Tuesday, April 24, 2007

jalan yang jauh aku pilih

harini aku membuat perjalanan yang jauh untuk ke tempat kerja..
singgah sebentar di kuala lumpur..oh ya, sememangnya aku berada di kuala lumpur..tp kuala lumpur yang aku tuju dan yang aku maksudkan ialah pusat bandarnya..bukannya serpihan2nya..tempat kerja aku cuma berada dihujung2 serpihannya sahaja..

hari ini laluannya berbeza sedikit..pergi ke pusat bandar untuk menghantar borang mohon kerja..moga2, harap2 dapatlah..kalau dapat maknanya kos tambang bulanan jimatlah sedikit..dan sedikit pesanan untuk kenalan; bolehlah bermain tarian para2 sakura bersama2 di shopping komplex yang jaraknya tidak terlalu jauh dari tempat kerja itu kan??haha..tidaklah, aku seorang yang pemalu, mana mungkin...

nak dikatakan terlalu awal aku bertolak tidaklah jugak..bila sampai di shopping komplek itu, mula2nya ingat mahu buat laluan pintas terus tembus ke jalan satu lagi melalui dalam komplek itu..tp malangnya shopping komplek itu belom di buka..aduhhh..sudah sampai ditingkat atas, terpaksala konon2 nk ke mesin ATM didepannya utk cucuk duit..tp yg pastinya takde gunanya mencucuk duit sbb bukannya ade duit pun..arghhhh...aku benar2 pokai bulan ini..

hari ini sepanjang perjalanan yang jauh itu aku ditemani cuaca yang redup2 sahaja..alhamdulillah..tidak terlalu panas..cuma biasalah bagi aku peluh tetap menitis laju..sapu tangan basah lencun..terpaksa diganti dengan tisu..ah biasalah, apa yang peliknya orang lelaki menggunakan tisu..bagi aku yang berpeluh lencun ini, aku lebih senang menggunakan tisu sebab sapu tangan tidak mampu untuk menampung proses pengelapan peluh...habis semua posisi dan bahagian sapu tangan digunakan, habis tu bahagian mana lagi mahu digunakan??takkan mahu mengulang guna bahagian yang sama dilap tadi bersama basah peluh pada sapu tangan tadi..oh, lebih baik gunakan tisu, pakai buang..tapi tidaklah aku menggunakan tisu sepanjang masa....cuma dikala peluhnya datang menderu2 sahajaa..

sampai di ofis disambut dengan hujan rintik2..mujurlah baru hujan rintik2, buatnya hujan lebat, mau lambat lagi sampai ke tempat kerja yang sememangnya ketika itu aku sudah satu jam lewat..tapi takde masalah sebab dah talifon bagi alasan awal2 tadi..masuk2 ada kerja perlu diselesaikan..sakit kepala sedikit sebab terkena hujan tadi..

sekarang sudah panas diluar..sekarang juga aku rasa begitu malas untuk membuat kerja..mood untuk membuat kerja kurang..oh malas..kenapa bila2 masa sahaja engkau muncul..tadi bila editor aku berbicara tentang idea2 baru untuk majalah keluaran seterusnya, aku cuma mendengar sahaja...sebabnya masalah komunikasi...kami berkomunikasi dlm 2bahasa yg berlainan..bahasa inggerisku tidak lancar..dan dia pula bahasa melayunya kurang sedikit..aku faham apa yang dicakapkan dalam bahasa inggeris itu..cuma aku tidak dapat membalasnya semula dalam bahasa yang sama juga..aku bukanlah tidak boleh langsung..cuma keyakinan sahaja kurang untuk menggunakannya.. "i sound stupid if i talk in english too much"..arghhhh...

mahu tenangkan fikiran sahaja sekarang..memangla sekarang aku tenang sahaja..sebab itu aku boleh menulis sebegini panjang..tapi aku pun tidak pasti adakah aku akan membacanya semula kemudian..tapi aku benar2 teruja untuk menulis sekarang..tapi sekarang aku telah 'membunuh' semangat yang lain..semangat untuk membuat kerja diatas meja2 ini..dan kerja2 sampingan yang perlu lain...aku tewas dalam angan2 dan mengelamun disiang hari..

menanti cuti hujung minggu ini..dan yang pastinya menanti untuk poket penuh semula..

mahu rehat...

No comments: