kalau aku berdiam & takpedulikan apa2 lagi tentang kamu kawan, bkn bermaksud aku emo @pun berkecil hati. tapi aku sedaya upaya melawan kehendak diri utk jadi terlalu hampir dengan kamu kerana kalau kamu seorang kawan, kamu tidak akan terlalu mempersoalkan berapa byk kita keluar sama, berapa lma kita mengambil masa rehat seketika waktu bekerja, berapa kali kita berjumpa dan apa2 lagi yang mempersoalkan berapa byk dan berapa kali.
memang susah bila hari2 kita boleh nampak & dengar cerita mengenai orang yg kita cuba mengelak bkn kerana membenci dia tetapi mengelak supaya kita tidak disakiti, dipersoal, dibenci.
hidup ini cuma lakonan.
kamu berlakon dengan aku mengenai segala penerimaan kamu mengenai aku tapi hakikatnya kamu tidak dapat menerima aku spenuhnya sbg kawan. memang betol kawan bukanlah 24-7, 365 yang sentiasa berpaut tp kawan tidak menetapkan masa utk menegur @ masa untuk datang dan pergi dalam tempoh yang tertentu.
aku juga boleh berlakon aku telah menjarakkan diri ini dengan kamu sepertimana kehendak kamu agar kita tidak terlalu rapat tapi hakikatnya aku tidak mampu menetapkan bila kamu boleh datang dan pergi.sbb kamu boleh datang tapi jangan pergi kawan...
hari ini kamu mulakan fasa baru dalam hidup kamu kawan, tahniah dari aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment