Tuesday, December 11, 2007

menuntut hak siri 1

Pagini aku sampai 1jam lambat.mcm biasa.sentiasa lambat.
Sampai2 tenangkan fikiran.buat keje skit2.pastu dah tak tahan trus aku gi jumpa org yg uruskan soal gaji. Meja sblah aku je orangnye.hehe.

Aku tunjuk slip yg print kt kiosk KWSP semalam.aku tunjukla last skali duit aku dimasukkan utk thn 2006&2007.aku sedaya upaya taknak berkasarlah dlm nak settlekan hal ni.lgpun opis ni kecik je.aku ngadap dia, dia ngadap aku.so aku jumpa tunjuk slip tu.terangkan skit2.pastu dia bleh kata taksepatutnya mcm tu.lebih kuranglah mcm tu dia ckp. Tnya aku slip yg senarai kemasukkan duit bulan2 kt kwsp ade tak.aku ckp takde.sbb slip yg aku print kt kiosk tu pun dah menyenaraikan tarikh & bulan caruman yg diorg masukkan.utk 2006 cuma jan-jun.geram btol aku.pastu yg bln mei+jun salah lak tu jmlah caruman.pastu yg 2007 cuma caruman bln julai 06.gerammm sangat2.pastu tarikh transaksi yg bln julai tu ialah mei 2007. Pelik aku.klau lambat 2-3 bln je mungkin aku boleh terima. Contohnya klau tarikh transaksi mei’07 utk bln mar’07.so okla.aku pham mayb diorg sibuk taksempat nk gi kwsp.tp klau dah yg setahun lepas baru nk masukkan camna?aku nk hak aku.takguna kt slip tulis gaji 1700 potong kwsp+socso tinggal 1500 tp kenyataannya gaji aku cuma 1500.yg 200 lg tu cuma tulisan atas slip tp bkn dlm akaun kwsp.

Aku taktau nk salahkan siapa.salah kan kwsp yg lambat masukkan duit yg diorg bg utk msk dlm akaun (tp aku rasa takkanlah kwsp nak peram duit yg org bagi lama2)@ salahkan org yg uruskan hal gaji kt kompeni ni sbb lambat masukkan dlm akaun kwsp aku.tp aku tetap suspek salah kompeni ni.klau taksalah kenapa takdapat tunjukkan segala bukti kemasukkan duit kedlm kwsp.mestila setiap urusan akan didatangkn dengan segala jenis resit utk bukti transaksi.

Esok aku nk gi kwsp lg.nk minta diorg cetak senarai bulan2 yg diorg masukkan duit. Klau btol diorang mmg masukkan duit tu dlm akaun kwsp aku smpai bulan lepas, alhamdulillah lah.terpaksala aku menebal muka menahan malu 2minggu lg dekat org yg uruskan hal ni kt opis.malu beb.

Harini aku tak pi kwsp sbb aku ingat nk tnya dlu kt org tu btol @ tak berdasarkan slip.tp keputusannya tidak diperolehi so esk aku pi kwsp.
Jumlah semua bahagian aku (aku cuma nak bahagian gaji aku, bhg share company lantaklah, bkn aku dpt pun) ialah RM 2700++.nk kata sikit takdela skit sgt, nk kta byk, takdelah byk sgt pun.tp yg penting duit aku punya.aku ingat aku nk cash sbb leh guna, lgpun klau aku minta msuk dlm kwsp sahla jumlahnya jadi double sbb masuk sher kompeni sama.lglah msalah.yg skit pun dah msalah, inikan pulak nak mendoublekan lagi.

Nak nangis beb.lok mai.huhuuu.

klau boleh aku nk menamatkan perkhidmatan aku disini dgn kenangan yg terindah.tp klau mcm nilah keadaannya, apa boleh buat.akan ku benam kenangan ini, biarlah hapus dari ingatan ini.dah rasa mcm berbelah bg je nk buat keje freelance dgn kompeni ni lg klau diorg nak lah.tp pc lom repair.

No comments: