Monday, June 18, 2007

aku benci segalanya!

"kalau kamu tidak mengingini saya
tapi kamu masih memerlukan saya,
maka, saya tidak boleh meniggalkan kamu

kalau kamu mengingini saya
tapi kamu tidak lagi memerlukan saya,
maka, saya harus meninggalkan kamu"
NANNY MCPEE

"kadang-kadang orang lain bukan melupakan kita, cuma tidak mengingati kita"
HOME ALONE _

entahlah, aku masih beremosi yang tidak keruan sekarang. puncanya aku masih tidak berpeluang meluahkan apa yang terpendam dalam sanubari hati dan jiwa ini pada bos.tunggulah sampai masanya aku akan luahkan segalanya.

tak taulah dimana keyakinan diri ini. terlalu takut dengan apa yg akan diperkatakan oleh orang lain sedangkan aku bukanlah bintang besar yg bersinar. kenapa perlu takut dgn apa yg orang lain akan perkatakan?siapa akan peduli soal aku? tapi mungkin juga kehidupan ini sering berkait rapat antara satu sama lain maka aku lebih byk menyekat keinginan diri dan meresahkan jiwa sendiri. entahlah. benci tp itulah hakikat. ketakutan pada kehidupan.

memang benar kata2 hikmah yg aku jumpa diakhbar minggu lepas..

"kunci kepada penerimaan orang lain terhadap diri kita adalah terletak pada bagaimana penerimaan diri kita terhadap diri kita sendiri juga"

aku tidak yakin dengan fizikal diri aku sendiri....terlalu takut dgn penerimaan org lain hingga hampir tewas..

benci dgn lawak sinis yg diperkatakan oleh kenalan mengenai seksuality...kalian menikam aku dgn cara yg halus..aku benci tp aku tidak akan meletus begitu sahaja...sebabnya itu bukanlah apa yg aku ingini dalam kehidupan aku..

semua perkara ini membuatkan hati aku lebih kelam..aku benci segalanya yg meresahkan..

No comments: