Thursday, February 15, 2007

mari minum!

kita minum air kotak. cucuk straw dan minum sahaja..kebanyakan rasanya manis. tapi terpaksa minum sampai habis sbb bila kita dah buka tak boleh nak tutup lagi.
konsep : dah buka minum sampai habis.tak boleh simpan lama2.

kita minum air botol. boleh buka minum dan tutup kembali. kebanyakkan air botol berkarbonat. tapi kita tak perlu risau nak habiskan sebotol terus sebab kita boleh minum sikit2 kemudian simpan sekejap. dan karbonatnya akan hilang bila kita bukatutup banyak2 kali. ataupun nak mudah goncang sebelum buka. habis cerita. nak minum pun mudah sbb karbonat dah kurang.
konsep : dah buka boleh minum sampai habis @ minum sikit boleh tutup semula dan minum semula sampai habis.boleh simpan lama2.

kita minum air tin. kebanyakkan berkarbonat. kita terpaksa minum sampai habis sebab air tin kalau buka dah tak boleh tutup. memang susah nk habiskan minum kalau karbonatnya masih banyak. jadi kita minum sikit2 tp tetap tak boleh simpan. ataupun nak mudah goncang sebelum buka. habis cerita. karbonat pun dah kurang. boleh mudah minum.
konsep : buka-minum sampai habis.

jadi...
saya bukan nak mengajar tentang cara nak minum air tin ker, air botol ker, mahupun air kotak. sebab semua orang dah tahu.cuma saya nak mengambil objek2 ini sebagai perumpamaan dalam kehidupan kita.

dalam kehidupan kita banyak perkara yang kita pilih dan kita kena lalui (dengan rela ataupun telah ditakdirkan). samada lalui dengan mudah (umpama meminum air kotak). atau lalui dengan begitu sukar sedikit demi sedikit dalam tempoh masa yang panjang (umpama meminum air botol berkarbonat). atau terpaksa lalui sesuatu yang terlalu berat sekaligus dalam hidup kita dalam satu2 tempoh (umpama meminum air tin berkarbonat).

kadang2 kita dah lali dengan apa yang berlaku. macam kita minum air berkarbonat, walaupun mencucuk2 tp kita tetap akan minum. sama juga macam hidup kita, sesuatu yang berat bagi kali pertama adalah menyeksakan tp kita akan lali sudah kalau perkara tu berulang lagi. dan mungkin kita lebih mudah hadapinya ataupun ada cara untuk melaluinya. macam meminum air botol berkarbonat, kita biarkan karbonat tu kurang dahulu dan minum slps tu.
tapi ada sebahagian perkara yang terlalu berat untuk kita lalui tidak patut diambil dengan jalan yang pantas tapi bodoh. kalau air berkarbonat kita boleh goncang sebelum buka supaya karbonat kurang. tp dlm hidup kita, kita cuma ada satu nyawa, apa akan jadi kalau kita goncang (bunuh diri) ? trend masakini

pilihan yang kita pilih. kitalah yang tentukan bagaimana kita nak lalui. mungkin orang lain beri pandangan yang berbeza namun yang melihat tidak sama dengan yang merasa. seteguk yang kita telan adalah satu pengalaman yang boleh merubah segalanya.

tapi..
pengalaman bukan guru yang terbaik, tapi pengajaran adalah guru yang terbaik

.....................
saya berbicara dalam nada yang tenang sekali. inilah yang saya mahukan. saya rasa lega dengan apa yang dapat saya taipkan. ia terbang dari gerbang akal saya sekarang..pergilah..
ini ruang saya..

No comments: