Monday, April 23, 2007

KISAH BENAR : jalan yang aku lalui

aku kembali lagi..terasa seperti sudah lama aku meninggalkan segalanya yang aku selalu buat setiap isnin-jumaat sebelum ini..ya mungkin juga sudah terlalu lama aku meninggalkannya..banyak yang sudah tiada dan diganti yang lain..

yang pastinya bas yang biasa aku naik untuk sampai ketempat kerja sudah tiada lagi....terpinga2 hari ini..bas bernombor T60@T61 yang selalu aku tunggu sudah tiada lagi..mujurlah tergerak hati memerhati & membaca dari dekat lokasi2 yang dilalui oleh bas2 yang berhenti dipondok bas..rupa2nya sudah bertukar..tiada lagi huruf "T"..yang kini muncul huruf "U" sebagai gantinya..

bergerak pula ke lokasi yang terakhir untuk menanti bas yang terakhir ke tempat kerja..berlagak seolah2 tiada apa2 perubahan sekeliling yang berlaku...capai akhbar KOSMO yang tergantung di kedai yang sebumbung dengan tempat menunggu bus itu..dan mencari2 gula2 sebagai pembasah tekak..akhirnya jumpa juga gula2 kegemaran aku – MENTOS..setelah kempunan untuk membelinya di kedai serbaneka di stesen LRT sebelum bertolak menaiki komuter tadi..2kali aku membuat tawaf disekitar kaunter kedai itu..langsung aku tidak ketemu dengannya..aku pasti sebelum ini gula2 tersebut diletak disatu sudut di kaunter bayaran tersebut..tapi mungkin itu cuma apa yang aku lihat sebelum ini..terlalu kecewa..sekarang segalanya sudah berubah..yang ada kini cuma coklat bar berbagai jenama..yang pasti bukan pilihan aku untuk dijadikan pembasah tekak..dan nyatanya memang tidak sesuai untuk dijadikan pembasah tekak..sebenarnya sebelum itu lagi, sejurus aku memasuki kedai serbaneka itu, aku sudah kecewa kerana air kotak perisa kegemaran aku – soya@teh yang ingin aku beli sebagai alas perut @ sarapan pagi walaupun tidaklah terlalu pagi lagi ketika itu pun tiada juga..yang ada cuma air kotak perisa lain..bukan terlalu memilih, tapi dalam keadaan hampir2 putus modal ini, biarlah sekali-sekala aku belajar untuk berjimat dan tidak membazir..

bayar sahaja akbar dan gula2 itu..lalu menantilah aku seperti biasa..menanti bas yang terakhir..aku baca akbar yang dibeli tadi..tapi gerak hati seolah2 ada sesuatu yang kurang menyenangkan bakal terjadi..terdetik untuk bertanya encik yang memakai baju syarikat pengangkutan bas yang sedang aku tunggu itu mengenai bas yang aku tunggu itu, sebabnya bas2 yang melepasi tempat menunggu tersebut aku lihat nombornya belum pernah aku lihat pada kali terakhir aku berada dilokasi yng sama sebelum ini ..tapi cuma terdetik sahaja..dan encik itu pun berlalu pergi sebelum aku sempat bertanya..

dilokasi yang sama pelik benar rasanya hari ini..tidak seperti sediakala..aku perhatikan orang2 yang menunggu bas disitu..ramai..tapi tiada siapapun yang aku boleh kenal pasti..selalunya aku boleh kenal pasti 1-2 orang yang sering menunggu bas yng sama..tapi hari ini tiada seorangpun yang aku kenal..meja dan bumbung bulat yang diletakkan oleh pemandu bas di tempat menunggu tersebut juga sudah tiada lagi..terlalu lama sangatkah aku tidak kesini?? dalam kecelaruan menanti dan mencari bas manakah yang perlu aku naiki, aku tetap bersyukur kerana hari ini menjadi sejarah kerana aku tidak merungut dan memaki2 di dalam hati disebabkan oleh terlalu lama menunggu bas seperti seblum2 ini..sekarang semuanya sudah berubah..

bnyak bas syarikat yang sama berhenti di situ..aku lihat dan baca laluannya..dan akhirnya aku pasti bas itulah yang akan membawa aku ke lokasi yang ingin aku tuju iaitu tempat kerja ku..oh syukur, akhirnya kau muncul jua..tapi, aku masih terlupa nombor berapa bas tersebut..oh, teruk..apa yng pasti sekarang segalanya sudah berubah..bas terakhir yang selalu aku tunggu itu tiada lagi, kini yang muncul sebagai gantinya adalah bas nombor baru..laluan terus dari kuala lumpur..syukur..

tiba di depan tempat kerja..rupa2nya masih ada yang belum berubah sepertimana kali terakhir aku berada di sini..hadapan kakilima tempat kerja aku masih menjadi tempat pelaburan anjing durjana..dalam deretan bangunan2 itu, hadapan tmpat keja aku juga menjadi pilihan..entahlah..aura apa yang membawanya kesitu..musykil..musykil..

masuk saja di dalam tempat kerja..disapa dengan ucapan "selamat pagi" oleh bos..oh, masih seperti sebelum ini..terasa segan pula bila orang yang berada di dalam yang menyapa terlebih dahulu..dan kemudian, terus dituju dengan soalan2 yang sebenarnya kalau boleh aku ingin mengelak..tapi bila sudah ditanya, seronok pula menjawapnya..terasa benar seolah2 sudah terlalu lama aku meninggalkan sini...

sepanjang mula2 mengadap komputer hari ini sampai sebelum waktu makan tengahari, tak ada apa2 sangat aku buat..siapkan sedikit kerja yang perlu disiapkan..dan selebihkan cuma layar internet sahaja..seperti sebelumnya, check emel yang penuh dengan mesej..tapi dari 15 mesej yang masuk, aku cuma buka 1-2 sahaja sbb selebihnya cuma mesej berantai..dan baca blog yg selalu baca serta surf web2 yang taktercapai akalmu untuk mensurfnya..

bila lepas rehat tadi tergerak nak menulis..sblum rehat tadi tak tergerak pun..

terlalu lama sangatkah aku tidak kesini, sampai segalanya berubah??

..............
sebenarnya aku cuti 2hari minggu lepas tambah dengan cuti ujung minggu..tu yg rasa lama sgt tu..ada urusan penting perlu diselesaikan..sbb tu cuti..
publish sblum line tipon kena cabut sbb guruh+kilat+ujan kt luar..safety maa..

No comments: