Wednesday, April 25, 2007

cabaran

ketika aku menulis ini aku rasa benar2 mahu menangis...
mahu menangis bukan kerna sedih tapi sebab taknak buat kerja yang sememangnya kerja aku. kalau aku tidak buat, nanti dikemudian hari kalau ada kesilapan memang yng pasti salah aku jugak. dari semalam dia datang bertanya tentang kerja ini. kalau ikutkan mana mungkin benda yang kecil, kamu jumpa dan mahu dibesarkan terus. tapi itulah yang dia mahu aku lakukan..kalau kamu mahu membesarkan tetek kamu pun, mana boleh kamu terus menempekkan silikon di situ dan terus berkata "oh ok, i like it"nanti bila kamu shake2 terjatuh pulak..aduhhh..tidak mungkinnnn..kamu harus menjalani pembedahan..pembedahan yang berisiko ituu..

kembali ke dunia nyata, aku benar2 ingin menangis..cuma di dlm hati..dia mahu aku besarkan imej yg dicopynya dr internet..pembesaran terlampau..jadi sekarang aku perlu melakar semula semua imej2 itu dlm komputer..yang membuatkan aku mahu menangis ialah..imejnya itu bila di zoom2 pecahnya gila babeng..aduh..rasa seperti orang rabun yang mengdap komputer..tp tak apa...aku tengah mencuba..mungkin sekarang bebannya terlalu tinggi..mahu menangis lagi..tp bila siap nanti mungkin kenikmatannya terasa..ahhh..sudahlah,

makin banyak aku menulis tentang ini, makin timbul kata2 seorang kawan masa belajar dulu..

"ko ni banyak sangat merungut, kalau macamtu takpayah buat"

aku bukan merungut..tapi aku perlu meluahkan agar bebanan ini tidak mengikat aku..mungkin juga aku meluahkan pada orang yg salah ketika itu..orang yang tidak merasakan bebanan itu..tapi bila aku meluahkan pada orang yg sama2 merasa bebannya,ahh..terasa lapangnya dada..sebab kami sama2 menyokong untuk membangkitkan semula semangat..

ok, sekarang mahu meneruskan perjuangan..terasa lapang sedikit bila sudah luahkan apa yang terpendam..

terasa seperti orang kurang waras seketika..sebabnya aku tau aku sedang bercakap seorang diri..haha..tapi tak kisahlah..sekurang2nya aku membangkitkan semangat pada diri sndiri untuk menempuh cabaran..

No comments: