dah sehari berlalu.alhamdulillah.
tapi benda yang sama masih bermain difikiran.
kawan, bukan sepanjang masa dia boleh menemani kita. kalau semalam dia menggembirakan kita, hari ini belum pasti lagi.
walaupun baik dan rapatnya dia dengan kita, walaupun dia dapat menerima kita seadanya, tapi kita tak boleh nak paksa dia berada di sisi kita sepanjang masa.mungkin dia ada kehidupan lain yang lebih memerlukan.
walaupun dia mampu buat kita tersenyum, walaupun kehadiran dia melenyapkan segala yg hampir meneggelamkan kita, tapi kita tak boleh nak merantai dia untuk menurut segala kehendak kita. .
sedarlah, kenyataannya kita cumalah setitik nyawa yg melingkungi kehidupannya dan mungkin akan tenggelam @ terhapus oleh titik2 nyawa yg lain yg turut melingkungi hidupnya. ia tetap berlaku.
taksemua yang telah membuat kamu tersenyum semalam mampu buatkan kamu tesenyum lagi. tapi sematlah di dalam jiwa, sekurang2nya kamu pernah tersenyum dengan kehadiran seorang kawan. kawan datang dan pergi.
aku sebenarnya takut bila ada kawan yang rapat dgn aku, sbb aku seolah2 boleh agak apa yg berlaku seterusnya-kawan datang dan pergi.walaupun hakikatnya aku mengharap seorang kawan yg rapat. bukan berurusan pasal kerja sahaja, bukan berjumpa seketika sahaja, tp kawan yang boleh bercerita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment