Saturday, May 12, 2012

baikla

benda yang tak perlu dirumitkan.
kalau orang lain buat, kenapa kita tak boleh buat.
relaxla..
bila letih kita diamla.diam kan bijak.
dari memeritkan jiwa & raga mengenang orang yang muncul & tenggelam,
lebih baik tenggelam diam2 di sini.tak ada siapa pun peduli.

Saturday, May 5, 2012

bila sampai waktunya

bila dia x contact tu maksudnyer.. dia mmg majuk tu atau dia jumpa somebody yg menghargai dia..

dia ckp malu+segan sbb pristiwa dlu tp tak bolehkh hrgai sy sbg kwn

bila kita ni dah jumpa sesorang yg boleh hargai diri kita..buat apa nak layan seseorang yg hanya anggap kita mcm kawan..yg akan meletakkan kita dlm psimpangan? yg x buatkan kita rasa selamat dlm hubungan..

sy nk dihargai

kawan? dia boleh cari ramai kawan lain tp...org yg akan hargai dia.. Bukan semua

klau nk dihargai tak seharusnya msti jd kekasih apa salahnya kita jd kawan rapat

tp ada jgk part2 yg sy salah

..tiada komitmen, sbb tu tak nak serious dlu..sy ckp bolehtak kita kwn, jgnlah segan@malu pasal permintaan yg takdpt sy tunaikan dlu..sy tetap sukakn dia. suka sbg kwn..bknnya sy nak suruh dia call selalu tp ada masanya sbg kwn ingatilah diriku..bkn pksa tp rsanya itu perkara biasa dlm berkwn

Sunday, December 4, 2011

dia datang lagi.

apa perasaannya bila kita tnya seseorang jawapan yg kita dapat mcm ni..

kenapa nak contact. selalunya kalau kenal masa pergi kursus, masa kursus memangla rapat tp lepas kursus takde dah nk contact lg. kawan2 yang dekat2 ngan kita pun dah ramai, tak mampu nak layan.

kenapa saya nak mbik tau pasal dia lak.mna saya tau apa dia buat kt luar, memangla kat opis rapat tp saya ni kawan opis je lah, mna saya tau apa dia buat kat luar.

...adakah kita juga sama difikiran dia.didepan mata diperlukan, bila jauh dilupakan.

............

bencinya bila perasaan yang dah beberapa bulan kita buang datang semula. perasaan yang bila bangun pagi kita rasa bingung, ternigang2 dikepala otak.perasaan yang buat kita lemas. perasaan yang dah beberapa bulan lepas kita berjaya lepaskan pergi dan kita katakan cukuplah jangan datang lagi. tapi hari ini dalam kelapangan dada dari perasaan yang kita cuba elak itu, dia datang kembali tanpa diduga..

aku rindu sesorang.dan aku harap sangat dia mengingati aku.alangkah baiknya kalau kamu ada masa untuk berbual dgn aku.

kadang-kadang apa yang menggembirakan kita itu datang melenyapkan hampir keseluruhan yang selama ini kita ingin buang, tapi derita lain pula menjelma.

Saturday, June 11, 2011

aku benci kamu

aku benci bila ada orang ckp 'oh awak takada geng' ' awk mna ada rmai kawan - dia sorang sj kawan awk kan' dan lain2 lagi yg mempersoalkan pasal aku. takdinafikan semua tu btol. tapi kalau aku yang memilih cara tu kenapa nak mempersoalkan lagi. adakah aku mempersoalkan cara kamu berkawan, cara kamu cakap belakang, cara kamu melayan kawan kamu yang berzilion-zilion itu.bagi aku kenapa nak ada kawan kalau jalan cerita smuanya hampir sama.

memang ada orang cakap banyak berkawan banyak pengalaman.tp berapa banyak dalam ramai2 tu yg memberi impak kepada kehidupan kita. kadang2 rmai orang disekeliling kita selalu pun tak ada gunanya, sbb kita tak ada masa untuk berfikir sejenak. kalau banyak pun kamu tak ada masa nak menilai & menghargai. sebab smuanya hanyalah sandaran bagi kamu. kawan yang rmai umpama sentuh-singgah-pergi.tp cuba kita ambil seorang yang betul2 kita kawan untuk mengajar kita untuk mengenali hidup ini. janganlah kamu mempersoalkan dengan memberi kesimpulan orang yang tak ada rmai kawan tak ada banyak benda yang boleh belajar.semua perkara & benda bukanlah kuantiti yang kita miliki tp kualiti yang kita dapat.

mungkin cara kita salah. tapi sejauh mna kita mungkin berubah sepertimana orang lain kalau orang yang tidak terlalu mengenali kita pun boleh mempersoalkan cara kita tapi tak tahu apa yang kita rasa . kamu tidak membantu sebenarnya tp kamu meracun sebelum smuanya tumbuh.

aku slalu bertanya, adakah rupa paras segalanya?ya.adakah air muka segalanya?ya. aku benci golongan seperti kamu.

kita taknampak orang yang selalu baik dengan kita tp kita nak orang lain pulak nampak apa yang kita baik dekat dia sedangkan orang lain tu takpernah pun melihat kita.

Saturday, March 12, 2011

diam itu bijak tapi menyakitkan

kalau aku berdiam & takpedulikan apa2 lagi tentang kamu kawan, bkn bermaksud aku emo @pun berkecil hati. tapi aku sedaya upaya melawan kehendak diri utk jadi terlalu hampir dengan kamu kerana kalau kamu seorang kawan, kamu tidak akan terlalu mempersoalkan berapa byk kita keluar sama, berapa lma kita mengambil masa rehat seketika waktu bekerja, berapa kali kita berjumpa dan apa2 lagi yang mempersoalkan berapa byk dan berapa kali.

memang susah bila hari2 kita boleh nampak & dengar cerita mengenai orang yg kita cuba mengelak bkn kerana membenci dia tetapi mengelak supaya kita tidak disakiti, dipersoal, dibenci.

hidup ini cuma lakonan.

kamu berlakon dengan aku mengenai segala penerimaan kamu mengenai aku tapi hakikatnya kamu tidak dapat menerima aku spenuhnya sbg kawan. memang betol kawan bukanlah 24-7, 365 yang sentiasa berpaut tp kawan tidak menetapkan masa utk menegur @ masa untuk datang dan pergi dalam tempoh yang tertentu.

aku juga boleh berlakon aku telah menjarakkan diri ini dengan kamu sepertimana kehendak kamu agar kita tidak terlalu rapat tapi hakikatnya aku tidak mampu menetapkan bila kamu boleh datang dan pergi.sbb kamu boleh datang tapi jangan pergi kawan...


hari ini kamu mulakan fasa baru dalam hidup kamu kawan, tahniah dari aku.

Monday, January 31, 2011

dan kembali lagi.

aku benci bila aku terlalu percayakan seseorang dan letak segala keseronokan dalam berkawan ini cuma pada dia dan aku cuma nampak dia adalah kawan yang paling aku rasa senang berkawan.

dan bila kami bersuara tentang perkara yg rumit ini, aku rasa aku dipersalahkan.tiada simpati dari dia.mungkin betul katanya, dia sempurna, aku sahaja manusia yang terlalu mengharapkan belas kasihan dan perhatian dari seorang kawan.

aku cuba lupa semua.dan sekarang aku cuba lupakan sekali lagi.
aku perlu kamu sbg kawan tp bukan maksudku utk terlalu berpaut pd kamu.tp jadilah pendengar aku seketika ini.

Saturday, October 30, 2010

kembali dalam sinar yang masih malap

dah lama aku tak menulis kat sini. benda yang sama bermain difikiran.
banyak yang nak ditulis tapi entahlah taktau mcm mna nak bercerita.

entahlah sekarang aku rasa dah terbiasa sendirian macam ni. seingat aku, lepas raya life aku cuma umah>opis>umah.aku jarang sangat2 keluar lepas keje makan2 dengan kawan yg selalu aku kluar sblum ni.ujung minggu lagila.life aku cuma umah.

sebenarnya aku rasa bersalah sangat dengan orang yang baik dengan aku tapi aku takpernah rasa nak hargai.aku lebih menanti orang yang entahkan ingat aku entahkan tidak sebagai kawan.

sejujurnya aku dah hilang keyakinan dalam persahabatan.aku takut bila aku terlalu rapat dengan sorang kawan, kawan tulah yang akan tinggalkan aku bila saat aku perlukan sokongan dia. mungkin sbb tu aku lebih banyak sorang2. aku memang teringin nak ada kawan rapat yang boleh buat aku selesa dan gembira.

memang keadaan dah kembali seperti sediakala. syukur dia dah tegur aku semula minggu ni lepas 5bulan lebih taknak bertegur sapa. aku happy sbb dia nak tegur dan cakap smula dgn aku tapi sekarang entahlah mungkin aku terlalu berhati2 supaya perkara yang lepas tak berulang semula sampaikan aku taktahu macam mana aku nak buat biasa mcm dulu balik. aku takut kalau aku terlalu gembira dengan komunikasi yang baik semula ni sampaikan aku lupa kisah yang menggelapkan aku beberapa bulan yang lepas. aku tak tau sbb aku terlalu risau mcm mna nak menjaga hati seorang kawan. memang bagi dia, dia cakap janganlah terlalu memikirkannya tp bg aku, aku terlalu hormat dan terlalu memerlukan dia sbg kawan - mungkin sbb tu aku rasa serba salah.

aku cuba menikmati hidup ini, tapi kadang2 aku rasa orang disekeliling yang aku kenali cuma pandai berlakon dan tidak menerima siapa aku. buat aku rasa "adakah ok aku macam tu""adakah aku dinilai""adakah kata2 itu ditujukan kepada aku dalam bentuk sindiran dan gelaktawa".mungkin aku terlalu menilai tp sejujurnya aku tidak percaya pada mereka kecuali dia.

dia dan orang lain cakap, carilah teman hidup a.k.a buah hati tp entahlah, mungkin aku takberapa yakin dengan diri sendiri.siapalah aku. lagipun sekarang aku tidak berapa yakin dengan kesetiaan. bukan kesetiaan dari orang lain tp kesetiaan aku pada orang tersebut. aku takut aku mempermainkan perasaan orang. aku takut bila aku perlukan orang tu, dia ada, tp bila dia perlukan aku, aku takpernah ada.
aku taknak apa yang pernah aku rasa, orang lain rasa.ataupun mungkin aku belum menemui orang tersebut sebenar2nya...