtau ayat mcm mna. pusing punya pusing last2 aku bgtau aku suka dengan seseorang. org tu kawan aku. satu tempat keje dgn aku tp lain unit. aku rsa selesa bila bercakap dgn org tu. aku rasa betul2 bersemangat bila berhadapan dgn org tu. tambah2 lagi dia slalu datang bagi keje untuk part aku siapkan. perasaan tu semua membantu aku utk trus bekerja kt situ tambah2 lg aku br start keje kt situ.

kwn aku yg chat tadi bgtau, dia pun penah lalui perasaan mcm tu msa kami sama2 blaja dlu, suka seseorang iaitu kawan kami jgk. aku tak terkejut sgt sbb dah boleh agak wlaupun xpernah tnya dgn dia tp sekurang2nya skrang aku dpt kepastian dr dia.dia ckp mcm2 perasaan yg dia rsa time tu, cemburu, marah, mcm2lah perasaan yg dia rasa semata2 nak rapat dgn org tu.

aku pun xtau nk pusing ayat mcm mna lg lah nk taip kt sini...oklah aku bgtau, sbenarnya situasi aku dgn kawan chat aku ni sama, suka sesorang yg dalam masa yg sama orang yg disukai tu merupakan kawan, dan tambah merumitkan orang yg disukai tu sama jantina.

aku rasa lega bila akhirnya aku dpt luahkan apa yg aku pendam slama ni dgn orang yg pernah lalui perasaan yg sma mcm aku lalui sekrang. kadang2 klau kita bercerita dgn orang yg xpernah melalui perasaan ni, mereka cuma boleh bagi nasihat yg akhirnya akan menyalahkan kita jgk.ye aku boleh menerima nasihat, tp nasihat dr org yg takpernah lalui perasaan nih mungkin berbeza wlaupun matlamat akhirnya sma.

Sunday, January 27, 2008

akhirnya...

rasa mcm nak tulis banyak..tp bila dah mengadap komputer trus malas..nak kena karang2 dulu..
hurmm..baru balik dari bukit jalil..tengok juara lagu..

taktau nk mula ayat mcm mna..tp nilah yang slalu aku pikirkan ..tambah2 lg bila balik keja, baring2 kt bilik pastu rasa sunyi..dah memang tu rumah aku, mcm mna nak elak..takkan nak lari kluar jumpa membe (kalau ada) kot letih2 lepas keje..bila kt tmpat keje okla rsa mcm smua yg dok pikir2 kt umah smua ilang sbb kt tmpat keje dah rmai..

tp bila dipikir2kan rasa marah sgt dekat diri sendiri..kenapa nak ingat lagi benda2 yang dah lepas wlaupun benda2 tu yg menggembirakan diri aku..kadang2 berlaku kejam pun ok jugak dr biarkan hati kita sakit sedangkan orang yg kita pikirkan tu entah2 tak pernah pun pikir pasal kita..taktaulah, kadang2 bila kita ikhlas nak berkawan mcm tu lah..memanglah kadang2 aku ada cakap dan minta benda2 yang tak masuk akal..tp takkanlah sbb aku tolak satu permintaan trus tak boleh nak berkawan lg..

dalam hidup ni klau kita nak kenal orang tu stakat nak bercinta dgn orang tu takda maknanya..sbb tulah smua orang frust kot..kawanlah..

pakar kaunseling wujud bkn sbb nak putuskan sesuatu tp dia wujud sbb nak beri pendapat..kita dah besar..pilihlah yang mana bagus untuk diri kita..

mlas nak ingat lagi...skrang aku pikir aku buat apa yang aku nak buat..tp itula bila balik umahje takde orang..pastu mulalah pikir mcm2...

klau aku ckp kasar sorylah..ni blog aku..

biasalah manusia...

Saturday, January 12, 2008

kisahku disana

akhirnyaaa...yeahh..
akhirnya aku berjaya juga nak mengupdate blog..
akhirnya aku sampai jugak kt cybercafe nih...
akhirnya aku gerakkan diri jugak malam nih,ikut perancangan aku nk datang dari hari rabu yang cuti maalhijrah hari tu lg..tp biasalah, malas nak berjalan..ikutkan jugak aku nk datang siang tadi tp panas..pastu skrang nih slalunya tiap2 hari pkl 4@5ptg hujan..rahmattt...takdela panas sangat..

rasa lamanya tak dapat nikmat internet..terasa gumbiranya skrang..tp sejuk lak tu..pastu aku dgn murah hatinya trus byr untuk 2jam..ish, awatla murah hati sgt thah..ni dok br tak sampai 30min pun dah taktau nak surf apa..tp itula niat aku mmg nk update blog pun..

kt tmpat keja baru aku bknnya tak dapat nk surf internet..tp tak best..smuanya kena blocked..hampeh btol..dari friendster, ke myspace ke ym..rasa mcm surf internet pun takde ape2 nak buat..geram btol aku..yg lg geramnya fotopages pun diorang bleh block..dahla tmpat keje nun jauh disana (mengikut jarak dr umah aku lah, tp mmg betolpun tmpat keje aku diceruk sana yg jauh dr kesibukan kota kuala lumpur)..pastu terasa mcm "alamak, aku nih berada ditahun berapa nih?"...blog bleh open tp aku mlas nak update kt opis sbb risaulah, diorang bahgian IT bleh check dr ip address..mnalah tau kan kot2 diorang rajin2 plak nk check budak baru nih dok surf web apa..kita knala berjaga-jaga gak wlaupun kemungkinan diorang nk check tu kecik..tambah2 pulak mula2 nih..yela mula2 keje nih mlasla nk buat pelik2 mcm tuh..so, aku cuma buka blog orang lain yg biasa2 saja yang aku save address..so takdelah aku melayar web2 "gitu" lagi buat masa sekarang..(kuranglah skit dosa hari2..hehe)..tp takpe, "pemandangan" kt sini pun indah2 belaka..hari nih jumpa orang tu, esok jumpa orang nih lak..ahhh, bahgianya..tp biasalah rahsia tetap rahsia...itu tmpat keje, kenala professional, wlaupun dlm hati berdegup kencang, otak berligar,berfikir "klau aku dapat ngko siapla"ops..giler...

kawan2 kt tmpat keje pun baik2 smuanya.pompuan lg rmai dr lelaki kt unit aku.cuma ada sikitla isu orang2 lama kt situ.biasala, bila kita dah berada kt satu tmpat yg lama, pastu kita rasa kita layak untuk dinaikkan pangkat pastu tetiba orang luar yang baru masuk dpt position yg kita idam2kan tu.siapa yang tak panas hati. panas hati kat pihak atasan lah. tp tu semua takde kaitan dgn position aku, cuma sbg salah seorang dr unit tu aku kenala ambil tahu gak masalah2 dalaman kt situ. harap2 smuanya dapat diselesaikanla.

bila start keje kt situ, dah lain. dlu klau keje aku yang tu, so keje aku yg tu saja. tp skrang keje aku mmg yang tu tp ade gak keje2 sampingan yg lain yang kena buat. kena siapkan report yang tak tahan tuh. hampeh btol.tp takpelah, lama2 biasalah kot..hehe..

masa bekerja pun dah lain. so bila masa bekerja dah lain jadi masa bertolak ke tempat keje pun lagi awallah..pkl 545 dah kena sedar..pkl 6 bgn..memerut kejap..siap2 cepat2..takdelagi masa nak ngelamun..pukul 650 kluar tunggu bas..pkl 7 naik bas..pastu naik lrt..pastu turun tunggu lg 1 bas..pastu lbih kurang pkl820 sampaila..begitulah perjalanan pagi2..petang lak pkl 530 kluar..tp klau lewat jawapnya nak tunggu bas sejam lah..adela membe dari satu unit yg tunggu bas..so leh la sembang2..dan menjadi agen promosi aku..untungnya ade kawan dgn orang yg glamer,disenangi dan dikenali orang2 kt situ ialah tanpa segan silunya dia akan mempromosikan kita..so, aku pun bleh tambah kenalan kt situ..hehe..dan bermain mata sekejap dgn orang yang baru dikenali tu..hehe..biasalah, takdelah over2 pun..tp itulah, "pemandangannya" enak2 belaka disitu..bab tu aku teruja nak bekerja kt situ..hehe..

tmpat keje skrang dah lain, staff ramai..makan pun byk..diorang lah ckp..sbb tiap2 kali meeting mesti ade makan2..tp aku risaula jgk takut berat badan turun..sbb penat dan tido tak cukup..penat dlm perjalanan..

balik rumah je rasa sunyi..entahlah..mungkin itu dah sifat aku..dah terbiasa..sunyi..sunyi..sunyi..kadang2 terpikir nk sms kawan2 tanya "buatape tu"..tp rsa mcm takde maknanya..asyik2 aku saja yg tnya smua tu..jadi aku teruskan hidup di sini...nak ingat ingatlah, klau tak ingat sudahla..

haritu budak lelaki unit aku tnya aku "dah ade awek" (soklan biasalah kan)..aku jawap takde..pastu dia tnya "dah ade pakwe" (soklan luar biasa tuuu)..aku jawap takde..slamber lah..haha..tp lah kan slalunya orang2 yg gitu2 saja yg leh tnya soklan mcm tu direct..slalunya orang yg tak mcm tuh diorang takkan tnya sbb nanti bila tnya mesti terkena balik kt diorang..tp takkan dia leh spot kot ek?ish2..lantaklah..asalkan bahgia..

aku teruja nak gi keje sbb aku leh jumpa orang2 yg aku dah jatuh hati..buat masa skrang 2 orang..haha..hampeh btol..