aku benci bila ada orang ckp 'oh awak takada geng' ' awk mna ada rmai kawan - dia sorang sj kawan awk kan' dan lain2 lagi yg mempersoalkan pasal aku. takdinafikan semua tu btol. tapi kalau aku yang memilih cara tu kenapa nak mempersoalkan lagi. adakah aku mempersoalkan cara kamu berkawan, cara kamu cakap belakang, cara kamu melayan kawan kamu yang berzilion-zilion itu.bagi aku kenapa nak ada kawan kalau jalan cerita smuanya hampir sama.
memang ada orang cakap banyak berkawan banyak pengalaman.tp berapa banyak dalam ramai2 tu yg memberi impak kepada kehidupan kita. kadang2 rmai orang disekeliling kita selalu pun tak ada gunanya, sbb kita tak ada masa untuk berfikir sejenak. kalau banyak pun kamu tak ada masa nak menilai & menghargai. sebab smuanya hanyalah sandaran bagi kamu. kawan yang rmai umpama sentuh-singgah-pergi.tp cuba kita ambil seorang yang betul2 kita kawan untuk mengajar kita untuk mengenali hidup ini. janganlah kamu mempersoalkan dengan memberi kesimpulan orang yang tak ada rmai kawan tak ada banyak benda yang boleh belajar.semua perkara & benda bukanlah kuantiti yang kita miliki tp kualiti yang kita dapat.
mungkin cara kita salah. tapi sejauh mna kita mungkin berubah sepertimana orang lain kalau orang yang tidak terlalu mengenali kita pun boleh mempersoalkan cara kita tapi tak tahu apa yang kita rasa . kamu tidak membantu sebenarnya tp kamu meracun sebelum smuanya tumbuh.
aku slalu bertanya, adakah rupa paras segalanya?ya.adakah air muka segalanya?ya. aku benci golongan seperti kamu.
kita taknampak orang yang selalu baik dengan kita tp kita nak orang lain pulak nampak apa yang kita baik dekat dia sedangkan orang lain tu takpernah pun melihat kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment