Wednesday, November 14, 2012

luar jangkaan

kecil hati itu lumrah, kemaafan itu perlu.

harini aku melawat kawan yang paling banyak aku bercerita disini.melawat dia di hospital. sebab dia kemalangan isnin lepas.mungkin dah takdirnya walaupun tak berselisih muka langsung di tempat kerja, akhirnya bersua muka jugak di hospital dalam keadaan yang kita tak jangkakan.

dah lama rasanya aku tak jumpa dia, terakhir pun dia talifon 2minggu lps di workstation minta fail.jumpa tidakla.berhubung atas dasar kerja - bagi aku itu yang sepatutnya. bukan aku taknak ingat langsung tp bagi aku, cukuplah aku dah selesai dengan apa yang patut aku lakukan sebagai kawan. bila kita msg sbg kawan skadar brtnya kabar slepas lma masing2 menyepi tp tiada balasan, kita kena faham & yakinkan diri bahwa kita dah lakukan apa yang sepatutnya sebagai kawan - mengeratkan silaturrahim. bila orang takbalas itu hak dia. kita pun teruskan hidup.

tapi bila semua benda ni jadi tiba2, kecil hati ini aku dah tolak ketepi sbb bagi aku memang hak aku untuk pergi melawat dia sbg rakan sepejabat.lagipun tak sedap hati sbb kita pernah rapat dengan dia takkanlah kita nak letak ego kita sebagai penghalang untuk kita berikan kemaafan pada dia.

ucapan terima kasih yang dia ucapkan kt aku waktu salam sebelum minta diri pun dah melegakan aku sbb aku rasa dia tak cakap pun kt orang lain masa bersalam tu. cuma permintaan aku bila dah sembuh nanti cuba-cubalah hargai kawan2 yang ada disekeliling kita, (bukan untuk aku shj tp untuk semua orang) kita tak tahu kita berpeluang jumpa lagi ataupun tidak. apa salahnya bertnya kabar, kalau tak jumpa pun boleh bersuara, kalau tak bersuara pun boleh menaip, tapi kalau tak boleh salah satu dari smua tu lebih baik jangan teruskan hidup lagi sebab menyakitkan hati orang saja.sbb tak tahu nk menghargai.

semoga cepat sembuh abe besar.

-------------------
macammana rasanya kita cuba menjauh untuk kebaikan tp hari2 kita berada disekeliling orang tu.

Sunday, July 8, 2012

belajar

belajar untuk mendengar dan menghormati keputusan orang lain wlaupun kita tidak percaya dan kecewa dengan kenyataannya adalah sesuatu yang lebih baik dari kita membuat andaian tanpa mengetahui dari lidahnya sendiri (hatinya belum pasti).

keputusan terkini, saya menghormati awak sebagai kawan isnin - jumaat hari bekerja dari pukul 830 -530.
saya tidak akan mengajak awak keluar selepas pukul 530 kecuali awak yang berbuat demikian.
saya akan bersikap profesional dalam soal kerja dan akan membantu dalam soal kerja tetapi tidak akan merajin-rajinkan diri kecuali bila diminta untuk berbuat demikian.
mulai sekarang bukan saya yang memulakan jenaka-jenaka romantik di pejabat tapi orang-orang sekeliling (selama ini pun diorang yang mulakan, saya cuma akan menokok nambah agar orang sekeliling akan menyampah dan tidak menganggap kita srius sbb memang itu perjanjian kita dulu dengan menokok nambah cerita agar orang akan mula menyampah bila bercakap soal hubungan kita dan akhirnya mereka akan berhenti bercakap).

.............

sebenarnya saya sayang kamu, sayang sebagai kawan.
bukanlah saya bersedih tidak memiliki kamu seperti yang orang sekeliling cakap(yang pada awalnya cuma olok-olok) tapi saya sedih kamu bukan seperti kawan yang saya kenali dulu. keceriaan kamu dulu bila berdepan saya kini hilang.alasan kamu walaupun saya tidak boleh terima tapi saya hormati jugak.

sekarang saya buat hal saya sj.


Saturday, May 12, 2012

baikla

benda yang tak perlu dirumitkan.
kalau orang lain buat, kenapa kita tak boleh buat.
relaxla..
bila letih kita diamla.diam kan bijak.
dari memeritkan jiwa & raga mengenang orang yang muncul & tenggelam,
lebih baik tenggelam diam2 di sini.tak ada siapa pun peduli.

Saturday, May 5, 2012

bila sampai waktunya

bila dia x contact tu maksudnyer.. dia mmg majuk tu atau dia jumpa somebody yg menghargai dia..

dia ckp malu+segan sbb pristiwa dlu tp tak bolehkh hrgai sy sbg kwn

bila kita ni dah jumpa sesorang yg boleh hargai diri kita..buat apa nak layan seseorang yg hanya anggap kita mcm kawan..yg akan meletakkan kita dlm psimpangan? yg x buatkan kita rasa selamat dlm hubungan..

sy nk dihargai

kawan? dia boleh cari ramai kawan lain tp...org yg akan hargai dia.. Bukan semua

klau nk dihargai tak seharusnya msti jd kekasih apa salahnya kita jd kawan rapat

tp ada jgk part2 yg sy salah

..tiada komitmen, sbb tu tak nak serious dlu..sy ckp bolehtak kita kwn, jgnlah segan@malu pasal permintaan yg takdpt sy tunaikan dlu..sy tetap sukakn dia. suka sbg kwn..bknnya sy nak suruh dia call selalu tp ada masanya sbg kwn ingatilah diriku..bkn pksa tp rsanya itu perkara biasa dlm berkwn

Sunday, December 4, 2011

dia datang lagi.

apa perasaannya bila kita tnya seseorang jawapan yg kita dapat mcm ni..

kenapa nak contact. selalunya kalau kenal masa pergi kursus, masa kursus memangla rapat tp lepas kursus takde dah nk contact lg. kawan2 yang dekat2 ngan kita pun dah ramai, tak mampu nak layan.

kenapa saya nak mbik tau pasal dia lak.mna saya tau apa dia buat kt luar, memangla kat opis rapat tp saya ni kawan opis je lah, mna saya tau apa dia buat kat luar.

...adakah kita juga sama difikiran dia.didepan mata diperlukan, bila jauh dilupakan.

............

bencinya bila perasaan yang dah beberapa bulan kita buang datang semula. perasaan yang bila bangun pagi kita rasa bingung, ternigang2 dikepala otak.perasaan yang buat kita lemas. perasaan yang dah beberapa bulan lepas kita berjaya lepaskan pergi dan kita katakan cukuplah jangan datang lagi. tapi hari ini dalam kelapangan dada dari perasaan yang kita cuba elak itu, dia datang kembali tanpa diduga..

aku rindu sesorang.dan aku harap sangat dia mengingati aku.alangkah baiknya kalau kamu ada masa untuk berbual dgn aku.

kadang-kadang apa yang menggembirakan kita itu datang melenyapkan hampir keseluruhan yang selama ini kita ingin buang, tapi derita lain pula menjelma.

Saturday, June 11, 2011

aku benci kamu

aku benci bila ada orang ckp 'oh awak takada geng' ' awk mna ada rmai kawan - dia sorang sj kawan awk kan' dan lain2 lagi yg mempersoalkan pasal aku. takdinafikan semua tu btol. tapi kalau aku yang memilih cara tu kenapa nak mempersoalkan lagi. adakah aku mempersoalkan cara kamu berkawan, cara kamu cakap belakang, cara kamu melayan kawan kamu yang berzilion-zilion itu.bagi aku kenapa nak ada kawan kalau jalan cerita smuanya hampir sama.

memang ada orang cakap banyak berkawan banyak pengalaman.tp berapa banyak dalam ramai2 tu yg memberi impak kepada kehidupan kita. kadang2 rmai orang disekeliling kita selalu pun tak ada gunanya, sbb kita tak ada masa untuk berfikir sejenak. kalau banyak pun kamu tak ada masa nak menilai & menghargai. sebab smuanya hanyalah sandaran bagi kamu. kawan yang rmai umpama sentuh-singgah-pergi.tp cuba kita ambil seorang yang betul2 kita kawan untuk mengajar kita untuk mengenali hidup ini. janganlah kamu mempersoalkan dengan memberi kesimpulan orang yang tak ada rmai kawan tak ada banyak benda yang boleh belajar.semua perkara & benda bukanlah kuantiti yang kita miliki tp kualiti yang kita dapat.

mungkin cara kita salah. tapi sejauh mna kita mungkin berubah sepertimana orang lain kalau orang yang tidak terlalu mengenali kita pun boleh mempersoalkan cara kita tapi tak tahu apa yang kita rasa . kamu tidak membantu sebenarnya tp kamu meracun sebelum smuanya tumbuh.

aku slalu bertanya, adakah rupa paras segalanya?ya.adakah air muka segalanya?ya. aku benci golongan seperti kamu.

kita taknampak orang yang selalu baik dengan kita tp kita nak orang lain pulak nampak apa yang kita baik dekat dia sedangkan orang lain tu takpernah pun melihat kita.

Saturday, March 12, 2011

diam itu bijak tapi menyakitkan

kalau aku berdiam & takpedulikan apa2 lagi tentang kamu kawan, bkn bermaksud aku emo @pun berkecil hati. tapi aku sedaya upaya melawan kehendak diri utk jadi terlalu hampir dengan kamu kerana kalau kamu seorang kawan, kamu tidak akan terlalu mempersoalkan berapa byk kita keluar sama, berapa lma kita mengambil masa rehat seketika waktu bekerja, berapa kali kita berjumpa dan apa2 lagi yang mempersoalkan berapa byk dan berapa kali.

memang susah bila hari2 kita boleh nampak & dengar cerita mengenai orang yg kita cuba mengelak bkn kerana membenci dia tetapi mengelak supaya kita tidak disakiti, dipersoal, dibenci.

hidup ini cuma lakonan.

kamu berlakon dengan aku mengenai segala penerimaan kamu mengenai aku tapi hakikatnya kamu tidak dapat menerima aku spenuhnya sbg kawan. memang betol kawan bukanlah 24-7, 365 yang sentiasa berpaut tp kawan tidak menetapkan masa utk menegur @ masa untuk datang dan pergi dalam tempoh yang tertentu.

aku juga boleh berlakon aku telah menjarakkan diri ini dengan kamu sepertimana kehendak kamu agar kita tidak terlalu rapat tapi hakikatnya aku tidak mampu menetapkan bila kamu boleh datang dan pergi.sbb kamu boleh datang tapi jangan pergi kawan...


hari ini kamu mulakan fasa baru dalam hidup kamu kawan, tahniah dari aku.